Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, September 14th, 2004

Subject:Kepentingan bulu dalam masyarakat manusia. Sapa kata tak penting??!
Time:12:40 pm.
Mood:poyo.
Reptilia haiwan bersisik. Mamalia plak haiwan berbulu. Jenis2 burung (aves) pun berbulu jugak. Tapi burung ada bulu pelepah, sedangkan mamalia ada bulu2 yg omputeh panggil sebagai fur. Kebanyakan bulu pada badan manusia diberi nama berdasarkan organ yg dilitupinya. Bulu di kaki di panggil bulu kaki, bulu di perut dipanggil bulu perut, kalau pada telinga pulak dipanggil bulu telinga. Cuma kita tak pernah la plak dengar bulu atas bibir, bulu kepala atau bulu dagu. Sebab masing2 dah ada nama khas iaitu misai, rambut dan janggut.

Huh! Ni apa keroje plak aku cerita pasal bulu nih. Heh heh.. takde la, aku bukannya nak buat artikel saintifik pasal perbezaan mamalia dan menatang lelain, cuma aku terlebih tertarik dgn penggunaan bulu dalam kehidupan masyarakat malaysia, terutamanya org melayu.

Kalau korang perati balik, boleh tahan banyak la jugak perumpamaan melayu yang menggunakan bulu. Kenapa mesti bulu? Apa salah si bulu2 tu sampai sokmo kena guna. Ha.. maka, instead of artikel saintifik, hari ni aku nak mengajar bahasa melayu pasal bulu. heh heh heh.

  • Bila anda kata: Heish! Berbulu je aku tgk muka budak baru tu.
    Maksud sebenarnya: Anda meluat bila tgk muka budak yg baru masuk tu
    Maksud yg lebih tersirat: Anda menyampah tgk muka budak baru tu sehingga terasa nak belasah dia sampai tinggal bulu

  • Bila anda kata:Dah naik berbulu telinga aku mendengo suara kau.
    Maksud sebenarnya:Anda dah tak koser nak mendengo bebelan kawan anda
    Maksud yg lebih tersirat:Suruh la kawan anda berenti la bercakap sebelum telinga dia dicabut

  • Bila anda kata: Meremang bulu tengkuk aku tgk cerita seram tu
    Maksud sebenarnya: Anda gile takut bila tgk cerita seram
    Maksud yg lebih tersirat:Sebenarnya hantu tu dah ada kat blkg anda dan bermain2 dgn bulu tengkuk anda

  • Bila anda kata: Dah naik berbulu dagu (berjanggut) aku tunggu kau kat sini
    Maksud sebenarnya: Anda sudah bengkek menunggu kawan/akak angkat anda yg janji nak jumpa kol 2 kat klcc, tapi kol 2 baru kuar umah.
    Maksud yg lebih tersirat: Toksah la lagi kawan dgn org tu...

  • Bila anda kata: Poyo ah! Sampai terbako bulu mata aku!
    Maksud sebenarnya: Bulu mata anda terbakar
    Maksud yg lebih tersirat:Padan muka! Sapa suruh main api

  • Bila anda kata: Stress aah, sampai gugur semua bulu kepala aku
    Maksud sebenarnya: Anda terlalu tertekan sehinggakan rambut byk yg gugur
    Maksud yg lebih tersirat: Anda botak!

  • Bila anda kata: Jagung utk masak tomyam tu ada bulu la, tapi sedap!
    Maksud sebenarnya Jagung tu mmg ada bulu jagung
    Maksud yg lebih tersirat:Anda makan bulu...


Ish, tu je yg aku leh pikir la. Ada apa2 lagi perumpamaan yg guna bulu? Tolong la bgtau aku.
huhuhu.. dah fenin


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.