Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Friday, August 6th, 2004

Subject:Pemboikotan AF utk minggu ini. Segala konsert, diari, imbasan sumerrr aku boikot!!
Time:10:05 am.
Mood:kelat.
Ish, pejam celik, pejam celik.. dah hari Jumaat. Esok cuti, aku pun kalau cuti sabtu pertama ni, apa lagi.. jadik la - itik, balik kampung... huhuhu.. syioknyer balik kg. Cuma yg tak syoknya ialah aku takleh tgk Konsert AF. Eh, tapi lupa plak, bukan ke aku boikot AF minggu nih. Jadi, aku balik kg esok kira sesuai la dgn pomboikotan AF.

Korang semua nak tau apsal aku boikot utk minggu ni. Alaaa.. sbbnya sudah terang dan nyata lagi. Ini semua gara2 Linda keluar la. Mati2 aku target dia lah juara AF tahun ni. Sekali tu hampaaa belaka. Sib baik tak jadik betting dgn sesapa, kalau tak, sesia terobang RM100. Poyo punya pengundi. Mana hilangnya pengundi2 Linda yg reramai tu? Diorg semua dah habis kredit ke? Mmg la sepatutnya aku takleh marah sbb aku tak mengafundi... tapi aku sesaja sesuka nak mengecam pengundi2 palajar2 yg tak berbakat tu.

Tapi bak kata galpren aku pun la, Linda kuar takpe, dia sure akan gulamo punya. Sore power, muka lawo, badan pun tinggi. Mmg la boleh berlakon pilim Yusof Haslam. Takpun, akak Shumi kita bleh gak amik dia berlakon kan... kan? Chefdiva kata pengundi semua nak bagi Mas hadiah. Pasal kesian. Alaaa gelpren aku tu pun. Balik2 kesian.. poyo ah kesian2 nih. Baik kesian kat aku yg dah lama mengidam nak makan ikan bakar nih. Apara!

So, AF2 yg aku perhatikan ramai pelajar pompuan berbakat, yang pastinya akan memaparkan at least satu shj pelajar pompuan masa final nanti. Dan harap2 jgn laa pelajar pompuan tu Mas. Aku tak sanggup tgk Farah dok di bawah masa konsert nanti. Bebudak lelaki adik2 AF plak laaa yg mengkongker. Masing2 tu suara takde la best sgt pun. Tapi biasak la.. ramai peminat, ramai la yg mengundi. Aku rasa ramai gak makcik2 yg baya2 mak aku dok mengundi kat luar tu. Bila habis je persembahan pelajar terakhir, terus masuk bilik. Kata kat suami dan anak2 nak tido. Tapi dia masuk bilik, dihameknya hp suami dan tanpa membuang masa, terus menaip 'AFUNDI Kaer' berpuluh2 kali. Apa?! Ingat aku tak tau ke? Sudah la. Kaum ibu ni yg banyak menaikkan peratus Kaer. Mementang la Kaer tu ala2 menantu pojaan malaya.. hmmmm :-/

Satu cerita lagi plak pasal akak2 opis yg baya aku atau tua sket drpd aku. Sambil menelek hp, diorg kata la diorg AFUNDI Linda.. tapi sejak bila la plak nama Linda di eja sebagai A.D.A.M. Kompius aku. Maka itu la cerita pengundi2 malu yg aku tau.

Eh, sebelum aku lupa, ada satu lagi kisah. Alkisah sorang lagi ni tak habih2 dok mempromote suruh undi si Farah. Macam2 la dia dok puji si Farah. Suara sedap la, boleh naik tinggi la, skrg ni low note dah improve, comel.. dan byk lagi good quality. Tapi bila org tanya, ko undi Farah ke? Dia ni akan pakat gelak dan bgtau.. "Ala, drpd mengundi bebudak tu, baik aku main sms 5sen dgn gelpren aku.." Haaa.. org tu ialah aku la. Ehehehehe... bajet lari la nak mengundi.

Tgk la, maybe konsert final nanti aku reserve sket la kredit aku dalam 500 yen ke untuk afundi Farah. huhuhu.. Tapi yg pasti. Tanpa Linda di konsert akhir AF, ketawarannya akan tetap dirasai oleh aku dan jugak Cik M yg bersekongkol dgn aku menyokong Linda.. (cuma dia Afundi la... pasai kredit dia lebattt!!!).


Ada komen? Tag aku kat sini!

Subject:Asmaradanaaaa... itu pun tak tau ker??
Time:10:37 am.
Mood:masih kelat.
Waahhhh! Aku suka puisi/lirik lagu ini... Mantep sehhh! Memula aku dok menyanyi bhgn tengah lagu ni, gelpren dan adik2 aku gelakkan aku??!! Poyo betul diorg tu. Tak pernah dengo lagu ni toksah la gelakkan. Diorg kata acam tak logik je lagu tajuk asmaradana. Hmmphh.. sekali tu bila dah dengo bebetul, ha kau! Minat terlebih mengalahkan aku. Padan muka diorg.. muahhhahahahaa (gelak jaha ala2 dr.evil..) Ish, cerita Puteri Gunung Ledang ni kena tgk kat panggung nih. Tgk vcd haram je tak pueh!


Cinta adalah suci
Lahir dari jiwa
Menikam sanubari
Hati dalam lara

Cinta mistik abadi
Kekal selamanya
Musim berganti tapi
Wajah tak kan lupa

Mimpi berlari
Kemuncak destinasi murni
Asmaradana, Asmaradana
Kemuncak cinta
Asmaradana, Asmaradana

Cinta suci tak kenal
Harta atau rupa
Mereka jatuh dari
Raja hingga hamba

Biar api membara
Jadi penghalangnya
Ia tetap kagumi
Keagungan cinta
Bersama berdua
Kemuncak syurga di dunia


Tiara Jacq - Asmaradana



Asmaradana... siapa gantung?
Engkau la yg gantung...
^_^;;


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.