Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Sunday, October 3rd, 2004 |
|
||||||
|
Hari jumaat haritu adalah hari pertama aku keja kat kompeni baru. Alkisah, sebenarnya bukan aku sorang je staff baru yg mendaftar masuk haritu, ada dua org lagi. Sorang tu budak pompuan kelantan yg boleh tahan la comey-mek-kelantan muka dia tuh. Setelah aku goreng2 borak dgn dia, aku tau yg dia ni dah bertunang.. hmmm.. interresting. heh..^_^;; Sorang lagi plak mamat yg sblm ni pernah keja kat salah satu kompeni telekomunikasi tak berapa beso kat malaysia nih. Masa dok borak2 dgn aku tak abih2 bercerita pasal pengalaman masa keja kat US. Ala, kalau setakat keja kat us tu takyah aah cerita kat aku. Tapi kalau pi makan hot dog kat sana, aku suka gak nak dengar. Port aku kat opis tu sgtlaaa strategiknya. Blkg aku hanyalah dinding semata2. Kira cam senang la nak pi melayar website2 kurang tegak. Cuma sayangnya... takde internet. Hancus betul. Diorg cuma sediakan dua bijik PC yg beraksi sebagai internet kiosk utk bebudak kat sana mengecheck e mail dan bebenda tah pape tah yg lain. Tapi disebabkan nature keroje dan diri aku ni yang memerlukan internet yg tak boleh tidak, aku masuk2 je terus buat request utk dptkan access. Harap2 by minggu depan dapat la line. Kalu tidak.. boleh pinsan dong! Sebenarnya banyak lagi bebenda yg best aku dapat masa keja kat kompeni blkg klcc dulu yg takde kat kompeni baru nih. Contohnya meja yg besooo, tipon dgn direct line diri sendiri dan barangan2 minuman yg lengkap yang membolehkan aku buat neslo hari2. hehehee :D Tapi takpe ah, harap2 kompeni baru ni boleh bagi aku gaji tetiap bulan dan keja yg aku boleh buat. Ngengada betul manusia ni kan? Sentiasa tak puas hati dgn apa yg ada. Dan selalunya hanya menghargai sesuatu benda tu, bila sudah kehilangannya. Acamtu ke naluri sebenar manusia? Tapi aku ni pun bukannya la layak bercerita pasal naluri2 nih. Sbb aku sendiri memilih orientasi seks yg tak sejajar dgn naluri normal. muahahah. Heh, cecakap pasal naluri nih, semalam aku dok memulun Buffy sampai muntah. Maka aku terperasan la satu kuliah psychology yg diorg attend. Kat sini aku tampal sket cebisan2 apa isi kandungan kuliah tu yg menarik perhatian aku... These are the things we want. Simple things. Comfort, sex, shelter, food. We always want them and we want them all the time. Whatever social skills you've learned, however much we've evolved, the pleasure principal is at work in all of us. What do we do when we can't have what we want? So, macamana bagus sekali pun manusia nih, kita mesti nak empat benda tu. Menurut omelayu, empat benda tu ialah keselesaan, seks, tpt tinggal dan mknn. (tgh testing bakat mentranslate bahasa omputeh..teehehe). Sebenarnya keperluan ni selain daripada menjamin kepuasan dlm hidup, dia jugalah pendorong utama utk kita berusaha. Dengan kata lainnya, keperluan yg empat ni memberi makna dalam kehidupan seorang manusia. Contohnya, sbb kita semua memerlukan mknn, kita akan berusaha untuk mendapatkan mknn. Tak kira la dgn cara bekerja, mencuri ataupun pergi kenduri tetiap hari. Tapi kenapa ada yg sesenang je terima apa yg mereka dapat? Kenapa pulak ada yg sentiasa tak berpuashati dgn apa yg ada? Ada jugak tu yg cam takde masalah je hidup tanpa seks. Ada jugak yg sentiasa menumpang tpt tinggal, tapi masih gembira. Kenapa?? Sbb diorg selesa begitu? Adakah ini bermaksud keperluan utk 'comfort/keselesaan' tu mengatasi keperluan lain?? Dan kalau dgn memiliki/menghendaki keempat2 tu aku dikatakan sebagai manusia yg normal... kira normal la kehidupan kesengetan aku ni? Cenggitu ke? Aiyakkk.. kena pikir ke acamni? huhuhu.. dah la, aku malas nak pikir. Cuma satu je la, kalau rasa kureng selesa tuh, mari la kita sesama menselesakan diri kita. Yeahaaa.. p/s: gelpren aku balik ptg ni. Keselesaan adalah bila berada dalam rasa kasih sayangnya. chewah akuuu... Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||