Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, October 11th, 2004 |
|
||||
|
Huh, bosan giler. Pepagi tadi aku dah menghantar gelpren aku naik LRT pasal dia nak balik kg. Alahaiii.. tido sensorang la aku minggu nih. Rasanya kalau dia dah sibuk dgn hal bisnes dia nanti, agaknya lagi kerap la aku tido sorang. Ada sesapa nak temankan aku tido? hehehe.. Anyway, hari sabtu yg lalu aku dgn gelpren aku dan sorang lagi kawan chat dia (yg aku ada cerita dedolu tu) pegi la ke Pameran MAHA. Ler... tak tau MAHA tu apa? Takkk.. bukan mahaguru kucing, tapi Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism. Pameran ini diadakan di Mines Exhibition tah pape tah tu. Tapi kitorg cuma sempat melawat pameran kat bhgn yg open air je. Pasal tak sempat nak tgk pameran yg kat dalam. Gelpren aku la, ada plak appointment dgn aweks lain. tapi takpe la, jenjalan kat yg kat luar tu ok gak. Apa ada kat MAHA tu? macam2 ada, tapi yg berkaitan dgn bebenda pertetanian ni la. Aku paling syiok sekali bila menengok menatang2 yg sedap dimakan yg masih hidup. Lembu, kambing, kibas, dan burung unta. Tengok lelembu kat sana, teringat lak masa zaman aku kocik2 hingus meler pakek bajuk gon lagi dulu. Arwah atok ada bela banyak giler lembu. Punya la banyak sampaikan sesapa yg takut ngan lembu kompom tak nak jejak kat umah tu. Bila tghari je, atok akan bawak balik sayor2 dr pasar, dan kitorg yg comel2 ni akan memberi lembu makan. Aku sokmo akan bagi diorg makan kacang panjang sbb nak mengelakkan jari dr terkena jilatan lembu. Tapi selalunya terkena jugak. Warghhh... skrg lembu dah takde, atok aku pun dah takde jugak. Huish, cedey..! OK la, selain dr menatang2 yg boleh di makan, ada jugak menatang yg takleh dimakan tapi boleh dibuat haiwan peliharaan. Contohnya seperti iguana, ular sawa albino, beruk makyeh, hedgehog, dan musang takde janggut. Tapi ada jugak haiwan yg dikhaskan utk dipelihara yg boleh dimakan, iaitu arnab.. (nyumm nyummm makan arnab. Aku allergik dgn haiwan2 bersisik byk nih. Ngeriii! Jadi pada pendapat aku, drpd dok bela iguana tu, baik la bela harimau. Laaaagi la comel. Cuma gelpren aku la kemain menyampah lagi bila aku utarakan hasrat nak membela rimau. Katanya dia tak koser nak mengantar aku kuar masuk sepital hasil cakaran rimau bergurau. Huh, ada ke acamtu. Ada jugak byk buah2an dan sayur2an kat sana. Aku paling stress sekali bila tgk buah dokong la. Ada ke 3kg 5hengget. Meleleh ayaq lioq aku tgk. Dah la aku suka mkn buah2an adik badik duku dan langsat. Tapi bila memikirkan betapa mengengkeknya dan membawak tiga kelo buah tu kehulu kehilior.. aku kensel je la niat nak beli. Tapi sblm balik tu gelpren aku sempat jugak la merembat seketul sawi yg maha besar. Memang mengengkek la jugak bawak. Tapi takpe, hari tu aku tak macho langsung. Aku bior dia angkat sendirik. muahahaha.. kesian minah tu. Hala balik tu, kami terpaksa meredah kesesakan keta yg nak kuar dr pameran tu. Ada la amik masa lebih kurang 20 minit utk nampak jalan raya dlm erti kata raya yg sebenar2nya. Gelpren aku dah panas kaki menekan clutch. Aku plak dlm keta tu malas nak berbicara kerana ada budak yg sorang lagi tu kan (yg aku ala2 kureng berkenan..). Kenapa aku kureng suka budak tu... sbb dia selalu pandang lelebey kat gelpren aku. Mana bleh maaaaa... jeles lerrr.. Kengkadang ada gak rasa nak mencepuk.. Gelpren aku pulak, bila aku kata jeles, dia dok gelakkan aku. Poyo je ah! Pasal tu la aku senang sekali berkawan dgn korang2 yg tau posisi sebenar dan menghormati hubungan aku dgn dia. heheh.. Dah, aku tak tau nak merapu apa lagi.. huhuhu Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||