Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Wednesday, September 1st, 2004 |
|
||||||
|
huarghhh.... Kepala aku bebetul mamai hari ni. Tapi aku tau dah sbb apa mamai sesangat ni. Ini semua sbb sempena cuti hari merdeka semalam, aku cuma buat tiga keja je, makan, pulun tv, tido. Sungguhlah aku tak menyahut erti kemerdekaan yg sebenar. Gelpren aku plak semalam kemain rajin lagi masak. Adehhh, sampai bengkak perut makan. Lepas makan, tgk tv, tido. Bgn tido, makan lagi.. hmmm.. itu je la kitar hidup aku di hari cuti. Jadi kesimpulannya, takde benda yg menarik untuk diceritakan yg berlaku pada hari cuti aku semalam. Tapi takpe, aku nak memblog jugak hari nih. heh heh. Selepas membaca e mail2 aku dan mengingat2 kembali kejadian2 yg berlaku dalam bulan nih.. aku suka nak tulis pasal keikhlasan dalam perhubungan. Ada org kata.. kalau kita cintakan seseorang, mesti dilakukan dengan ikhlas. Ada jugak yg kata, kalau hubungan persahabatan itu diikat atas dasar keikhlasan, ia akan kekal. Sebenonya acamna kita manusia ni mendefinisikan keikhlasan dalam bersahabat? Adakah dengan memberikan pandangan mata yg ala2 luhur (erkk.. ada ke benda nih?) ataupun dengan kesanggupan untuk berkorban apa saja demi sahabat anda. Ataupun dgn kebolehan untuk menjadi diri sendiri (be yourself) di depan sahabat anda? heh, masing2 ada definisi sendiri la. Bagi aku, kalau aku ikhlas kawan dgn org tu, maksudnya aku takde apa2 agenda tersembunyi yg nak disedut drpd mereka. Meh sini aku bagi sampel agenda tersembunyi yg byk berlaku, tapi kita semua tak koser nak bgtau. Kalau bgtau dah bukan tersembunyi lagi la, ye tak?...
So, itu adalah beberapa contoh merapu je tuu. Tapi kalau kita tgk balik, dalam setiap agenda tersembunyi tu akan ada satu perkara yg mengikat persahabatan. Kalau kita kawan dgn dia sbb dia leh bagi tiket free... agak2 bila tiket free tu dah takde, nak ke kawan lagi? Tu tanya la kat diri sendiri. Dulu mmg aku byk kawan kureng ikhlas. Sbb aku berkawan hanya semata2 sbb kitorg satu sekolah, sama kampung, ataupun sama tinggi. Tapi skrg ni, aku dah mula ada kengkawan yg membolehkan aku rasa selesa, gembira dan mampu berinteraksi dengan jujur. Cuba korang tgk balik.. agak2 ada tak kengkawan baik korang yg bila disusur galur, langsung takde pape kaitan, tapi leh baik? Ada? Ada?? Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||