Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Wednesday, October 13th, 2004

Subject:Aku dan opis ini. Ada opismate yg leh dibuat cuci2 telinga
Time:10:42 am.
Mood:sejukkk.
Huhu.. hari ni pepagi buta aku dah memblog. Sungguh la ngantuknya nak buat keroje hari ni. Ditambah plak dgn keadaan hujan sempoi2 bahasa kat luar tuh. Laaagi la mengantukkan mata aku nih. Rasanya skrg ni aku dah semakin baik meng'ejas' diri dalam bekerja kat opis baru ni. Aku dah mula boleh duduk kat meja ni tanpa perlu melanggar setiap belakang kerusi org lain. Aku pun dah mula berani nak ala2 login YM time lunch dan lepas office hour (jam opis??). Aku pun dah mula berani tgk2 kiri kanan dan memeratikan sesapa yg menarik kat sini.

Ada sorang budak pompuan kat sini yg aku nampak menarik jugak la jika dibandingkan dgn org2 lain. Dia duduk selang satu cubicle dan satu aisle dr aku. Kebetulan pulak cubicle sebelah aku tidak berpenghuni, kira cam dia dok sebelah aku laaa. Cuma jauh sket je.

Memula aku ternampak budak ni, aku terasa cam suka je tgk dia. Tapi masa tu aku dok cari2 jugak apa kelebihannya, takde la plak aku jumpa. La ni bila aku dok belek2 memerati minah ni, baru la aku leh tau kenapa sebenarnya aku suka tgk dia nih.
Sbb dia ni:
- Tinggi
- Badan yg tak kurus sgt
- lemak yg mencukupi di bhgn2 utama
- Kulit muka tarak jirawat
- Bibir ala2 tebal

Eh, bila aku senaraikan lima ciri nih... tetiba terasa acam menyenaraikan ciri2 gelpren sendirik plak. Huh.. apakah ini ciri2 dalam sokrang pompuan yg leh menarik perhatian aku? Ni la yg org kata citarasa (taste) kot.

Tapi sebenarnya apa ada pada citarasa? Kalau hati dah suka, rupa acamna pun dia tu, kita mustila terima dgn hati terrbukak. Tapi kalau dah ditakdirkan bahawa buahati kita tu ada memiliki citarasa kita, itu rejeki namanya. Dan manusia ni citarasa selalu berubah2. Kalau nak ada gelpren yg sentiasa mengikut citarasa, adalah dinasihatkan supaya anda takyah la commit dgn sesapa. Carik je aweks2 mana2 utk temankan.

Cuma kengkadang pernahkah anda semua pernah terpikir yang citarasa kita kengkadang membutakan mata untuk melihat sifat sebenar seseorang? Semata2 sbb kita nak sgt ikut taste, sesapa yg kita tak taste dinyahkan begitu sahaja. Tak aci la camtu. Maka mari la kita mengenal manusia tanpa memikirkan paras rupa mereka. Cuma kalau korang nak sangat paras rupa, jgn bising2 pasal perangai. huahuahuaaa..


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.