Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, September 6th, 2004 |
|
||||||
|
Kepala aku masih lagi bengal dek kerana semalam kol 11 mlm baru tiba ke KL dr kg. Kol 11 lebih ni plak kena paksa pi Kelana Jaya. Ntah apa gila boss aku tu. Sebuk nak aku mengikut ke sana. Arghh.. tak kosernyaa aku melayan org tua tu!! Hari Sabtu yg lepas, aku dan gelpren aku balik ke kg. Masa kami masih lagi dalam highway, Cik M call kitorg dan memberitahu keadaan adiknya tidak begitu memberangsangkan kat sepital Melaka. Dengar sore dia cam risau je, kitorg rasa tak sodap hati jugak. Maka kami berdua pun membuat detour (huh, cam Amazing Race la plak...). daripada terus balik ke Johor, kitorg berdua pun kuar la kat tol Ayer Keroh. Sewaktu tengah menikmati dan mengutuk pemandangan air terjun buatan yg boleh tahan comel la jugak kat jalan menuju ke sepital tu. Tiba2 ada la keta buat brek tercemas. Kami yg tgh syiok berborak ni but buat la brek tercemas jugak. Dua saat lepas tu kitorg pun dgn gembira la menyambung pergerakan keta. Sekali tu tetiba GEDEGANG!!!.. ada benda tetiba menyondol-hentam dr belakang. Ntah la kobau ke keta, aku pun tak dpt cam lagi masa tu. Tapi gelpren aku punya kepala sudah la terhentak kat kusi drebar. Bengal la kejap kepala minah tu. Ciannnn gelpren aku. Nasib baik keta gemok aku tu ok. Cuma kobau ijau yg menhentam si gemok tu la hancuss. Sampai kena tow lagik. Cian gak aku tgk mamat tu. Nyaris nak nangis. Sbb kitorg pun nak bergegas ke sepital, lepas sesi berkenal2an tu, kitorg pun cabut la ke sepital. Sampai kat sepital belum waktu melawat lagi. Tapi gelpren aku dgn machonya pi masuk ke dalam (aku jugak kena langut kat luar sensorang... uwaaaa..). Cerita asalnya, Cik M mintak tolong kami2 ni pi menengokkan adik dia dan menerangkan kat famili diorg pasal keadaan adiknya tu. Ini semua sebab doktor yg bengong2 dan dah tak reti2 nak bagi penerangan pasal penyakit kat orang awam. Bundus!! Hah, kalau korang nak tau, adik dia ni disyaki kena meningitis (inflamasi/infeksi pada lapisan meninges). Lapisan meninges tu adalah lapisan kat bhgn otak. Masuk2 je ke wad, (menurut penceritaaan gelpren aku) mak Cik M ni ada. Muka sedih pasal dia diberitahu doktor nak tebuk leher anak dia. Dan diorg semua tak benarkan doktor buat prosedur tu. TEBUK LEHER??!! Poyo betul ayat yg dipilih oleh doktor nih. Ada ke tebuk leher. Mak bapak mana yg nak bagi. Sekali lagi doktor tu kena bundus!! huhuhu Setelah ditanya2 oleh gelpren aku, rupanya doktor tu nak masukkan ubat terus ke dalam salur darah. Tapi sebab salur darah yg kat tangan susah nak jumpa, dia nak masukkan ikut salur darah yg kat leher. Laaaaaaaaaaa cuba cakap acamtu. Takde la mak budak tu terkujat sangat. Ini tebuk leher. Ingat budak tu ayam ke nak sensenang main tebuk2. Aku pun seriau jugak mendengo istilah tu. huh, haruuu! Lepas diterangkan oleh gelpren aku, cik M dan keluarganya ni baru la paham... Tapi kengkadang nak salahkan doktor ni tak boleh jugak. Diorg ni sebuk, byk pesakit sampai tak larat nak eksplen lelebih kat pesakit. Cuma diminta la jasa baik diorg supaya tolong la gunakan bahasa yg sesuai sewaktu memberi penerangan. Dan aku cadangkan la, pihak Kementerian Kesihatan patut bagi kursus penggunaan bahasa yg sesuai dalam perubatan. Kalau ada la doktor2 kat luar tu yg ego ssgt, balik2 nak guna istilah2 omputeh, onglatin, atau acronym cipan, baik pikior bbaik. Anda bukan mengubati org yg 5 tahun (atau lebih) kat sekolah perubatan. Tapi anda sebenarnya memberi khidmat kepada org awam yg ada kepakaran di bidang lain. Smlm, (hari ahad) aku pi balik ke sepital (dan kali ni aku boleh masuk sbb waktu melawat)... Nampaknya keadaan adik Cik M dah makin ok. Dah mula sedar dan kenal orang. Dan lehernya tak jadik ditebuk sebab ada sorang doktor yg lebih terrer ni dah berjaya menebuk lengan adiknya utk memasukkan ubat. huhuhu.. ada ke tebuk.. poyo! Kengkawan yg kenal cik M (dan yg tak kenal pun boleh la jugak join), moh la kita sesama mendoakan supaya adik dia cepat sembuh. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||