Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, August 16th, 2004 |
|
||||||
|
Heh, hujung minggu ni kemain byk aktibiti aku. Seronot betul. Terisi seluruh masa aku. Pastu leh plak jumpa kengkawan baru dan lama. Nak cerita ke apa yg jadik hujung minggu ni haritu? cerita la sket ek. W/pun ramai di antara korang2 seme dah tau sebenonya apa yg jadik. Start sabtu ptg tu aku dah mula mengumpul para2 kengkawan dan adik badik aku yg berkumpul nak tgk AF reramai. Dan kalau nak tgk konsert kena la ada mknn kan. Nasib baik la adik pompuan aku mai sama. Boleh la aku buli diorg suruh masak. heheh, selamat jugak. Kalau tidak jawabnya masing2 yg nonton AF kat umah aku tu togok air sejuk je laaaa. Dah nak start AF baru la gelpren aku dgn cik M sampai ke umah. Berkoyan2 aku call minah ni sokmo masuk voicemail. Cis betul la.. lari bajet aku nak Afundi Farah mlm tu. OK la.. so, mlm tu utk konsert AF yg akhir ada la semilan org dlm rumah aku tu yg nonton. Syiok tgk reramai ni. Sedap sket la nak mengutuk/memuji sorang2 bebudak Af tu. Sesambil tu, ada la jugak mengata dan menyakat para penonton yg tertido dan tergolek depan TV tu. Ada jugak yg cas kembereman dan merakam gelagat aksi para penonton AF di umah aku tu. Poyo sajje.. Sbb rumah aku tu bukan la beso kemana, kesian la masing2 kena berhempit2 depan tv tu. Aku dok kat tpt pengkritik. Tapi pengkritik AF ada mikropon atas meja, aku plak ada henpon dgn mknn.. heh. Tapi kalau pengkritik dok depan, aku dok blkg sekali. Sbb kalau aku nak mengafundi kat blkg la baru takde org perasan. Kalau tidak karang ada la mata2 manusia yg akan dijegilkan ke muka aku. Takuttt!! Tapi Farah tak jugak dapat walaupun top 3. Tak kisah la.. Farah tetap juara di hatiku. huhuhuuu Pada hari ahad plak, seawal pagi aku bangun pasal nak menghanto adik2 aku ke puduraya, pi balik kg. Setelah puas menghidu asap kat situ, aku pun pi la ke klcc pasal bebudak lelain yg tido kat umah aku tu ada la kat sana. Sesampainya aku kat klcc, masing2 tgh sakan mengisi borang utk menghamik autograph siti. Kebetulan plak la siti dtg klcc sebagai "Duta IT Samsung". Masing2 pun sakan la. Aku pun join sekali. Kebetulan plak gelpren aku ada hal lain masa tu. Boleh la aku join. Kalau dia ada, jgn la harap.. eheheheh. Setelah kami berempat jadik kelu, kejang dan berpeluh2.. baru la ada tetamu undangan khas tipon, bersama bondanya. Aku pun mula la melakukan tugas ala2 siti jugak, tapi aku jadik "Duta Rayau2 KLCC". Pelik gak, tetiba haritu aku boleh la plak jadik ala2 peramah dgn kaum ibu ni. Selalunya aku malu tak hengat. Hmmm.. mungkin sbb aku tau bonda dia tu takkan jadik mak mertua aku. Cuba kalau mak gelpren aku, eheh.. harus kelu. Lepas tu kitorg lepak kat salah satu kedai kopi ala2 canggis kat atas Watsons. Pesanan dr penaja, toksah lepak sana. Pekerja2nya semua tak sabo2 nak menghalau org yg minum kat sana. Porah... mementangla muka aku cekai, porah cit! Nasib baik aku tak mengadap muka waitress meja tu, si Betty nama dia. Erghhh.. panas betul. Moral: Jgn minum kat sana. Byk lagi kedai kopi dan maplei yg ada kat klcc nun. huh! Ptg tu setelah makcik2 ni melepak kat umah aku, kitorg pun menghanto la masing2 ni balik ke puduraya. Dr situ, balik ler masing2 ni ke rumah sendiri atau ke rumah org lain. eheh. Aku pun balik, tido... tamat! Heh, aku rasa sungguh bercelaru entry aku harini. Ni semua sebab nak cerita tapi ala2 taknak cerita penuh. huhuhu... rahsia aaaa.. mana leh cerita semua. Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Mengundi guna sms. heh, masa zaman AF1 dulu aku langsung tak koser nak undi. Best la camna pun bebudak dulu tu. Siap boleh buat muka pelik lagi kat org2 yg memperabih duit mengafundi. Tapi kali ni, aku telah ditumpaskan oleh Farah Diana AF2. Poyo je. Tapi aku takde la ditumpaskan sampai tersungkur. Cuma aku kiranya dah menyumbang la beberapa posen ke Astro tu. Padan muka aku. Nak review konsert akhir haritu, mmg aku tak reti. Aku kureng pandai komen2 ni. Iye la.. komen aku mesti berunsurkan digital.. samada '0' atau '1'. Dah. Kontrol tone la, pitching, low