Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Monday, August 9th, 2004

Subject:Entry hari isnin. Spt biasa, aku dok cerita pasal aktibiti ujung minggu.
Time:9:37 am.
Mood:huarghhhhh.
Hari Isnin.. hari paling bosan dlm setiap hari. Minum nescafe pun takleh menghilangkan kebosanan. eheh, tapi bukan ke tetiap hari keja aku rasakan bosan. Er.. lain la kalau ada benda yg nak di tunggu, contohnya kalau nak jumpa gelpren yg dah dekat dua tahun tak jumpa kerana belajar di negara orang. Hmmm.. Kalau acamtu, hari-mau pun jadik best. Tak gitu?? ehem ehem..

Hari Jumaat lepas aku amik half day. Aku dgn gelpren aku pi jumpa dgn dua org budak pompuan comel berbaju kurung warna biru di KLCC. Sbb salah sorg drpd diorg tu ada nak pass kat aku barang bayekkkk punyaa yg aku kirim dr tpt kelahiran Selemun. huhuhu...

Sabtu pepagi buta aku dah balik kg bersama2 dgn chefdiva dan adiknya. Selepas sepembuangan air kecil singgah ke rumahnya, aku berdezupp la balik ke kg aku. Hala balik tu aku tersangkut dalam jem yg amat sangat. 15 minit tak bergerak. Sekali bergerak ada la dalam 200meter shj. Hangin sebadan aku masa tu. Ramai la jugak yg aku call dan sms, semata2 sbb aku sakit hati. Setelah lebih kurang sejam tersangkak kat situ, baru la boleh gerak dan aku baru dpt tau yg puncanya ialah.. ada sebuah lori yg sungguh besar rosak dgn cunnya di atas jemaktan Sungai Muar. Sesapa org sana sure tau acamna keterukan jem di atas jemaktan tu. Ni dgn lori lagi rosak. Mmg laa lagi hancus. Aku tgk muka drebar lori tu cuak gilerr. Mungkin dia takut ada pemandu2 tensen yg akan membelasah dan membakar lori dia. muahahah!!

Sampai umah aku keletihan dan tido sampai ptg. Tido punya syiok dan mamai sampaikan nak balas sms pun tersilap orang.. sori sori. Setelah bermain kejo2 ayam dan gomol2 kucing serta picit2 psone adik aku ptg tu, chefdiva pun call, dia bgtau yg Cik M pun pi kursus sama2 dgn dia. Err.. chefdiva akan berada bukan di kelumpo selama seminggu pasai kursus tu la. Harap maklum bahawa itu bukan kursus kawin atau yg sewaktu dgnnya.. ^_^;;

Hari ahad pagi tu aku ikut mak dgn abah pi paso minggu. Adik aku pepagi lagi dah kuar dgn kawan dia pasal ada hal kat sekolah. Ecehh... aku pun apa lagi, jenjalan ala2 anak tunggal gituu.. huhuhu. Nampak la dua tiga muka yg aku kenal masa sekolah dulu. Tapi diorg tak kenal aku kot. Pasal aku dah semakin comel skrg ni. ehehe. Kalau kenal pun sure malas diorg nak tego budak yg berketontel jln dgn mak abah. Nak cuci mata pun tak syiok. Bukan sebab apa, muka2 yg menarik perhatian aku tu semua bebudak yg sebaya dgn adik aku yg no 3. Budak sesangat lagi. Yg baya2 aku semua dah selamat kelepak-kelepak-kelepung, kawinnn.

Ahad ptg aku dah balik ke kl. Pi umah mak bapak chefdiva dulu, amik adik ipar tak rasmi aku dan balik ke kelumpo. Disebabkan oleh kerana aku dipaksa makan deghoyan seulas dua, kepala aku wengg giler masa drive hala balik tu. Aku mmg kureng boleh mkn deghoyan sblm drive ni. Mau mabuk darat jadiknya. Tapi dgn gagahnya aku sampai la ke kelumpo dlm kol 4 lebih ptg semalam. Mmg aku mabuk pun.. bantai baringg je kat dpn TV sambil tgk Astro cenel 15, sbb nak tau sapa kuar konsert mlm sabtu haritu. Tapi masa tu aku tgk org chat tgh perang nak AFMASUK Linda dgn Zarina..

