Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, September 30th, 2004 |
|
||||||
|
Huarghhhh... ngantuknya. Seawal pukul 6 pagi aku dah tersedar. Sekali tu bila teringat kat satu folder aku yg tak dapat diselamatkan kat opis lama, aku jadik seriau. Berguling2 ke kiri, ke kanan.. hampeh. Tapi bila jam dah mencecah pukul 8, baru la aku leh terlelap semula. Dpt lak mimpi tah apa2 tah.. Padahnya, kol 10 masih takleh bangun. Pesanan dr Sekapal Inc.: Bila dah terbangun awal tu, toksah la ngengada nak tido semula, bangun la basuh kain ke.. ataupun pi tolong belikan sarapan jiran sebelah.. Masalah aku takleh bangun tu didorong jugak oleh kesunyian kat umah tu. Aku tinggal sensorang je skrg ni. Gelpren aku pi melaka, pasal Cik M mintak transfer ke sepital Melaka. Iyo la.. dah kaum kerabat dia kat sana. Aku plak w/pun cuti, takleh nak ikut. Sbb smlm aku kena pi renew lesen keta. Hari ni langut sehari, esok plak dah start keja kat tpt baru. Fuh kiri, fuh kanan.. harap2 ok la tpt tu. Tgk la, kalau aku rajin, sabtu ni aku turun la ke melaka, boleh tgk Cik M, sambil mengambik org umah aku tu balik semula ke sini. Rinduuuu... Ha... hari ni aku nak cerita pasal satu lagi perkara yg menerukkan keadaan aku. Alkisah, smlm sambil melangut tgk tv memalam, tetiba kuar la iklan kat Cenel[V] pasal kumpulan Bond nak perform kat Kelumpo, Stadium Negara, pada hari Jumaat 8 Oktober 2004. Uwaaaaaaaaaaaa... aku giler nak meraung masa tu. Cis cis cis! Punya la aku tunggu bebudak ni mai KL. Sekali tu time aku zaman gawat ni plak la diorg mai. Mmg harus aku meraung!! Takpe ah, nnt aku try mengecall hotline Cenel[V] utk tiket free. Untung2 boleh dapat. Muahahahhaa.. Tapi jari aku ni mmg dah disahkan takdak ong masuk peraduan2 nih. Ish! Ada sesapa nak sponsor tiket? Tolong la email aku yea.. hehehe Eh, aku sesedap je cakap pasal Bond, korang tau ke sapa diorg tu? Huhuhu.. aku rasa ramai yg tau tapi kalau ada yg tak tau tu, meh aku bgtau. Diorg ni adalah empat org perempuan chantek dan boleh tahan seksi yg bermain alat musik biola dan adik badik biola. Sebenarnya aku memula dulu takde la minat sgt pemain biola. Tapi semenjak dua menjak minat giler gaban kat Michiru, aku baru perasan yg rupanya bermain biola ni seksi rupanya. Pastu aku mula minat Venessa Mae. Tapi Bond lagi best sbb boleh tgk EMPAT orang pompuan main biola. Ha.. empat lagi byk pilihan berbanding sorang. hehehe.. Tapi aku takde la poyo dan gatal sgt minat orgnya je. Muzik diorg mmg deberide besh gituuu. Lagu diorg yg peberet altaim aku ialah Wintersun dan Bella Donna. Tapi lagu siorg yg letup2 Victory (album Born), Shine (album Shine) dan yg terbaru Explosive (Album Classified). Huh, lagu explosive tu mmg meletop2. Meremang bulu roma aku mendengonya. So, empat orang anggota kumpulan ni ialah.. [1] Haylie - sebagai pemain violin utama. [2] Eos - pemain violin kedua. (huh, aku minat kat minah nih.. ) hehe [3] Tania - pemain viola.. (er.. viola ni saiz dia lagi beso dr violin.) [4] Gay Yee - pemain cello yg seksi... ish, mmg seksi minah nih. Lebih2 lagi time di menggelek di cecelah cello dia tuh. Ish... haruuu! ![]() Dari kiri: Haylie, Eos, Gay Yee, Tania. Kot2 nanti kalau ada rezeki, boleh la aku meletak video diorg kat Wayang Doposen aku yg masih tak dikemaskini lagi. Ni semua kes perpindahan la.. video aku semua berteterabur tah mana2 tah. OK la.. esok aku start kat tpt baru 'Ucapkan aku nasib baik!' (Wish me luck??!!) hehehe.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||