Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, September 20th, 2004 |
|
||||||
|
Huarghhhh! Dah dua hari cuti giler malas aku nak pi keja harini. Dan yg paling malas utk aku tempuhi ialah muka boss aku yg boleh menensenkan jiwa raga seharian. Poyo betul la. Dah la esok sehari suntuk kena mengikut dia pi meeting. Arghhh tolong... Sesapa nak amik boss aku tu jadik gelpren sila lah call henpon aku. Tolong la kurangkan sedikit sifat kuat bercerita dia tu. Dah naik lemas aku mendengo. Hah, Cik M dah kuar sepital hari jumaat haritu lagi. Kena bed rest kat umah. Gelpren aku plak dah jadik nurse terjun utk menjaga dia. hehehe.. aku pun tumpang seperut la. Semalam family Cik M beramai2 dtg melawat dia kat umah kitorg. Dan disebabkan member aku tu kena sentiasa follow-up utk check kat HKL, takleh la family dia bwk balik kg. Tapi takpe ah, time dia tak sakit, boleh gak menemankan kitorg main gin rummy. huhu. Ptg tu plak, sorang kawan gelpren aku yg dia kenal melalui chatroom dtg melawat. Sebenonya aku kenal jugak dgn budak nih melalui chat, tapi sbb masa chat dulu aku ada benda yg aku tak pueh hati dgn dia ni. Aku ala2 ber-tak-kawan la. heh. Dia masih lagi panggil aku menggunakan nickname aku dulu. Tetiba terasa nak gelak la plak dengar dia panggil aku. Iye la.. skrg ni kengkawan virtual aku lebih kenal aku sbg cik Kapal. Dan rasanya sesapa yg pernah jumpa cik Kapal, akan tau nama sebenar aku. Ada tu siap boleh cilok busines kad aku lagik. Cik M ni pulak panggil aku guna nama yg betul punya betul. Heh, aku boleh nampak la minah ni ala2 tergezut mendengar nama betul aku. Hmmm... kedatangan dia sebenarnya mengimbau kembali memori silam masa aku dok sakan berchat dulu. huhuhu. Masa tu byk hal peribadi aku jadik rahsia. Rahsia2 aku termasuk la, nama betul aku, tpt tinggal, orientasi seks, asal usul, tpt keja, no tipon, gelpren aku... dan byk lagi. W/pun aku dah selalu gathering dgn chatters, tapi bab nak bagi no tipon tu, mintak mahap la, rahsiaaa! Cuma awek2 yg comey je aku leh bagi (tu pun kalau diorg mintak la). Dan kini bila aku dah mula memblog ni, aku rasa lebih free (percuma? bebas?). Sbb tu la dgn kengkorang yg aku kenal melalui blog ni aku senang2 hati boleh bagi henpon nombor, bgtau nama betul, dan ajak dtg umah. Kiranya setakat profil tu takde la rahsia lagi. Kengkadang sikap terlebih terbuka dgn kengkawan blog aku ni, membuatkan aku ada la sesikit berpikir. Melalui blog ni aku berlaku jujur terhadap diri sendiri, dengan mengakui rahsia terbesarrr dalam hidup aku. Dan aku rasa sesapa yg boleh menerima keadaan aku yg suka-pompuan ni, sure takde masalah untuk berkawan dgn aku, dan menerima aku seadanya. Maka tak perlu la segala rahsia demi rahsia tu. Lagipun, sebenonya lebih seronok kalau kita boleh bercerita tanpa byk sgt mengontrol nih. Selesa sket. Tapi kengkawan yg aku kenal melalui blog ni bukan la semuanya senget. Ada juga yg tak senget (dibaca sebagai stret/tegak/normal/majoriti). Tapi masing2 ni tak mengambil kesempatan untuk mengata dan mempermain2kan aku, macam la aku ni seekor hamster yg suka makan koci bunga matahari. Mereka masih melayan aku seperti seorang manusia. huhuhu Dan aku rasa, bila kita boleh berlaku jujur terhadap diri sendiri, kita jugak boleh sentiasa menerima diri org lain. Mula hormat prinsip dan keputusan diorg, serta melayan diorg sebagai seorang manusia yg tak pernah perfect. Gelpren aku pernah pesan "Apa yg kita lihat pada org lain, itu sebenarnya adalah cermin diri kita sendiri." Maksudnya, kalau kita kata boss kita lorat.. sebenonya kita la yg lorat tu.. huhuhu (aku la tuuu) Aku masih perlu lagi kureng bab hormat2 nih. Maka itu sebenarnya ada la ntah kat mana2 yg aku masih belum berlaku jujur kat diri sendiri. Hmm... apa lagi yg aku masih kelentong2 nih?.. (ececehhh, buat2 kompius plak..). Pesanan dr Sekapal Inc. (utk diri sendiri jugakk): Sesapa yg sokmo tak puas hati dgn org lain tu... cermin2kan la diri sendiri. huahuahua.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||