Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, August 13th, 2004 |
|
||||||
|
Chompp, chomppp! Aku tgh makan roti yg tetinggal kat opis ni dua hari lepas. Dah naik keras si roti tu. Nasib baik ada oben mikroweb kat opis ni. Maka dapat la aku melembutkannya sedikit di samping membunuh segala mikroorganisma yg tak dpt dilihat dek mata kaso. Semalam sehari suntuk aku tak dapat memblog. Sbb pepagi buta lagi aku sudah merderumm ke Bukit Jalil. Kenapa aku pi sana? Aku tolong setup utk konsert AF final nanti.. eheh. Byk ler. Pegi konsert pun aku malas, nak tolong setup barang? Laaaagi la aku malas. Apppointment yg sepatutnya kol 11.30, tapi aku dah terpacak depan car park seawal 10.20. Poyo betul. Sungguh tak terrer aku membajet masa. Bukannya apa, aku spare masa utk sesat, utk jem, utk lampu merah.. tapi awal jugak. Seperti rusa masuk technology park, aku melilau2 cari tpt utk duduk. Dah la manusia yg ada kat situ sungguh kurang. Hmmm.. mungkin boleh buat survivor musim yg lagi satu kat sana kot. Rayau punya rayau, aku jumpa la tpt makan. Kedai mamak plak tu. Alhamdulillah.. menyantap roti canai dgn kari ler. Sedep mennnn! Melahu lah aku sensorang selama hampir 40 minit. Pastu aku tak tahan, dan terus pi jumpa org yg berkenaan tu. Kusangkakan siap dua tiga puluh minit shj.. sekali tu dia perapnya aku sampai kol 1.30. Dah la kol 2.30 aku ada meeting. Haru. Hala balik ke KL tu macam cipan-tak-kudung aku bawak keta. Tu pun sampai lewat 10 minit. Mmg pelik.. Bila kita cuba membunuh masa terlalu banyak, nanti masa akan membunuh kita balik. Nasihat aku, kalau dah sampai awal tu, mulakan je la seawal yg boleh. Toksah melangut2 pi makan roti canai ke, hapa ke. Tau, tau!! Lepas meeting aku balik ke opis. Tapi masa tu pun dah kol 6, bukan boleh buat apa pun. Borak2 je la. Kebetulan sorang programmer leng loi ni nak sesiap pi clubbing. Minah ni mmg la terkenal dgn keseksiannya kat opis nih. Pimeeting ptg tu, dia pakai baju tarak lengan dan utk nampak lebih formal, dia bolot shawl ala2 cikgu Fatimah AB. Untuk mengelab tu, minah ni siap bawak baju lain lagi utk tukar. Aku, boss aku, dan sorang mamat programmer nih taknak balik lagi. Sbb kitorg kemain semangat lagi nak menyaksikan keseksian baju ke kelab. Punya la lama dia tuko baju, kol 6.45 baru kuar dr toilet. Sekali tu, minah ni tuko ke t-shirt lengan panjang, dgn suar jeans. Lerrrrrrrr. Buat penat aku tunggu je. Boleh la dikatakan ketiga2 org poyo yg menunggu ni mendapat keputusan penuh kehampaan. huhuhu.... Aku bubuh dialog kitorg kat bawah ni. Sbb dia ni budak Cina, so, aku pun cakap bahasa ChiMangLish la.. ehehe, sesikit pandai jugak aku ni berbahasa omputeh.. aku: aiyaaaa.. why that shirt?? Not sexy maaa.. You should've just remove the shawl! boss aka cikgu inggeris: Ya la.. We thot you're changing into something sexier. programmer lelaki yg senyap dan tak reti cakap melayu: *sengih* programmer leng-loi: Aiyaaa, go to club why wear sexy one. I only wear sexy if you guys get married la. aku: erk..? Why only when we married you wear sexy?? programmer leng-loi: Not when you married la. During your wedding ceremony la i wear sexy. aku: ooohh.. like that one. But my ceremony'll be in Johor. Sure you cannot come one. Our boss la in Ampang. Boss you get married first la. boss aka cikgu inggeris: ish, I lambat lagi la. *gelak2 sambi bangun pi toilet* programmer leng-loi: Don't worry, even in Johor I will come of course. aku: OK, you come aaa. Remember wear sexy2 aaa!! programmer lelaki yg senyap dan tak reti cakap melayu: *Sengih2 sambil kemas beg. Frust tak dpt tgk pompuan seksi* programmer leng-loi: When is your wedding ceremony? aku: Aiyaa.. later la. I'l invite you definitely budak treneng yg tetiba menyampuk: eh, akak ni bunyik cam dah dekat je majlisnya nih aku: Erkk, iye ke? iya kot budak treneng yg tetiba menyampuk: Tapi orgnya dah ada la kan. aku: Hah? ada ada.. eheh. *kemas beg nak balik* huh, satu lagi misi mengestablish status "sudah berpunya" yang berjaya. Suksesss! Suksessss!! Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Mlm tadi mlm jumaat. Seperti biasa, mlm jumaat ni aku akan memastikan diri sampai ke rumah seawal yg mungkin. Dan aku mmg takkan kuar umah kecuali ada bebenda emergency sahaja. Apa? Ingat dok sensorang kat umah takleh lepak kat umah ke mlm jumaat?? Boleh laaaa. Sebenonya kalau aku kata mlm jumaat takleh kuar tu ialah sebab mlm tu ada Buffy laaa kat astro cenel 70. Episod mlm tadi kebanyakannya pasal Willow dan acamna dia establish hubungannya dgn Kennedy. (uL dah lamaaa dah cerita pasal episod ni kat blog dia). Kira semalam aku pulun Willow sakan la. Memula tgk Buffy kol 9. Pastu aku dapat tau Willow muncul dlm siri Angel. So, aku tgk Angel la plak kol 10. Pastu break kejap, buat network connection. Kol 11.30-12.30 tgk ulangan Diari AF. Tgk lagi semula ulangan Buffy. Dah abih tu bukak plak DVD Buffy, pasal nak tgk Tara. Sebelum tido pulun baca komik Willow&Tara. Hancusss kehidupan aku. Last2, pagi tadi kol 7.45 baru aku tersedo dr tido. Padan muka aku! Anyway, dalam eposid Buffy mlm tadi, aku suka scene dekat Bronze yg Kennedy mengayat Willow. Dasat pompuan ni.. habis2an, selamber dan konfiden sungguh dia ngorat. Mmg berbeza sgt dgn Tara yg slow, tak byk cakap dan ada masalah kureng konfiden (cam aku la Tara ni, pasal tu la aku minat Tara.. ahaksss..). Moh kita tgk dan bandingkan ayat2 yg ditekan oleh Tara dan Kennedy utk mengorat Willow...
Pandainyerrrr acik Kennedy kita ni mengayat. ish ish ish... Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||