Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Wednesday, August 18th, 2004 |
|
||||||
|
Semalam aku tak dtg opis. Aku kena flu. Mungkin sbb kena ujan hari Sabtu lepas. Tapi dia taknak plak manifest hari Ahad & Isnin. Tu semua kerja endorfin aku la tu. Agaknya sbb seronott sgt, sampai sakit pun lambat kuar. huhu. Balik drpd klinik aku tido sampai la aku bangun semula. hehe.. mmg lerrr. Haaa.. tapi sblm tido aku telah diberikan rawatan facial poyo oleh gelpren aku, untuk membuang bebenda putih/hitam yg berjeranggus kat hidung. Ala.. omputeh kata black head dgn white head laaa. Sebenarnya start drpd malam semalam lagi adik aku yg lelaki tu la.. dah sibuk membuat rawatan tu, bersama2 dgn gelpren aku. Diorg ni amik telur putih, celup kapas muka (facial cotton) kat telur tu dan kemudian kapas bertelur tu ditepekkan pulak ke hidung. Adik aku yg overly feminin ni plak siap dipotong bagai kapas tu, supaya terletak muat2 kat hidung dan tidak menutup lubang idong. Maka malam semalam tu diorg berdua memiliki idong yg keras dan putih. Keja aku, menggelakkan je la diorg nih. huhuhuuu.. Ish, koser la aku nak wat treatment acamtu. Dah la guna telor. ish ish ish. Tapi disebabkan oleh kerana semalam siang aku menjadi seperti ikan tak cukup air, maka hidung aku juga telah dikerjakan oleh gelpren aku. Dia ni mmg suka membelek muka aku. Ntah apa2 yg di beleknya aku pun kengkadang kompius. Sbb ada biasanya sambil dia membelek tu, aku tido. Hmm... aku ni pun, apa la, suka tido. Ala, takpe la kan sorang belek sorang tido. Drpd dedua org tido.. lagi la haru. Dah la, idong aku ni rasa cam gatal semacam je. Nenanti aku tulis lagi. Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Wahhh.. Survivor dah nak start balik. Yesh! Rasanya korang semua mmg tau aku ni gila reality TV show. Tapi ntah kenapa Amazing Race ni aku liatnyer nak ikuti. Alasan aku ialah sbb ada AF dan showtime Amazing Race selalu clash dgn Diari AF. Kalau yg hari ahad kol 11 tu plak, ada la je kekangannya. Kengkadang aku tak bgn tido lagi. Kalau takpun aku dah selamat berada di luar rumah. Hmmm... takleh dibiarkan ni masalah tidak tonton nih. So, survivor nanti harap2 aku takde la kehilangan fokus lagi. Lagipun ada peserta menarik dlm survivor kali ni. So, boleh la kot2 jadik inspirasi. huhuuu.. Kita semua telah sedia maklum yg ada beberapa gay men yg pernah menjadi peserta survivor. Tapi rasa2nya lesbian tak pernah lagi kot. So, utk Survivor Vanuatu ini, alkisahnya ada la duorg peserta perempuan yang berchenta dgn pompuan jugakk. Sorang tu mmg dah tahap makcik2 la dan dah gila berjaya dalam hidup; Dr Scout Cloud Lee. Owang veteran gituuu. ahahaha. Menurut biografi yg aku baca kat website CBS, dia ni dah bersama dgn gelprennya selama 26 tahun. Mak kau! Ala.. iyo la, umur makcik ni pun dah 59 tahun. Logik la tuuu. Pastu kat umah dia ada manyak menatang. Ada kuda, lembu, kucing, anjing dan tupai. haha.. apa? korg tak caya?? Sukati korg la. Itu sorang, ada sorang lagi; Ami Cusack. Tapi yg ni tak detail la plak dia cakap pasal kehidupannya yg senget. Cuma diberitahu yg dia ni dah tiga tahun dating dgn sorg yg namanya Crissy. Silap2 Crissy tu lelaki. ehehehe. Sebenarnya apa laaa yg best sangat bila ada org2 senget kat dlm reality tv show ni?? Kalau korg tanya soklan tu kat aku, jawapan aku ialah.. saje, suka tgk org2 yg sekapal dgn kita dlm tv. Nak tgk acamna perangai diorg. Apa reaksi diorg dgn org lain. Best ke diorg ni, tak best ke.. Kalau best boleh wat jadik role model. Kalau takbest, boleh la dinyahkan dr kotak fikiran ini. Sonang yo. Lagi satu, kita manusia ni lebih mudah tertarik dgn org yg byk persamaan dgn kita. Jadi bila ada lesbian kat TV, org2 cam aku ni cepat je la tertarik. Tarikan ni juga boleh digunapakai dalam berkawan. Macam aku sendiri la, aku lebih selesa berkawan dengan bebudak yg sekapal dgn aku. Bukannya apa, paling2 aku bebas utk bercerita pasal hubungan aku, dan diorg pun acamtu jugak. Kiranya cam byk benda la yg leh dikongsi bersama. Kalau kengkawan yg stret, perbualannya mesti la tidak boleh tercampo aduk hal2 pompuan, awek dan mengorat. Gilo kopo. Dan selepas gathering kecil2an haritu, aku dapat la tgk kengkawan aku yg dah berkapel. Dr pemerhatian aku dan perborakan tanpa umpat dgn gelpren aku, dapat dilihat yg mmg pasangan2 tu nampak seswai bersama. Yg sama2 malas nak bergerak dr kusi, yg ala2 blurr dgn yg suka wat lawak bodo, yg sama2 berpandangan jauh, ada jugak yg manjer+macho bersama. Apa2pun, masing2 kelihatan lebih menarik bila bersama kapel masing2. ecehhh.. Yg masih single lagi tu, takpe, byk masa lagi. Korang nak tgk jugak ke kekapel yg aku jumpa tu? hahaha.. takleh ler, karang kalau aku bubuh gambo kat sini ada yg terkesima plak menengok kecomelan kami2 orang nih. muahahaha. Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||