Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, August 23rd, 2004 |
|
||||||
|
Fuh! Berpeluh2 aku hari ni. Ni semua sbb byk berjalan setelah bercuti yg menghadkan perjalanan kaki aku. Sblm ke opis tadi aku hantar gelpren aku ke puduraya. Dia nak balik ke kg lagi hari ni. Padahal baru je balik dr kg semalam. ehehe.. begitulah gamaknya bila hidup bersama org yg bercita2 manjadik usahawanita. Bz sokmo. Tapi nasib baik la aku pernah dpt treneng ditinggalkan olehnya dulu, so, kureng jugak la masalah takleh tahan rindu. hehehe. Semalam mmg hari aku murah rezeki. Makannnnn je kejanya. Pepagi sblm balik ke KL lagi mak aku dah prepare nasik. Dua pinggan jugak aku makan. Lepas tu pi amik chefdiva dan terus ke kenduri kawen kawan kitorg yg sama2 satu matriks dulu. Makan lagik. Sedap la pulak lauk2 kat kenduri tu. Selepas sessi bergambo2 dgn perantin dalam versi hindustan dan melayu, kami pun mintak diri la. On the way balik ke KL, singgah sekejap di Selangor. Ala2 pi kenduri open house sorang budak tu. Kenduri sbb apa? Ntah le. Kenduri bertunang kot. ehehe. Makan lagik! Apa2pun, timacih diucapkan pada cik adik rumah yg sudi melayan kami dgn baik dan membantu kami sampai ke sana tanpa tersesat.. :D Cakap pasal mkn nih, aku mmg la kuat makan. Tapi dalam pada masa yg sama, aku jugak sungguh leceh dlm memilih mknn. Sehinggakan aku rela tak mkn kalau benda yg aku nak tu takde. Cuma aku tak memilih sangat bagaimana kawasan kedai mkn tu. Nasib baik la aku berpartner dgn chefdiva, sbb tabiat makan kami mmg sama. Jadi, kat mana pun aku nak makan, dia akan ikut dgn gembiranya... Janji mknn tu sedapp!! Aku ingat lagi masa bulan posa dua tahun lepas. Masa tu kitorg mmg sakan makan cucuk2. Lepas terawih je berdesup la kami berdua pi makan. Org lain moreh kat mesjid, aku moreh kat Ampang Point. huhuhuuu. APA??!! Tak tau cucuk2?? Ala... bebenda ala2 yong-tau-fu yg dicucuk kat lidi yg biasanya dijual oleh abang2 naik motor kat tepi2 shopping complex. Aku suka giler dgn proses sebelum makan benda tu. Iye la, memula kita kena pilih dulu. Pastu celup dlm air mendidih yg dah disediakan. Kemudian angkat, bubuh kuah/sambal kat benda alah tu, dan makan. Air dia pulak, air sirap. Ecehh.. sedapnyerr. Lagi dua hari sebelum raya, kitorg masih lagi pi sana. Abg yg berniaga tu siap tanya lagi.. "Adik berdua ni taknak balik kg ke?" Cis la.. mesti la balik. Esok pagi tu la kami balik ke kg. Anyway, mkn tu mmg sedap, tapi tak ramai kengkawan aku yg sudi nak mkn bersama dgn aku. W/pun aku kata nak belanja. Sebabnya, tpt mkn benda tu mmg la kat tepi jalan. Dan yg thrillnya ialah makan sambil berdiri, berkongsi satu pinggan, dengan gelpren terchenta. Kalau ajak kengkawan aku yg lain, mesti diorg nak tapau, sbb kurang selesa dgn keadaan tpt mkn tu. hek eleh.. dah tak kick la tapau benda tu. Kalau nak tapau baik beli yong-tau-fu kat pasar malam. Tapi aku takde la nak mengata preference diorg tu. Sbb semua kita ada citarasa terhadap mknn yg berbeza. Sbb aku pun pernah jugak mengalami masalah ketidakselesaan. Tak kita, tak orang.. iye tak? ish, apa daaa aku tulis nih. Sebenarnya, sampai skrg ni pun aku masih kompius. Apa sebenarnya yg aku cari dr mknn di luar