Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, September 7th, 2004

Subject:Merendah diri tu boleh. Tapi jgn la sampai jatuh tahap mengada2 plak
Time:1:50 pm.
Mood:fenin lalatto.
Malam semalam aku dok menonton ulangan America's Next Top Model musim yang pertama. Ala.. yg si Adrienne malas bukak mulut bila bercakap tu menang tuuu. Tak tau jugak? Haa.. tu maksudnya korang mmg tak nengok la. Gelpren aku plak lepas Isyak je terus tak kuar2 dr bilik. Bila aku jengah ke dlm bilik, dia dah tutup mata. Aku tanya la.. dah nak tido ke. Pastu dgn bestnya dia jawab, tak tido.. tgh berpikir. Huh, boleh acamtu ek? hehehe.. So aku pun terbongkang la dpn tv sensorang. Kebetulan plak episod mlm tadi ada recap utk ANTM yg aku belum pernah tgk kat 8TV sblm ini, so, rezeki la.

OK la.. dlm ulangan tu ada la ditunjuk pasal sokrang peserta yg bernama Giselle. Dia ni boleh tahan la ada rupa (w/pun bukan taste aku) dan juga boleh bergaya. Kiranya wokeh la utk menjadik model. Tapi seawal episod ke 5 dia dah terkeluar. Sebab utama Giselle terkeluar ialah akak Tyra kita tak suka sikap kurang kompiden yang ditunjukkan olehnya. Dan dia ni jugak suka merendah2 diri sendiri untuk memancing puji2an drpd org lain. So, kiranya bila org lain puji dia, kompiden dia naik la kan. huhuhu.. tak baguih acamtu. Jadi sesapa yg nak jadik supermodel kena ingat, anda bukan sahaja kena cantik, tapi jugak kena kompiden dan percaya kebolehan diri sendiri.

Hmmm... merendah diri tak boleh, meninggi diri pun tak boleh. Tapi kita org melayu ni mmg diajar untuk merendah diri. Acamna tu? Alahaii... merendah diri tu mmg la bagus, tapi jgn la pulak sampai dibuat2 untuk memancing pujian. Ada bezanya org yg merendah diri dgn ikhlas, dan jugak org yg merendah diri utk pancing puji2an. Cuba tgk contoh ni:

CONTOH 1:
Ala.. saya mana la cantik sgt, ramai lagi yg lebih cantik drpd saya

CONTOH 2:
Ala.. hidung saya kemek, kulit saya berjerawat, saya ni tak cantik kan? kan kan?

Rasanya korang leh agak la sapa yg mintak dipuji, dan sapa yg tak heran puji2an. Tapi kalau para pengkritik tu nak memuji, apa salahnya kan. Lagi la bagush.. huhuhu..

heh heh heh kengkadang org mabuk2 bercinta ni suka memancing pujian drpd pasangan masing2. Ala, toksah mengata org la, aku selalu jugak buat acamtu. Tapi ini kira kes bermanja2, so boleh diampunkan kot. Takde la nak mengengada dpn sume org. Dgn org2 tertentu je. So, kita ok la kot kalau nak memancing pujian drpd kekasih sendiri. hehehe.. Contohnya cam aku ngan gelpren aku...


aku:
Ala, iye la kan.. saya ni kan beloh2 acam cipan. Biarla saya jadik cipan je... :(

chefdiva
Takpe la... kalau awak jadik cipan, saya sediakan kandang yg cantik

aku:
Eh, kenapa nak buat kandang plak? Awak nak kurung saya ke?

chefdiva
Iye la, nanti orang culik buahati saya

aku:
Ala, taknak la kena kurung.

chefdiva
kenapa plak?

aku:
nanti acamna saya nak pi mencari pasangan dan mengorat cipan lain?

chefdiva
Huh! Dasar cipan gatal...


^_^;;;


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.