Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Friday, September 3rd, 2004

Subject:Melatah. Ey, ini bukan masalah org nyanyuk je tau!
Time:9:57 am.
Mood:cedey+pokai.
Huh, melatah, satu perkara yg dibuat dalam keadaan separa sedar. Biasanya org melatah sbb terperanjat, terkejut atau terkujat. Ramai orang mengaitkan masalah melatah ni dengan umur yg dah tua. Kira cam lagi tua lagi mudah melatah laaa. Ala, tapi Amy Mastura tu pun melatah jugak. Bukan dia aje, ada lagi artis lain yg kuat melatah... aku.. huahahahaha :D. Heish, tolong la, bila time aku perasan jadik artis, tolong la baling telo ke muka aku. (cuma jgn buat dlm LRT je laa..)

Anyway, meh sini aku nak cerita pasal melatah. Sepemerhatian aku, ada byk style org melatah ni. Perkataan latah yg paling glamer ialah 'OPOCOT!!!' ataupun kalau korang nak carik alternatif bagi perkataan ini, boleh la gunakan perkataan 'OCOPOT!!!' kira sama gak aaa tuu. Ada gak kengkadang dipendekkan je latahan tu menjadik 'O'... heheheee

OK, yang tu bab latahan yg umum, biasanya selepas perkataan imbuhan awal tu, akan diikuti pulak dgn sebaris ayat yang bermacam2 ropanya..

Ada tu dia melatah dgn menyebut nama anggota keluarga. Ni acam nenek, emak, adik, atok, mak sedara sebelah bapak, dan sebagainya. Kengkadang belakang nama anggota keluarga tu dibubuh pulak kata sifat (adjective), kata kerja (verb), ataupun nombor. Tapi yg pastinya, bila dicantumkan perkataan2 tu menjadi ayat, ayat tu mmg ala2 kureng masuk akal la.. Contohnya: O nenek aku lapan belas!! heh heh heh

Ada plak tu kalau melatah aduhaiii... boleh memenuhkan kamus perkataan2 carutan aku. Ntah perkataan mencarut mana2 tah leh kuar. Yg aku tak pernah dengo pun ada. Orang macam ni aku respek aaa jugak, sebab dia mampu menyimpan perkataan mencarut marut tu bila dalam keadaan sedar. Dan yang menarik perhatian tu, kemain terrer lagi org macamni menyimpan berdozen2 perkataan carutan dalam kepala hotak dia tu. Dasatttt!! Contohnya: Opocot %$#^$ **@#$ *~% huhuuuu

Ada juga orang yg melatah yg menyebut (atau tersebut) perkara yg sedang difikirkan. Dan biasanya benda yg dipikior ni tak plak dikeluarkan dek mulut. Bila melatah baaaru la kuar. Latahan acamni giler bahaya. Sbb tak pasal2 seseorang tu boleh tetiba menjadi brutally honest dan memecahkan lobang sendiri atau orang lain. hah? korang tak paham ayat aku terbelit sangat? Meh laa aku bagi contoh lagik...

Katakan la aku la yg kuat melatah. Sekali tu aku tgh dok melepak2 dgn kengkawan sekolah lama aku sambil minum kopi cap kapal api. Diorg semua bercerita pasal buipren dan suami masing2. Aku yg dah keboringan ni tetiba pun terpikir la ayat acamni dalam kepala..."Huh, ingat aku takde sesapa ke, aku ada gelpren jugak la. Chefdiva tu la gelpren akuuu.. poyo!" Sekali tu sambil aku berpikir acamtu "Pranggg!!" ada gelas kat meja sebelah terjatuh.. Aku pun dgn pantasnya melatah dgn berbunyik 'Ocopot chefdiva gelpren aku!!' Hah kau! Kan dah pecah lobang.. padan muka. Itulah padahnya kalau melatah perkara yg sedang dipikirkan. Hancusss!

Tapi kalau kita tgk balik, sebenarnya apa yg org tu latahkan, adalah perkara yg berlegar2 di ruang pemikiran masing2. Sapa kuat mencarut, latah mencarut la. Kalau minat Buffy, melatah la pasal Buffy. Jadi untuk mengelakkan latahan anda menjadik kontroversi, sentiasa lah penuhi kepala anda dgn benda2 yg baikkk. Supaya tak memalukan diri sendiri dan org lainnn. Laaagi bagus, pegi la carik ubat untuk berenti melatah. Gerenti masalah ini akan ilang...


Ada komen? Tag aku kat sini!

Subject:Sakit kepala jgn makan obat. Tahan je. Ala, bole la, eh eh?
Time:5:58 pm.
Mood:@_@.
Adehhh... mamai kepala aku sbb sebat melo+kopi pekat sgt. Aku sebenonya tak tau nak tulis apa. Tapi dalam masa yg sama, tak tau nak wat keja apa. Bagus tak? Nak kata takde keja, menipu namanya. Keja byk, cuma malas nak buat je. Biasak la, bila poket tak berisi2 motivasi utk keja pun jadik kureng la. Warghhhh.. fenin, fenin.

Biasanya kalau penpening ni, aku suka telan obat je. Senang cerita. Kalaupun obat tu tak berkesan, secara psikologinya aku dah makan obat, sakit pun ilang la. Tapi ramai org yg aku jumpa tidak menyetujui cara sebegini (ini termasuk la bapak aku sekali). Org2 acamni kata, jgn biasakan bergantung dgn obat sesangat. Biar je la tubuh badan (huh?) melawan sendiri. hehehhe.. OK la, bagus sebenonya org2 acamni. Ada kesedaran bahawa dadah tu sebeno2nya bukan membaikkan sakit, malahan lebih menambah sakit lagi adanya. Memang betul tu, cuma aku je yg tak tahan sakit.

Setiap kali aku pi klinik (yg kebanyakannya adalah utk mengambik MC), aku akan dapat obat. Cemacam jenis ada. Utk sakit kepala, selsema, demam, gatal2 dalam dan luar badan, cirit birit, sembelit, sakit perut... semua tu ada kat dlm bekas obat kat umah tu. Obat2 ini akan digunakan bila aku sakit bebetul tapi taknak amik MC. hehehe.. ni kes self-diagnose la nih. So, katalah aku nak gi jenjalan kat genting, tetiba perut lak wat hal. Obat sakit perut ada... telan je. Pastu boleh enjoy.. huhuhuuu, sakan!

Hai Obat Hai Obat.. mari beli Obat! heh...

Dah la, kepala aku makin tak betul nih. Hah! Sebelum aku lupa.. selamat hari cuti sabtu/ahad kepada korang semua. Mari la kita beramai2 balik kg. Jenguk2 la ibu bapa anda. (pesanan ini ditaja oleh Sekapal Inc.)


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.