Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, September 21st, 2004

Subject:Tetukar tempat keja. Seronok dalam berduka. (huhu.. ayat gilos)
Time:1:37 pm.
Mood:ngantuk.
Huh, dah tghari baru sempat mengadap PC. Seawal pagi tadi aku dah kena attend meeting kat Bangi, bersama2 dgn boss aku (yg gelpren aku martabatkan sbg akak angkat aku...). Ni sempat dok opis sebentar sahaja, pasni kena pi meeting lagi. Adeh, jenuh la aku berjenjalan dan tido dlm meeting room. Makan pun tak sempat lagi. Sejak tadi aku baru menelan sekeping sebekot cekelat. Huh, jadik la. At least dapat gak menyumbang kepada wawasan aku untuk menjadi lebih kurus drpd chefdiva.. huahuahuaaa

Hmmm... cakap2 pasal opis ni, tinggal dua hari setengah je lagi aku kena keja kat sini. Jumaat nanti aku cuma perlu datang separuh hari je. Lepas kemaskan brg2, aku akan meninggalkan opis cun fully IKEA design nih. Uwaaaaaaaaa... cedey! Heh, masa baru2 resign dulu kemain tak sabar lagi aku nak keja tpt baru. Tapi ni la, bila dah tiba hari2 terakhir aku kat sini, mula la start jiwang karat. Rindu kat PC ni, rindu kat tipon yg ada direk line ni, rindu kat segala conteng cemonteng yg ada kat dinding cubicle ni. Segala no tipon shah alam la, semenyih, jb, melaka, batu pahat, kelana jaya, semua ada kat secebis kertas poyo kat dinding nih.

Aku pun akan merindukan segala melo, kopi, teh, kopimet dan susu pekat yg ada kat dapur opis ni. Dan juga meja pool kat situ. Walaupun aku masih belum sempat utk menonggekkan diri dan main pool kat situ, takpe la. Dah mmg takde rezeki la tu kot. Aku pun sure rindu kat meja bar-style yg mengadap panorama kelumpo drpd tingkat 32 bangunan ni. Heish... ingat lagi masa dedolu time belum ramai kawan kat sini, aku selalu makan kat meja tu sensorang sambil baca sokkabo omputeh yg kengkadang aku tak tau pun bijik butir apa yg aku baca. huhu.. Dan kat dapur tu jugak la tpt aku mula2 sign borang penerimaan utk keja kat kompeni ni. Ush, sadis plak bila mengingat lelebih nih.

Rasanya mmg aku akan bawak segala kertas tetampal kat cubicle ni, dgn segala mala postcard yg aku kumpul ke opis baru (ok, hobi aku mengumpul poskad, sesapa ada nak bagi present tu, bagi la poskad kat aku.. huhu..). Cuma ada satu masalah saja... Opis baru aku tu nanti takdak cubicle.. Aiyakkk! Kena la duduk acam kat bilik guru sekolah menengah. Ataupun lebih teruk dari itu. Aiseh, susah la nak nyorok2 tgk vcd buffy lepaih ni. huhuh.. padan muka aku, pasni kena rajin keja. Lepas tu, aku tgk bakal opismate baru aku tu semua plak acam akaq2 gitu. Semuanya yg dah bersuami/isteri dan beranak pinak. Hmmm... kena tukar strategi jugak nak berkawan dgn diorg nih. Warghh... payah jugak.

Keadaan opis kureng cun, pastu cabaran buat keja baru dan buat kawan baru, risiko mungkin takde internet.. kenapa aku nak pindah jugak? hehheheh.. sbb kat sini aku dah kureng makna dlm bekerja. Bayangkan je la, team member aku yg dulu lebih kurang 12 org, skrg ni dah tinggal 3 org!!! Koser la aku nak tinggal. Takdak motivasi lagi dah. Lagipun, pindah keja, gaji pun pindah la setakuk. W/pun takuk tu sungguhla tak tinggi cam org lain, tapi takpe la... Blasah sajje.

Ish, dah la.. sebelum aku melalut feeling terlebih2, baik la aku berenti kat sini.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.