Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Wednesday, September 8th, 2004

Subject:Orang pompuan mmg seksi. Huh, agaknya pasal tu la aku jadik senget.
Time:9:36 am.
Mood:burpp!! kekenyangan.
Aku ada sokrang kawan. Kitorg kenal sejak aku abih SPM lagik. Ish, lama dah tu. Dia ni mmg stret. Kalau dia gay-friendly pun.. aahhh! dia stret jugak. Tapi kalau aku berjalan dgn dia kat shopping compleks, aisehman... dia ni lagi giler kalau tgk pompuan. Kemain terrer lagi memberi komen2 kalau ternampak pompuan2 seksi yg berjalan2 merayau2 shopping tuh. (Aku ni setakat memberi komen dalam hati boleh la) Pandai je kawan aku yg sorang ni komen baju terlebih seksi la, apa la. Cepat je mata dia nampak kalau ada pompuan yg berpesyen lebih berbeza drpd org lain.

Ada sekali tu aku sergah dia. Aku tanya apsal laaa dia ni suka sgt pandang pompuan. Dia kata acamni..
"Pompuan tu la cantik. Lagipun kalau kita pandang lelaki, dah jadik makruh, tak elok. Baik pandang pompuan." huh, jawapan power tuuuu!

Tapi aku mmg suka pandang pompuan sejak kecik lagi. Pada aku org pompuan ni kebanyakannya la cantik dan bersih. Pastu seksi plak tu. Ha.. bercakap pasal seksi nih, rasanya semua korang2 ni, tak kira la stret atau tidak, atau kedua2nya sekali, mesti ada satu bahagian pada badan org pompuan yg korang dah chop sebagai kawasan terseksi. Er... kalau sesapa yg tak berapa selesa baca pasal keseksian tubuh org pompuan, toksah la teruskan pembacaan anda (tapi kalau korang teruskan pun, aku tulis masih bertapis jugak...)

Bagi aku la.. kawasan terseksi org pompuan tu letaknya dari bahagian bawah tulang rusuk, sehinggalah bhgn atas tulang pinggul. Hah? Takleh imagine tpt tu kat mana? Haiyaaa... jom kita buat eksersais sket.
OK, cuba korang cekak pinggang.. Ish, buat bebetul laaa. Haa. Pastu gerakkan tangan anda ke atas sikit2. Oppp! Rasa tak ada tulang kat situ? Situ la bhgn bawah tulang rusuk.
Skrg gerakkan la plak tangan anda ke bawah. Sure korang rasa ada satu tulang terbonjol yg memegang suar2 londeh korang tu kan? Haa.. tu la bhgn atas tulang pinggul. huhuhu.

Ala.. dlm kata lainnya, bagi aku, bhgn terseksi org pompuan adalah bhgn pinggangnya. Hmmm.. agaknya pasal tu la aku suka pompuan tinggi, sbb bhgn pinggang diorang ni lebih ketara. Pinggang ni termasuklah sekali bhgn 'bewwy button' dan lekuk kat tulang blkg tu. Aiyakk!!
Jadik kalau aku nampak pompuan yg pakai suar ala2 londeh dgn baju yg tersengset sedikit tu.. alah mak aihh. Boleh ketaq jugak la kepala lutut yg selalu longgar nih. Tapi setakat ketaq je la.. takde la sampai aku nak terkam dan buat tak senonoh dgn pompuan tu. Dan takde la jugak sampai terbawak2 dlm mimpi. Poyo je...

Tu keseksian pada tubuh badan ompompuan. Kalau kita fokuskan di bahagian muka sahaja, pun ada jugak part2 yg boleh dikatakan seksi. Kalau aku, aku suka tgk tang bibir. Mungkin sbb tu jugak la, kalau aku bercakap, aku jarang pandang direct kat mata. Sbb aku suka pandang bibir. Kalau sesapa yg pernah terasa sbb aku tak pandang mata diorg masa berborak, aku mintak mahap eh. Sbb aku lagi khayal tgk bibir/mulut/yg-sewaktu-dgnnya. Acam Haflin trek fantasia, cute je bibir dia, ala2 bibir Willow gitu.. arghhhh mabukk!
Eh, tapi aku tgk je bibir tu. Aku takde la sampai tahap comolot. Huh! Tu lain jadiknya nanti.

Itu keseksian dari pandangan mata aku. Org lain musti ada part lain yg diorg pandang seksi. Contohnya seperti lutut, siku, tengkuk, bhgn blkg telinga, mata, idong, depan belakang, ibu jari kaki, tumit dan byk lagi la. Karang kalau aku senaraikan semua... huhuhuhh... heh.

Ada sesapa yg nak bgtau dan berkongsi bhgn bdn pompuan yg anda rasakan seksi? Angkat tangan..!


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.