Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, August 10th, 2004

Subject:Gelpren. Dulu kini dan selamanya. Part I
Time:11:18 am.
Mood:penat.
Unghhh... pepagi lagi perut aku dah meragam. So selepas subuh je aku melahu atas katil. Nak tido tak boleh, nak gi toilet malas. Ada ke patut acamtu. Gelpren aku plak tak bagi sms pagi hari ni. Mementang la mlm tadi dah bergayut 2 minit. eheh.

Aku baca blog uL tadi. Hmmmm.. ex gelpren, sajak dan kisah cinta masa muda2 dulu mengingatkan aku kembali kepada gelpren lama aku. Gelpren pertama aku masa aku tgh gatal mengenyam dulu. Nama dia Seri (pencontotan dr nama sebenar..)
Kalau skrg ni korang tanya aku, kenapa aku sukakan dia dulu.. Jawapan aku sungguh kureng ajaran.. sbb masa tu, di antara reramai aweks yg aku kacau2, dia je yg sudi nak response dgn baik. Mungkin sbb rambutnya yg panjang mencecah punggung itu (bak kata chefdiva) yg memikat hati aku yg gatal ini.

Aku start ngorat dia masa party blok kitorg masa akhir Form 4. Biasak la, time tu semua bebudak pompuan ni dress up tak hengatt. Esoknya tu kebetulan kami balik ke Johor sesama. Masa tu la aku menekan ayat dgn hampehnya, sampai sepanjang cuti tu kami berkoling2 gituu.

Lepas aku masuk form 5 (mak aihh mudanyaa!!!) kitorg dah start serius. Tapi bebudak berhingus, sejauh mana pun seriusnya tu kan. Cuma kitorg mmg gila ganas berkapel berdua2an masa kat sekolah, sapa tak kenal Sekapal dan Seri. Semua org tau. Prep sesama, pi riadah sesama. (Nota tambahan: sbb prep sesama dgn dia jugak la aku mula baik dgn chefdiva). Aku even ada buat satu sajak tensen omputeh utk dia dan diterbitkan dalam majalah sekolah. Gile obses aku dgn dia masa tu. Dah beberapa kali aku turun naik bilik warden pun aku tak tau.

Yang peliknya, bukan aku sorang yg berkapel masa tu. Ada lagi yg lain yg sekapal dgn aku, berkapel bayekk punya senior-junior. Tapi rahsia tutup. Poyo betul. Sapa tah yg baik hati jadik tukang report tu aku pun tak tau. Dgn poyonya aku rasa, budak tu mesti suka kat aku, tapi aku tak layan.. muahahahahahh (weih! teruknya aku perasan!!)

Lepas SPM aku terpisah dgn Seri. Sbb aku attend kursus kat Seremban (sesama dgn chefdiva), dia pulak kat Subang Jaya. . Dia jeles tak hengat bila tau aku rapat dgn chefdiva. Aku tak tau apa yg dijeleskan sesangat, sbb pada mulanya aku mmg takde apa2 dgn chefdiva masa tu. Setakat kawan baik sahaja. Tapi disebabkan oleh kerana dia jeles teteruk. Aku jadik fed up terlebih jugak la. Macam la takde trust pulak..! Dah la chefdiva ni mmg baik dan best giler, so takleh elak la kuch2 hota hai tu.

Aku clash dgn Seri masa nak amik result SPM. Sbb dia jeles sgt, aku malas nak pi amik result dgn dia, tapi aku amik keputusan utk tido umah parents chefdiva. Dan selepas spend kat umah chefdiva, aku bawak chefdiva balik umah parents aku. Di situlah bermulanya hubungan kami semakin intim. Ecewahh! Er... cerita aku dgn chefdiva takyah la aku cerita kan, sure korang dah naik muak.

Nak dijadikan cerita, si Seri ni pulak datang ke kg aku setelah aku spend malam tu bersama2 dgn chefdiva. Dia tau je aku bawak balik chefdiva, mengaruk tak sudah la pompuan tu. Chefdiva pun dah sure la dah lain mcm je. Masa tu mmg giler, aku kena pilih antara dua.. dia atau dia. eheh.

Dgn poyonya dedua org pompuan ni suruh aku pilih. Kira cam "Kalau awak pilih dia, tinggalkan saya.."
Erk.. nasib baik masa tu bukan mereka berdua bersama2 menghadap muka aku. Kalau tak, mungkin jugak aku pilih utk terjun longkang sambil pegang bendera putih. Korang sure la tau sapa yg aku pilih. Sbb sampai skrg aku masih dgn org itu. ailebiu bebeh!! huhuhuuu.

Bila aku masuk U, Seri pun ada sama dan dia dok satu level di bawah bilik aku. Heh, masa tu mmg la aku buat bodo je. Acam tak kenal. Sbb kitorg berpisah secara kureng baik. Last aku jumpa dia masa dia grad yg kebetulan tersaing dgn ada sorang member aku. Skrg ni, ntah le.. dah berapa tah anak dia. eheheheh. Aku kesal jugak sebab tak berkesempatan mintak maaf atas apa yg aku dah buat kat dia. Aku juga tak sempat nak ucapkan terima kasih sbb dia membukak minda aku dan memberi aku keyakinan bahawa sebenarnya dlm dunia ni ada pompuan yg boleh sukakan org acam aku. Timacih!! :)

Ha.. ni baru part I, nanti ada masa/idea aku sambung lagi cerita gelpren Part II.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.