Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Thursday, September 23rd, 2004

Subject:Topik harini yg bercampur baur. Stress, ketidakseimbangan hormon, jeles, curang.
Time:2:00 pm.
Mood:swingggggg.
Heh, hari ni pepagi buta sampai ke opis, aku mula mengasingkan yg mana adalah kertas, dan yg mana adalah sampah. Nampaknya mmg sah la meja aku ni byk sampah. Separuh meja dan laci aku dah mula kosong. Ptg ni nak mengosongkan separuh lagi. Huh.. harap2 siap la aku kemas semua barang2 dan sampah2 by esok tghari. Ingatkan esok nak mintak gelpren aku tolong la kemas sesikit, tapi disebabkan dia bertugas sebagai nurse terjun, dia hanya boleh dtg untuk ambik aku kat lobby bgnn ni. Huh.. jenuh jugak aku nak mengangkut beberapa kotak ni turun. Ada sesapa nak tolong?? Boleh la isi borang permohonan kat pintu masuk umah aku. (kalau hangpa tau umah aku laaa..).

Sebenonya dalam minggu ni aku ada sedikit masalah emosi. Huh, aku ni mmg manusia yg takleh stress teteruk la. Dulu sekali aku stress, kelenjar tiroid aku membengkak sampai kena buat regular checkup kat HKL nun. Cuma yg bestnya, bergelen2 darah diorg amik, takde plak apa2 abnormaliti pada aras hormon darah. (Eh, acam tulis artikel kesihatan la plak...) Belum habis jadual checkup aku, benda yg mengakibatkan stress tu hilang.. maka bengkak tu pun hilang la. Dan aku tak koser nak pi follow up lagik. La ni plak... bukan hormon tiroid yg buat hal.. tapi hormon estrogen & progesteron plak. Hancusss! Tu pasal la kengkadang jadik feminoin terlebih.. Arghhh...koser!!
Ha.. korang semua ingat la.. byk padahnya stress nih. Penyakit migrain, gastric, ulcer perut yg tak reti2 nak baik tu pun sebenarnya byk berkait dgn stress. Ha.. toksah stress2 la yea. Pi kawin, nnt boleh ilang stress.. huhuhu

Eh, tapi kalau kawin pun ingat tak stress ke? Stress jugak la. Ni yg membuatkan aku teringat pasal satu video clip The L Word yg aku tgk semalam. Ala.. couple Bette & Tina yg dah bersesama selama 6 tahun. Sekali tu clash sbb si Bette ni ada affair dgn pompuan lain. Dan menurut kawan aku yg dok mengekor siri ni, nanti Bette nak balik kat Tina.. tapi Tina taknak.. hmmm

OK, kalau korang la, katakan la kekasih korang yg dah bersama selama lebih drpd 5 tahun tu curang dan ada affair dgn pompuan lain. Pastu dia tobat dan nak balik semula dgn korang. Agak2 korang nak terima dia semula ke taknak?? Rasanya ramai yg akan kata taknak kot. Kira cam 'sekali terluka selamanya boleh blah!'. Gitu? Ke? Hehehehe

Pendapat aku dalam perkara ni mmg sungguh indifferent. Aku takleh senang2 kata 'Boleh blah!' kat gelpren aku yg dah ala2 curang tu. Tapi aku pun takleh la jugak senang2 nak terima dia balik. Cuma kebarangkalian utk aku terima dia balik tu masih ada. Sbb kengkadang aku tak tau apa sebab musabab sebenarnya menjadikan dia curang. Dan aku jugak tak tau apa kelebihan kekasih baru tu berbanding diri aku sendiri. Mungkin ada benda yg dia perlu, yg takde pada aku. Dan dalam pada masa yg sama, mungkin aku jugak terlalu best untuk ditinggalkan. Pasal tu la kekasih hati leh berlaku curang. Pikir2 balik, kekasih yg curang sebenarnya mengajar kita untuk menilai diri sendiri. Tgk apa kekurangan... dan apa yg boleh diperbaiki. huhuhu

Maka, kalau kekasih yg curang tu nak balik kat anda, drpd terus tolak, pikir la dulu yea. Mana la tau, kot2 bila berbaik semula cinta tu akan lebih memekarrrr. Tapi kalau dah jenih hati keras tu... mmg taknak terima jugak. Kan? (Poyoooooooo ah acik kapal!!) hehehe

Eh, tapi lepas ni jangan la plak korang baca entry aku ni, dan terus rasa boleh sesenang nak curang kat kekasih hati. Eyy!! Ingat sket segala pengorrrbanan dia dan kenangan manis bersama. Jgn sesenang nak hangkut dan simpan pompuan lain plak. Kalau setakat gelpren tu tak reti buat sambal belacan, takkan la terus2 nak simpan pompuan lain yg terrer masak. Melampau la tuuu. hep hep!! Biasaaaa dia tuh!!

Apa2pun, hanya korang yg tau apa yg terbaik dalam hubungan korang. Org2 luar ni hanya boleh melihat dan memberi nesiyat. Susah senang, syiok miyok, korang jugak yg tanggung...


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.