Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, August 24th, 2004

Subject:Gelpren. Dulu, kini dan selamanya. Part II
Time:10:09 am.
Mood:lembab.
Adehh.. kenyangnya aku pg ni. Hari ni aku bawak bekal megi dan rendam kat opis nih. Macam nak pitam jugak mengabiskan sebungkus. Nak mintak gelpren buatkan sarapan, dia lak letih hari ni. Mana taknya, semalam pg balik ke kg, mlm tadi dlm kol 10 dah muncul kat muka pintu umah dgn Cik M. Aku plak tgh membongkang dpn TV tgk Buffy.

OK la, hari ni aku nak bercerita sambungan pasal kisah pompuan2 yg pernah singgah dlm hidup aku. Haritu aku bercerita pasal org pertama yg sudi menerima aku sewaktu aku masih lagi kocik2. Dan korang semua tau yg lepas tu aku terus terusan serius dgn chefdiva sampai la laaa ni. Dan skrg ni kitorg masih lagi ala2 DIL gituuu dan telah mencapai tahap caya-mempercayai yg dah tinggi. Tapi sebenarnya nak sampai ke tahap ini bukan laaa senang.

Start tahun 2000 aku dah mula keja kat KL dan tinggal dgn dia. Tapi masa tu kitorg ni masih boleh dikatakan berdarah panas. Sokmo nak jeles2. Terutamanya aku la. Masa tu aku rasa takut sgt kehilangan dia sampaikan aku sekat dia dr berkawan dgn ramai2 org, semata2 sbb aku cemburu. Masa tu jugak kitorg mula berjinak2 dgn dunia Internet dan chat. Aku mmg tak pernah chat kat IRC.. gile komplikated laaa.. Lagipun opis lama aku blok IRC, so, kitorg ni pun sakan la chat kat non-IRC Chatroom.

Aku join chat dgn menggunakan nama yg vague dan tak pernah mengaku yg aku ni pompuan. Iyo la, chatroom tegak kan... takkan la sensenang nak mengaku senget plakkk! Dan masa tu masih lagi ada rasa ala2 taknak mengaku yg diri ini lesbian. huhuhu.

Agaknya sbb aku ni ala2 baik dan rajin melayan pompuan2 nih, saham aku boleh tahan tinggi la kat chatroom tu. Dan semasa aku masih menyamar, aku ala2 regular dgn sorang budak pompuan ni. Sbb dia ni berzodiak Leo, marila kita mambahasakan dia dgn nama Awek Leo.. heh.

Kenapa aku pilih utk rapat dgn dia? Sbb dia dok sekampung dgn aku... dan pada awal2 perkenalan kitorg, dia bagitau aku yg dia baru je bertunang. So, aku rasa... dia ni kompom takkan tersangkut dgn aku. Maka dgn senang lenangnya la aku menipu dan menyamar, sambil berlagak2 ala2 cyber-lover gitu. Aiyakk.. gatalnya makcik!!

Tapi minah ni gile terer mengorek rahsia sampai last2 terbukak jugak kebenaran yg aku ni sebenonya pompuan. Masa tu dia giler gaban melalak. Sbb apa? Aku pun kurang pasti. Mungkin dia bengkek sbb aku tipu dia, ataupun mungkin dia frust sbb aku pompuan. huhuhu...

Lepas aku dah pech lobs tu, dan dah mintak mahap, aku reenter chatroom tu dgn nama lain. Sbb nickname yg aku guna sblm tu dah byk sgt megacau pompuan lain. Cuak jugak! Dgn nickname baru tu aku masih terus menjalin hubungan yg intim dgn Awek Leo ni. Dgn dia ni la aku merasa sentapan terima bil henpon yg beratus2 hengget sebulan, dan merasa line kena barr bbrp kali. Hancus aku masa nih! (Lepas ni jugak la aku tobat taknak pakai bil lagi utk henpon)

First time aku jumpa dia ialah masa aku balik kg. Alang2 dah kat sana tu, jumpa je la. Lagipun org nak belanja, aku sebat je la.. Aku kan mmg kuat mkn :D. Lepas tu kalau aku blk kg ada je la muka dia tercatuk kat bus station. Kalau aku tak janji nak jumpa pun, muka dia ada jugak! Awek Leo ni kenal jugak dgn chefdiva, diorg sesama jadik gadis litar masa gathering chatroom. Aku punya idong masa tu kembang, Tuhan je yg tau. Iyo la, dedua pompuan yg sayangkan aku kemain glamer lagi kat chatroom tu. Riakkk!! Dia pernah jugak dtg umah aku. Tapi bukan umah skrg ni, umah yg dulu. Rumah yg mana aku dan chefdiva masih belum berkongsi bilik...