note, hampeh.. tak reti aku mendengonye. So, kenapa aku terminat kat Farah ni sampai leh menundukkan ke-dekutan aku? Tak la.. bukan sebab nama dia. Meh sini aku storidemori sket. Memula tgk AF dulu aku awal2 dah ala2 suka kat Linda. Ala, biasa la. Tgk je la badan Linda tu acamna. Korang ni pun tak paham2 lagi ker aku yg gatal ini. huhuhuuu. Tapi lepas tgk konsert yg first, aku dah mula jatuh hati kat Farah. Dia bawak lagu Seandainya Masih Ada Cinta Lagi tu alahaiii... best la plak dengar. So, sejak dr itu aku dah mula pay attention kat dia ni. Tapi aku wat2 dek je la bila org tanya pasal pelajar AF peberet. Sbb aku tau ramai org yg kata Farah ni ala2 ngengada sket (termasuklah buahati aku sendiri). Maka, aku pun wat senyap je la. Still, takde la sampai tahap nak mengundi lagi. Tetiap minggu aku akan ala2 debor2 dan sesakit kepala bila tgk Farah perform. Mmg la, takut kalau dia terputus napas ke, tergeliat anak tekak ke. Tak ke naya! Dah la budak ni tetiap kali konsert dok di tangga bawah2. Mmg dedebor dibuatnya. Tapi time tgk konsert tu kontrol macho je la. Karang obvious sgt la plak. eheh. Tapi, lagi lama Farah kat Akademi, aku lagi la makin suka kat dia ni. Walaupun ada beberapa perangai dia kat Diari AF yg membuatkan aku cam "Tolong la Farah.. jgn wat camni, nanti org tak undi kau..." Tapi di sebalik apa yg dibuat tu, ada tersorok kekiutan yg kiut la. Lama2 gelpren aku pun mula mengaku yg dia senang dgn perangai Farah ni. Bila dia dah OK, boleh la aku melonggarkan otot pengontrolan aku. Boleh la jugak aku cakap lelebih pasal Farah. Sbb dia leh join sekaki. Kalau setakat aku sorang je, baik bercakap dgn bantal. Bila dah jadik final 6, aku start rasa, takleh jadik nih! Aku tak boleh biarkan Farah dok di tangga terbawah. Dia mesti jadik top 3. Mmg aku tak taruh harapan dia akan jadik juara. Sbb pengundi Zahid mmg almaklum ramainyaaaaaaa!! Di samping itu, aku juga taknak muka2 cantek cam Adam tu dok di atas carta. So, sebenarnya start dr hari isnin lepas lagi aku dah start mengundi dia pelan2. Sesapa yg baru lepas top up kredit henpon, semua aku mintak+paksa diorg Afundi Farah, termasuk la adik aku.. huahahaaa. Dua tiga undi pun jadik la. Asalkan ada. Aku pun macamla undi byk sgt. Gilo ko po? Takkan la dua minggu terakhir bulan Ogos ni aku nak makan megi je. Pinsan la acamtu. Selepas konsert akhir Sabtu haritu, aku enjoy tgk persembahan Farah. Walaupun sebelum ni ada lagi performance dia yg lebih baik. Dan aku takde la tersakit2 kepala takut dia takleh bawak. Aku konfiden gilerrr dia leh perform dgn baik. Cuma keputusan la cam tak best la plak. Dia dpt no 4. Di bawah Adam. Adam yg mengah2 nyanyi lagu KRU tu? haiyaaa.. Tapi nak buat acamna. Ni semua peminat punya keroje la. Dan lagi puas hati, pagi ni aku pi opis, ramai yg sependapat dengan aku. At least takde la aku syok sendiri bercerita pasal ketidakpuasan hati. heh, nasib la. Takpe Farah, I tetap minat kat U. erkk.. bukan minat; minatttttttt, I minat; minaaaaat. (Hah, pepandai korang la mengenakan ejaan tu dgn intonasi yg seswai). Dan ramai lagi yg menganggap U layak menang. Itu lebih baik drpd menang tapi ramai org mengata. Sesapa yg tak puashati, sukati korang ler. Janji aku suka. muahahaha Dalam kerinduan ini Ku menatap gambar wajahmu di ruang kamar Rintihan asmara kau dan aku Kini tinggal memori yang menghiris di kalbu Duhai bayu Sampaikan salam pada dirinya Nyatakan betapa kini Perpisahan semua ku redhai Dalam tangisan yang syahdu Kau mendustai percintaan diriku Setelah aku memberi segala galanya Pengorbananku dikau persia Oh mengapa Tangisan dalam kerinduan ini Menjadikan hidup aku tidak menentu Keretakan bak dihempas kaca Oh mengapa... Ku masih merinduimu Walau tidak dijodohkan Suratan takdir telah menentukannya Ku masih menyintaimu hingga ke akhir hayatku Biar ku simpan perasaan ini, kasih Izinkan ku membawa diri Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku Farah - Tangisan Dalam Kerinduan hahaaaa.. entry ni panjang, jenuh le korang mengskrol. Nasib ler ek? Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||