Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, October 15th, 2004 |
|
||||||
|
Hari ni hari pertama pose. Aku dgn bangganya mengunci tipon kol 4.15 la konon, supaya boleh bangun paling lewat pun by 4.30. Sekali tu hampeh, kol 5.10 baru aku sedo. Nasib baik laaa adik aku dah masak lauk sahur sblm dia tido. Kalau tak telan nasik dgn kicap je la. Harini kat opis pun semua org macam malas nak wat keja je.. (eh, ke aku sorang yg malas wat keja?) hehe Posa baru sehari, tapi rasanya ramai yg dah menempah, membuat dan jugak menjual kuih raya. Aku pun dah tempah kuih tat jugak. Kat opis ni semalam lagi dah start dah sample2 kuih raya berjalan. Iye la... kalau kuih tu berjalan time bulan pose, acamna nak menyampel plak.. iye tak? Maka hari ni jom la kita bercerita tentang kuih raya. Mungkin ada gak yg kata, "ala, baru sehari pose dah nak cerita pasal kuih raya.." Deyy! Sukati aku la. Karang kalau aku bercerita pasal Ramadhan lelebih karang.. jadik lain la plak. huhuhu OK, berbalik pasal kuih raya. Rasanya hampir semua umah yg kita dtg beraya musti ada kuih tat. Sape tak tau kuih tat tu, tak dapek la den nak nolong. huh! Ada jugak satu kuih yg tak semua umah ada, tapi masih glamer, iaitu kuih makmur. Aku pernah jumpa pelbagai version kuih makmur nih. Ada yg inti kacang, inti kurma ataupun takde inti langsung. Aku kureng suka mkn kuih ni pasal senang tersembor2 kalau dimkn sambil berborak. Pastu byk lagi la kuih2 yg ala2 musti-ada time raya2 nih seperti beskot komplekk, almond london, semperit, bangkit, batang burok, beskot suji.. fuh, tak terdaya aku nak menyenaraikannya. Itu baru bercerita pasal kuih2 yg dibakar dlm oven. Ada jugak kuih yg digoreng, seperti kerepek-kerepuk, popia ponjet, karipap mini, dan jugak rempeyek/tumpi. Bagi aku, kalau pi beraya, aku tak heran pun dgn apa nama kuih2 yg dihidangkan. Janji sedap. Meh sini aku bagi tips macamana nak mengenalpasti kuih raya yg sedap bila kita pi beraya di hari raya..
Tapi bila tuan rumah menjemput anda makan ketupat/rendang yg ada... boleh la skip semua step di atas, dan makan la ketupat sepuas2 hati.. Sekian terima kasih... Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||