Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Thursday, September 16th, 2004

Subject:Org tetua sesuka hati je larang budak2 main daun terup sbb diorg kata judi. Mana ada!!!
Time:1:52 pm.
Mood:kenyang, ngantuk --> tido...
Huh, tadi aku lapar. Skrg ni aku dah kenyang. Pagi tadi sang gelpren buat breakfast bubo nasik sambil main gin rummy. Ntah kenapa sejak dua menjak ni (lebih2 lagi bila Cik M ada) gelpren aku sakan sungguh main daun terup. Pepagi dah digegonya aku suruh bangun. Nak tido lepas subuh pun dia tak kasik, sbb nak ajak main gin rummy. Adehh... Tapi nasib baik aku tau main benda tu, kalau diajaknya aku main batu seremban.. tak ke haru!!
Eh, korang tau ke gin rummy tu main apa? heh, tu main daun terup la. Aku takde la terrer main terup, tapi mmg sejak kecik lagi ada la bbrp permainan bebudak kecik yg bapak aku ajarkan.

Ingat lagi dulu, ramai org mengata yg main terup ni tak bagus, judi la, ompompuan tak elok main la. Sampaikan ada tu pegang daun terup pun tak boleh. Poyo je org acamtu. Lepas tu, bila masuk sekolah, belajar matematik bab kebarangkalian, ada contoh guna daun terup. Ha kau! Terduduk jugak.
Soalan: Berapakah kebarangkalian memperolehi daun bernombor 7 daripada satu dek daun terup? huhuhuhu.. sapa tak pernah tgk terup, tak tau jawab. Lagi haru kalau cikgu pun blurr.

Kesemua tanggapan negatif terhadap daun terup ni perlu dibuang. Oooohh mementang la ada org berjudi guna terup, dah seme benda yg melibatkan terup tu dikira salah. Balik la semula pada pengertian judi tu. Judi tu yg aku tau, main guna duit. Sapa menang, dapat duit, sapa kalah, ilang duit. Kalau setakat sapa kalah dapat habuk je, bukannya kira berjudi. Disebabkan oleh tanggapan ni la ramai bebudak yg sangka buruk pada pemain terup.

Pesanan aku kepada semua ibu bapa dan bakal ibu bapa, toksah la nak meletakkan tanggapan negatif kat bebenda yg majoriti kata tak bagus. Fikir dulu. Tgk apa objektif, apa yg salah, apa yg betul, pastu baru la buat kesimpulan. Kalau main pukul rata je, hancus la dunia acamtu. Dah semua benda tak fleksibel dan kena ikut satu peraturan sahaja. Tak syiok la kan. Hidup kena edbenceres (omputeh kata adventurous). lagi pun setakat main daun terup je la.. tu boleh menajamkan minda tau! Jgn jadik cam kawan aku, dah tetua pun main solitaire makan 2 minggu baru pandai...

Huh! Cam serius la plak blog aku harini. tahan je la.. Kepala hotak aku dah mamai. Ingat tido je skrg nih.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.