Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Wednesday, August 25th, 2004

Subject:Kecantikan melalui penderitaan. Ala.. janji chantek!!
Time:3:21 pm.
Mood:ngantuk.
hmmm.. hari ni dah petang baru masuk opis. Dan dengan bangganya boss aku nak suruh aku balik awal hari ni, seawal kol 5.45. Awal ke tu? hehehe.. blasah la. Tadi pagi sebenonya ada hal kat KLCC. Manusia kat KLCC tu punya la ramai umatttt. Mementang la cuti sekolah kan skrg ni. Cemacam rupa budak sekolah yg aku nampak. Aku masa sekolah dulu innocent abeh!! bebudak sekarang ni, gaya kemain lagik. Satu yang menarik perhatian aku ialah diorang ni kemain banyak lagi bertindik.. Tak tau bertindik tu apa? Ala.. omputeh kata piercing.

Aku? Mmg tak pernah bertindik. Tgk la telinga aku, cuma ada lubang telinga je. Lelubang utk memasukkan subang atau shah alam semua takde. Ntah kenapa aku malasnyerrrr nak pi tindik. Nak kata takut.. heh... mmg la ada sesikit. Sbb kazen aku kena inpeksyen kat telinga masa bertindik. Takut sehhh!! Tapi bila dah tetua nih rasa cam best la plak dok pakai2 subang nih.

Kalau la aku diberi keizinan dan kekuatan, ingin rasanya aku tindik kat tepi bibir cam Tom DeLonge. Cam gerekk je la pierce kat situ. Tapi ada jugak rasa cuak. Buatnya bibir kena gigit ke, pastu tertarik, tak ke rabit bibir aku. Uwaaa.. taknak. Sesia je nanti aku takleh makan dengan sempurna.

Gelpren aku pulak kata, dia hanya akan benarkan aku bertindik jika aku berjanji untuk mematuhi dua syarat yg telah ditetapkan.
1) Aku hanya boleh tindik telinga sahaja. Segala mala organ lain tak dibenarkan.
2) Aku mesti pakai subang di kedua2 belah telinga.
Hmmm.. itu la gamaknya bila ada gelpren, kena la bertolak ansur.

Tapi aku takde la gila sangat nak bertindik. Aku lebih giler nak bertatu. Bukan tatu all the thing she said tuuu. Ni tatu yg tulis2 kat badan. Sejak aku minat Spice Girls, aku mmg dah gila nak ada tatu kat lengan cam Mel C. Tapi tu la, kalau bertatu karang, air takleh kena kulit.. problemo la tu kan. Sesia je nanti kena balun dgn mak abah. Tapi ni kira berangan je la ni.. Kalau aku boleh bertatu, aku akan bubuh gambo err.. rahsia ah. Karang kalau ada yg tau boleh menyebabkan kecemburuan plak. hehehehe.

Dah la, makin lama makin merapu plak entry aku harini. Inilah akibatnya kalau tak cukup tido... ^_^;;


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.