Ugh.. cerita pasal AF satgi aku bubuh kat entry lagi satu. Pasai hok ni dah panjang dahh.. Karang ada yg weng2 baca entry pepanjang... Maka.. itulah berita terkini pasal apa aktibiti aku di hujung minggu ini.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Subject:Linda masuk semula!! 6 org la final AF ni nanti. Acamna la tu ek?
Time:2:11 pm.
Mood:burppp! kekenyangann.
Yea.. aku telah berjaya memboikot AF selama seminggu. Tapi boikot aku ala2 manjer je la. Sbb bila balik je ke kl ni semua umat opis aku dok bercerita pasal konsert hari sabtu haritu. Misha Omar la... pakcik Abas la, M daud kilau la.. Aku yg ala2 poyo ni enggeh je la. Maka, korang toksah tanya aku pasal apa yg berlaku dlm AF bermula drpd 1 - 7 Ogos 2004. Aku tgh mod boikot masa tu.

Sblm aku balik ke kl smlm, ada la aku baca sok kabo kat umah. Kat muka depan ada berita pasal AFMASUK. Maksudnya, semua org leh bawak masuk salah sokrang drpd 7 pelajar yg terkeluar tu utk ke konsert akhir. So, sbb tu jugak la sesampainye aku kat umah smlm, terbongkang di depan tv tgk kedudukan terkini afmasuk. Kemain lagi peminat Zarina melobi kat cenel 15 tu mintak org tolong undi Zarina. Poyo betul la diorg ni, drpd korang chat, baik la korang afmasuk je.. perabih kredit tipon je laaa.

So, pukul 8 malam tu aku pun kemain tunggu lagi Diari Khas AF. Kesemua 7 pelajar yg telah kuar tu diinterbiu balik semula. Aku tak koser nak mendengo apa yg di borakkan. Aku cuma nak tau keputusan je. Pelajar yg masuk semula ke akademi pun kena mengusung beg jugak. Aznil pun cam sesaja je bawak Zarina dgn Linda kedepan, biar satu Malaya tau yg diorg duorg tu sebenonya yg paling ramai peminat. Tu nasib baik la pihak penerbit tak tunjuk berapa peratus undi sorang2. Kalau tidak maunya ada yg dtg ke konsert akhir dgn mengenakan fesyen baju ala2 'hujan di tengah hari'.. huhuhuuuu. Last2 Linda la yg mengusung balik beg masuk dlm Akademi.

Apa2pun, mmg syiok la Linda masuk balik.. sure pertarungan hebatt di akhir nanti. Tapi apa pulak perasaan bebudak 5 org kat akademi tu? Seronok? Tertekan? Tercabar? hehehe.. tu kena la tanya bebudak tu. Aku mana la tau. Yg pastinya sure sengit jugak la final nanti. Logik jugak Linda boleh menang nanti. Pasal pengundi2nya diberikan peluang sekali lagi untuk mengundi Linda dan mengelakkan pisang berbuah dua kali. Tapi kalau Linda menang, adil ke utk pelajar2 lain yg telah lama tak tgk dunia luar. Mereka yg menerima terlebih satu minggu kelas dan lebih sekali konsert? Mereka yg masih memerap rindu kat keluarga yg ada diluar tu? Kira cam kezutan utk Linda la kot, keluar dr akademi selama seminggu, dan kemudian masuk balik. huhuhuh.. hehe.. sapa yg menang tu tak tau la, sukati para pengundi la. Setiap pelajar tu ada peminat masing2 kan.

Agaknya kalau bukan Linda yg terkeluar masa konsert ke 8 tu.. ada ke AFmasuk ni? Mungkin tidak. Ke... mmg astro dah tau dah linda yg akan masuk balik. Sbb utk konsert akhir (kalau ikut yg AF1 dulu) sorang pelajar akan nyanyi 2 lagu. Satu lagu yg dah ada, satu lagi lagu yg dicipta khas utk mereka. Agaknya diorg ni mmg dah siap2 sediakan satu lagu utk Linda laa. Pasal tu nak tak nak Linda kena jugak perform kat akhir..so, buatla afmasuk. ecehhh.. kemain lagik

So, final nanti, akan ada 6 org la yg bertanding di konsert akhir hujung minggu ni. 2 pompuan yg bersore powerrr dan 4 lelaki. Poyo betul.. lelaki jugak yg ramai tu. Heishhh.. ramainyerrr pengundi pelajar lelaki AF. Sore ala2 biasa punnnn leh diundi jugak. hmmmphh.. takpe la, bukan diorg guna kredit hp aku pun. Aku tetap akan mengundi Farah jugak jugak. Dan aku mmg menyokong Farah sejak konsert yg pertama lagi. W/pun aku boleh rasa dia akan kalah dgn Linda, tapi sukati aku laaa... Dan tolongla.. aku tak berapa suka Zahid. Bagus acamna la pun persembahan dia. Aku ttp akan skeptikal. muahahahaha.. gender bias nampaknya aku nih.. :D

AFUNDI Farah!!!


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.