Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Wednesday, October 6th, 2004 |
|
||||||
|
w/pun hari ni sebenonya dah hari rabu. Sepatutnya harini jadik hari keempat aku keroja kat sini. Tapi disebabkan oleh kerana hal yg tak dapat dielakkan, harini adalah hari kedua aku mai opis sini. Huh, haruuu. Tetiba byk giler benda yg aku kena siapkan. eheh, dan tetiba konpyutaa aku ni dah ada line internet. Cuma sbb rasanya aku seorang je yg ada line ni (selain boss2 beso) nampaknya kena la tunggu beberapa bulan lagi baru la aku leh mendownload perkakasan chatting menchatting. heh. Memblog ni pun curik2!! Alkisah hari sabtu haritu sepatutnya gelpren terchenta aku balik ke KL dr kg halamannya. Sekali tu tup2 tiket bas dah abih. Yg ada pun pukul 9.30 mlm. Maka dia pun amik keputusan nak balik hari keesokan harinya. Aku memula tu cam releks aa, sekali tu bila mengenangkan program aku yg nak makan malam bersama dgn dia, kepala lutut aku pun jadik tak keruan. Dah la dpt msg2 mengharu-rindukan dr dia. Aku pun dgn macho dan impulse terlebihnya, terus mengorder bas transnasioncil dtg pi mengambik dia bebetul kat depan pintu umah mak bapak dia. Drebarnya, sapa lagi kalau bukan aku yg comel, kaki tak berapa panjang dan dah tak main lesen P nih. huhuhu. Mlm tu pukul 1 baru sampai KL. Ingatkan Isnin nak keja, sekali tu aku dapat call plak yg atuk aku sakit tenat kat kg. Maka kitorg bertiga (aku, chefdiva dan adik aku) balik la ke kg mak aku yg nun jauhnya mencecah enam jam tu. Sesampainya kat sana, atuk aku dah dibawak ke JB dan kami2 menunggu kat kg sahaja. Beberapa minit sebelum Asar, sampai berita dr JB yg mengatakan atuk aku dah menghembuskan nafasnya yg terakhir. Huh, aku masa tu tak terkata apa. Mmg kesedihan yg dihasilkan oleh kematian ni sebenarnya adalah seperti satu keadaan vakum yg dirasakan seperti senyap, sunyi, hollow, dan blurr. hmmm. Lebih menyentap hati aku bila tgk atuk pompuan aku yg dah keseorangan. Mmg takde sesapa yg boleh menjaga kita sebagaimana pasangan hidup kita sendiri... Pagi semalam jenazah telah selamat dikebumikan. Dan selepas zuhur aku balik dgn parents aku ke umah mak abah aku. Dlm kol 6 bertolak balik ke umah parents chefdiva dan melawat Cik M kejap. Dah lepas Isyak baru bertolak balik ke kelumpo. Mak aih letih giler... Rasanya aku kena pi minum air tongkat ali la. Baru la menambahkan tenaga sket. hehe Tapi dalam kesedihan dan kepedihan tu, sempat jugak mak aku buat lawak... Mak aku: Adik engkau jugak la yg tolong gali kubur tadi. Tapi diorg gali takleh pakai kasut tau. Aku: Takleh pakai kasut? Adik aku: Ye la. Kalau pakai kasut nanti pasir masuk dlm kasut. Tak selesa la Aku yg poyo: Lagipun kan tanah kat sini tanah pasir mak. Lebih elok la kalau tak pakai kasut. Chefdiva: *Muka kompius sambil menggelakkan aku* Mak aku: Apa la korang ni, kalau gali pakai kasut nanti bila nak siap. Gali kena pakai cangkul dgn penyodok... Aku: *Bengkek giler sbb dikenakan dek mak sendirik* Ada komen? Tag aku kat sini! |
||||||
|
|
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||