Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, August 20th, 2004 |
|
||||||
|
Hari ni hari jumaat. Esok hari Sabtu (yeayy!! balik kampungg!!) Malam tadi malam jumaat. Semalam hari khamis. huh.. apa la motifnya plak aku dok menyenaraikan hari2 ni. huahua.. Takde la, aku sebenonya nak menceritakan pasal pengalaman aku semalam. Seawal 12.30 aku dah 'cha alif ba wau ta'. Almaklumla, gelpren dah tunggu kat bawah. Sbb dia yg bawak, kol 1 lagi aku dah terpacak kat TPM tu. Poyo betul, appointment kol 2. Sekali lagi aku gagal membajet masa ke sana. Adehhh. Tapi sebab gelpren aku ada sekali, kitorg pun melepak la kat kedai mamak yg ada kat sana, dan memulun mi goreng mamak sepinggan sorang. Kol 2 aku naik pi opis, dan kol 2.15 baru jumpa dgn org yg berkenaan. Borak punya borak, kol 3 baru siap. Lepas tu aku plak dok menemankan gelpren aku ke Putrajaya. Mmg selama ni aku selalu gak pi sana, tapi setakat sampai ke mesjid je la. Tak pernah la plak merayau2 sehingga ke Precint 2. Kemain jauh lagi. Jenuh aku dok dlm keta tu. Tapi walaupun terasa jauh, tapi takde la bosan sgt. Sebab pemandangan di sepanjang jalan tu mmg menarik. Hah!! Menarik bukan sbb ramai awek laaaa... Sbb keindahan arkitektur bgnn2 kat sana. Tgk tiang lampu je dah terpegun. Pastu tgk jalan jemalan kat putrajaya tu, aisehmen... kemain indah lagik. Aku plak jadik macam org jakun, dah semua benda aku nak tegur. Semalam jugak lah kali pertama keta aku diparking bebetul di bawah traffic light. eheheh.. kemain konfiden lagi si chefdiva, selamba dia kata, takpe... kat sini semua org leh parking sesuka hati. ye ye je. Nasib baik laaa tak kena hempap dek traffic light tu. Kalau tidak, mau aku saman kontraktor Putrajaya. hehehe.. Er, kepada sesapa yg tak pernah sampai ke sana, baik la pegi. Seronot utk berjalan2 berdua2an dgn gelpren. Tenang banget suasananya! Kalau diikutkan gelpren aku, dia nak terus ke Kajang dr Putrajaya. Nak makan sate Kajang. hmmm... pompuan tu dah sampai tahap mengidam la tu. Layankan je laa. Tapi disebabkan oleh kerana ada masalah ompompuan, maka kensel la trip ke Kajang. Mkn je la sate paso malam... Selamattt duit tol! heh heh. Tapi kalau dia teringin sgt nak mkn Sate Hj Samuri tu, nanti aku bawak je la ke restoran yg kat hentian Awan Besar Lebuhraya Kesas. Korang nak mkn sate?? Jom join aku sekali. Bleh la belanja makcik! hurmm.. di lain kali nanti aku cerita pasal mknn yg menarik yg aku biasa makan.. wokeh? Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||