Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, October 14th, 2004 |
|
||||||
|
Rasanya korg semua tau yg antara hobi terbeso aku ialah menonton telebisyen. Dan sbb skrg ni kol 5.30 aku dah leh cabut dr opis, maka sempat la aku dok tgk game show dr jepun yg disiarkan kat 8TV, tajuk dia TV Champion. Rasanya kat Jepun mesti dah berkurun lampau siri ni ditayangkan. Kat 8TV bendalah ni ditayangkan pada jam 7.30-8.00mlm, selama 3 hari, dr Isnin sampai rabu. Maka utk satu pertandingan tu habis sampai ke final kena la tunggu 3 hari. Selama ni aku dok mendengo cerita dr adik aku je pasal show tu. Dia dok cerita la yg siri tu ada game yg merapu2 tapi best. Yg aku ingat sekali ialah bila dia bercerita pasal pertandingan buat Origami. Kemain best lagi aku dengo dia cerita. Iye la, minah tu kan tukang karut propesional. Alkisah game yg aku tgk dlm minggu ni pasal pertandingan merekebentuk perabot. Kiranya perabot yg layak jadik kandang cipan, diorg leh ubahsuai sampai cun melecun dan sungguh la functional. Lepas tu perabot2 tu dihanto pi auction. Mana yg paling mahal, itula pemenangnya. Huh, kreatip! Kemain lagi org jepun nih, benda tu punnn leh dipertandingkan. Aku sesuka hati menamakan pertandingan acamtu ialah pertandingan berunsurkan realiti. Setakat ni kat Mesia, kita cuma ada pertandingan ala2 realiti yg menggunakan undian org ramai utk dapatkan pemenang. Tgk je la Who Will Win tu, sampai naik kompius aku.. sbb byk sgt kategorinya. Kalau game show kat tv plak, balik2 game show yg ala2 omputeh yg biasanya takde la sampai leh meggeletek kreativiti. Masa kocik2 dulu aku mmg suka tgk bebenda game show ni. Bermula dr rancangan Tekaria, Kuiz Keluarga Bahagia Singer kat RTM. Pastu bila ada TV3, mula la ada popkuiz yg mengglamerkan abg aznil kita tu. Setelah beberapa lama, Malaysia dapat lesen utk wat kuiz2 anak omputeh, contohnya Roda Impian, Siapa Mau Jadik Jutawan, dan Segiempat Selebriti. Skrg ni kuiz kat tv mesia yg aku suka konsep dia ialah 'The Chair'. (tu pun tak tau dr mana diorg cilok konsep tuh) Kita kena cari idea baru utk game show kat tv Malaysia nih. Ikut contoh acam yg Jepun punya tu. Macam dulu NTV7 ada siarkan U-chan dan Nan-chan punya show. Tu pun best gilerr! Baru la gerek. Setakat show2 yg skema2 ni dah terlalu banyakk dah. Kira cam skrg ni kita buatlah pertandingan meneka bunyik ringtone ke, pertandingan memutuskan tali layang2, mengorat awek kat depan Coffee Bean KLCC ataupun pertandingan menawar harga barangan kat Petaling Street. .. kira ok pe acamtu. Huhu... tu pendapat aku yg poyo ni laa. Sesapa ada idea yg giler best, apa kata kita buat bebetul, carik sponsor dan jual kat tv. hehehe... Mana la tau, kot2 Sekapal Inc. leh jadik production house ke.. huahuahua.. berangannn! Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||