rumah. Rasa? Tempat? Harga? Servis? Teman utk makan? hehehe.. ntah, tapi setiap benda tu mmg memainkan peranan dlm pemilihan mknn di luar umah bagi setiap org. Cuma peratusan kepentingan setiap faktor tu je la yg berbeza pada individu yg berbeza. Contohnya, gelpren aku... chefdiva: sekapal, nak mkn sate kajang laa. aku: OK.. Nanti kita mkn sate kajang Hj Samuri yg kat Kesas tu yea. Dekat je dgn umah kita ni. chefdiva: ah taknak! aku: erkk.. apsal? sama je la rasa dia... chefdiva: ada ke, sate kajang makan kat kajang la. Kat tpt lain dah bukan sate kajang la namanya. aku: acamtu pulak?? ish! *pening* huarghhh!!! Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
hmmm... hari ni aku takde mood nak mkn. Ntah kenapa makin lama mknn kat area ni makin membosankan. Takkan la hari2 nak mkn kat KLCC, bengkok tiga la makcik. Dan ntah kenapa boss aku hari ni cam ala2 asyikkk nak berborak dgn aku. Agaknya pasal aku dah hantar surat resign kot. So, sblm rindu, borak2 la dulu. Ecehh.. Tadi kitorg berborak pasal kes org bujang jatuh cinta dgn org dah kawin. Fokusnya lebih kepada pompuan bujang dgn suami org la. Mmg ada byk kes yg aku tau pasal ketereran suami org ni mengorat. Terutamanya dlm chatroom. Tapi dgn aku silap la... makcik tak taste la golongan suami nih. Kalau isteri org tu tak tau la plak kan. Dr perborakan kami tadi, boss aku ni kata... org dah kawin ni cam ala2 terlebih caring dan romantik. Contohnya, bukakkan pintu kereta, sanggup temankan sesapa saje pegi makan, ala2 romantis, dan berbagai teori lagi la yg kitorg keluarkan. Pendek kata, org dah kawin ni kaya pengalaman untuk melayan pompuan lah! Dan aku tak nafikan jugak bahawa ada org pompuan bujang yg suka kat suami org. Untungnyaaaa laki org nih! OK, tapi tu kalau kita tgk dr konsep hubungan yg normal. Acamna plak dgn hubungan sesenget acam aku ni? Adakah lesbian yg dah memiliki hubungan yg stabil ni sebenarnya lebih terrer mengorat? Bebenda ni kena tanya kat anda2 yg senget yg dah kawin. Tanya kat aku pun boleh jugak. Aku ada pendapat aku sendiri... Aku rasa la, mmg pompuan yg dah pernah bersama dlm hubungan yg ala2 serius dgn pompuan lain ni ada sedikit skill utk mengorat. Ini adalah kerana faktor2 yg aku buat sendiri seperti di bawah: (aiseh, acam buat penulisan saintifik la plakkk.. ish!)
Tapi aku takde la kata semua org yg dah kawin tu terrer mengorat. Cam aku ni, habuk pun tarak. Setakat mengacau2 bebudak pompuan buat lawak bodo boleh la. Tiba part tekan ayat dan beraksi ala2 caring tu.. masih byk yg terkelu2. huhuhuuu. Pasal tu jugak la gelpren aku pernah bagi stetmen.. "Awak nak ngorat? Ngorat laaa..." Huh! Nampak sgt yg dia konfiden, kalau aku ngorat pun, sure tak dapat. Cheh! Tapi dah dpt gelpren acam dia tu, kalau aku ngorat lagi.. harus dipukul je aku ni ha... Hmmm.. tu bab org kawin ngorat org bujang. Kalau yg sesama dah kawin saling ngorat mengorati?? hehe.. tu cam nak merealisasikan lagu Siti la plak.. Andainya engkau kumiliki terdahulu sebelumnya... Andai ku curah rasa hati, mungkin kini ku kan tenang disampingmu.. Ish, toksah dibuat la bebenda menggatal ni kalau dah kekawin. Buat bergaduh je Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||