Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, October 12th, 2004

Subject:Dah nak sambut pose dah. Maka marilah kita mkn tghari sepuas2nya utk tiga hari ini.. huhuhu
Time:2:46 pm.
Mood:ngantukkkkkk.. huarghh.
Ish... diam tak diam skrg ni bulan Syaaban dah nak abih. Waaa.. tak lama lagi nak pose. Apa perasaan anda bila tiba time nak pose ni? Seronok? Menyampah? Gastrik? hehehe... sukati korang la. Tapi personally, aku mmg seronok kalau tiba bab pose2 nih.

Yang paling best sekali ialah kehadiran bazaar Ramadhan yg meremut2 di seluruh negara Malaysia terchenta nih. Ia bagaikan memperolehi pasar malam setiap hari di kesemua tempat. Tak ke happening tuh. Di samping tu, waktu ni jugak para peniaga paso malam leh la dapat lebih income. Boleh la jugak bagi duit raya kat aku kalau aku ditakdirkan pi beraya kat umah diorg.

Selama aku dok kat area kl nih, mknn berbuka yg feveret aku ialah tak lain dan tak bukan ialah roti bom yg berharga limosen = tigamah = setengahengget. Boleh dikatakan tetiap kali aku pegi tak kira la bazar remdan kat memana la pun, aku musti beli ini mknn. Gelpren aku pun suka gak mkn roti bom time posa2. Tapi kengkadang bila dia dah pandang aku semacammmm je, aku kena la jugak menahan diri dr membeli. Huhu.. kena la jugak ikut selera dia, kalau asyik nak ikut tekak aku je... haru la jugak. Satu lagi benda yg tak dapat dikontrol dek keinginan membeli dgn ganasnya ialah air yg pelbagai warna. Kaler biru, ijau, itam, ungu semua ada.. Kaler besi pun ada jugak kengkadang.

Tu baru benda yg aku akan suka beli, tak kira lagi mknn yg aku kureng suka beli. Contohnya ikan bakar.. (ikan bako time pose giler mahal), ketupat, rendang, kuih muih (mana kenyang buka kuih!!), mi/nasik/mihun/kuetiau goreng.. dan macam macam adaaaaa... Tapi tu kat malaysia la, sesapa yg terpaksa berposa di tempat orang, takde la jumpa bazaar remdan acam kat malaysia ni. Iyo la.. kat negara orang kan dah ada hujan emas.. watpe nak bazar2 remdan ni.. heheh

Di samping bazaar remdan yg menyeronokkan, ada jugak la bebenda yg kureng best time pose2 ni. Yang utama sekali ialah keadaan jalan yg jem macam diserang resaksa sebelum otroman sampai. Mmg aku mengaku yg kepala lutut dan telapak kaki boleh menjadi hampir pecah dan kematu menekan klac dan brek. Maka posa2 ni adalah digalakkan utk menaiki kenderaan awam yg tidak mencecah jalan raya. Contohnya kapalterobang ataupun keretapi. Aku nampaknya akan menjadi pengguna tetap LRT la posa2 nih. Buka posa kat opis?? TakNak!!

Satu lagi perkara yg mengharukan time posa2 ni ialah apabila berbuka posa seorang diri.. Huh! Tahun lepas aku dah rasa dah. Hampir sepertiga bulan aku buka posa sensorang. Sedihnya mmg tak terkata la. Ada jugak rasa nak menangis sambil makan roti bom. Tapi sebab makan roti bom, takde la sedih sgt. Tahun ni? Tak tau la acamna. Gelpren aku sememangnya takkan ada full time kat kl nih. Adik aku pulak, biasak la.. baliknya tak menentu masa. Jawabnya sensorang lagi jugak la tahun nih. Tapi takpe, aku nak merayu kat gelpren aku suruh dia lebih byk stay dgn aku. Aku tak sanggup jadik poyo di waktu berbuka posa.

Hmmm.. aku dok meraung2 taknak berbuka sensorang nih, tapi terlupa jugak bahawa mmg ada manusia yg akan lebih sedih drpd aku. Mmg hampir setiap hari dalam setiap bulan Ramadhan akan berbuka puasa seorang diri. Takde sedara mara, keluarga, pasangan hidup... Ish, kira aku ni masih lagi beruntung. Huaaa insaf, insaf.

Pesanan dr Sekapal Inc.
Kepada sesapa yg selalu rasa tak pueh hati dgn apa yg mereka ada, ingatlah bahawa ada org lain yg lebih kureng beruntung. Sambutlah Ramadhan Al-Mubarak ini dgn penuh rasa kesyukuran.. chewaaaahh!!


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.