Lama2 aku boleh rasa yg hubungan aku dgn Awek Leo ni semakin kurang boleh dikontrol. Sedangkan masa tu aku mmg dah ada steady. Tapi aku masih layan awek ni sbb aku tau yg dia konfem akan kawin. So, aku mmg takkan boleh terkomitted dgn dia. Kira layan je la sehingga sampai ke tahap selamat. W/pun masa tu mmg aku rasa tak baik sungguh aku kat chefdiva.. :-<

Tapi terus terang aku cakap, dgn upbringing dia, kemanjer-ganasan dia, dan style dia.. aku tak sanggup jadikan dia steady aku. Pokai makcik!! Kali terakhir aku jumpa dia, masa dia punya hari kawin. Aku pi dgn chefdiva dan sokrang budak lain yg juga pernah menyentap kehidupan aku.

Selepas insiden2 bodo2 emosi di chatroom tu, aku dan chefdiva telah tak koser gaduh2 lagi dan memulakan hidup baru. Kami pindah rumah, dan kami lebih mempercayai di antara satu sama lain. Rasanya kalau dua tahun lepas, korang jumpa aku dgn chefdiva, mungkin kitorg tak stabil cam skrg. hmmm.. byk betul yg dah aku tempuh dgn dia.

Utk Awek Leo.. kalau awak baca ni, saya nak ucapkan Happy belated besday yg ke 20++, dgn ucapan, sori la, saya dah tuko no henpon. Dan tepat sangkaan awak, saya mmg ada apa2 dgn chefdiva. huhuhuuu...


Ada komen? Tag aku kat sini!

Subject:Anda tahu anda minat Willow dan Tara apabila...
Time:3:44 pm.
Mood:mabuk lagi....
Omputeh selalu buat pasal 'You know you are obsessed with bla bla when...'
Kali ni meh aku plak nak buat versi bahasa melayu yang diberi nama..

Anda tahu anda giler minat mantul2 kat Willow dan Tara (WT) apabila...

  • Wallpaper PC anda sentiasa ada gambo diorg dan ditukar setiap minggu.
  • Semua avatar kat YM anda gambo muka diorg duorg yang bertukar2 setiap dua minggu
  • Koleksi gambar, videoclip dan music video yang berkenaan dgn WT melebihi 1GB
  • Anda hanya download episod clip yg dah di edit dan hanya mengandungi scene WT, walaupun ianya hanyalah 50saat shj.
  • Anda mula meminati mana2 pompuan yg memiliki bibir atas yg nipis (contohnya Haflin, hos Trek Fantasia)
  • Lagu 'I'm Under Your Spell' tu anda boleh hapal dgn kareografi2nya sekali
  • Semua intonasi dan part2 gagap Tara boleh anda ucapkan dgn mudah
  • Suka menggagap2kan diri
  • Welcome message kat henpon anda bertulis.. "Can you just be kissing me now?"
  • Anda sanggup perabih duit beli komik WT sebelum habis kat Kinokuniya tu
  • Anda hanya nak beli DVD Buffy musim ke 4, 5 dan 6 sahaja
  • Boikot Buffy musim ke7
  • Anda rasa Kennedy tu pendek dan hanyalah rebound girl utk Willow.
  • Sanggup menonton animasi Ghost of Albion walaupun British accent tu takleh dipahami
  • Akan sentiasa meletakkan gambo, dialog, video WT kat blog
  • Ajak gelpren anda duduk berhadap2 dan bersila sambil mengucapkan.."The inward eye, the sightless sea, ayala flows through the river in me" berkali2
  • Anda mula rasa Dawn boleh jadik aweks potential
  • Sedih sbb Alyson Hannigan dah kawin
  • Mengaku diri sebagai Kitten dan Amberholic
  • Semua lilin kat umah anda diberi nama Extraflamey
  • Sentiasa membelikan gelpren anda baju berwarna-warni dgn corak yg ala2 fancy
  • Giler2 mempromote siri Buffy kat semua org yg dtg ke rumah
  • Sanggup menyusahkan kawan anda yg kat JB semata2 nak mengirim DVD Buffy yg murah.. :D
  • Tulis fanfic pasal WT, w/pun tak dipublish di mana2
  • Perasan diri cam Tara dan sentiasa nak mengubah imej gelpren anda supaya sama cam Willow
  • Dah hapal URL penuh setiap website WT yg best2
  • Pantang jumpa kucing tgh jalan, anda akan menjerit.. Miss Kitty!!!!
  • Mimpi buat threesome dgn WT.. (huh, ni over nih!!!)


Ada sesapa yg rasa acamtu? Moh ler join aku.. huhuhuuu.. ^_^;;;

ini adalah wallpaper aku skrg... saje gatal nak bubuh!




Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.