Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Wednesday, August 4th, 2004

Subject:Paparan negatif lesbian di media. Cipan bangkung giler aku tak pueh hati!!
Time:10:24 am.
Mood:sejukkkk!.
Hmmm... tetiba aku terasa nak tulis pasal TV lagi. Err.. dulu aku ada tulis pasal ada satu telemovie Indonesia yg mamaparkan budak lesbian dan ala2 tak best tu. Semalam, sambil dok menyantap buah salak, aku mereka2 skrip kat dlm kepala aku. Iyo laaa, mengopek buah salak tu sah2 la amik masa lebih kurang 5 minit. Mmg la byk masa utk berangan. Aku terpikir plak satu jln cerita paling biasa sekali utk cerita2 lesbian. Dan seperti biasa, ia memaparkan lesbian sebagai watak negatif...

Harap maklum jalan cerita ini adalah semata2 berdasarkan imaginasi aku. Takde kaitan dgn org2 lain di mana jua mereka berada...


**

Ada dua org budak pompuan. Mereka ni berkawan baik. Kata lah nama diorg A dan B.
Si A start drpd tingkatan 3 lagi dah malas nak sekolah. Dia ni dipaparkan ala2 tomboy. Org2 kampung pun selalu kata dia ni macam lelaki. Dan selalu ditegur.."Bila laaa ko ni nak jadik acam pompuan?"
Dia ni ganas la orgnya. Suka carik gaduh dgn mamat2 kat kg tu.
Hobi: curik buah durian ataupun curik ayam.

Dalam pada masa yg sama, A jugak ada menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya, B. Jadi, dia ni menjadik overprotective terhadap B.

B ni plak, budak pompuan biasa, sedikit feminoin, cantik, suka memasak, menjadi kegilaan ramai org kampung. Dia ni selalu mengadu dgn A kalau ada apa2 masalah. Dia sentiasa perlukan A untuk melindunginya kemana2. So, dgn adanya A ni jejantan kampungan takde la berani sangat nak mengacau dia. Tapi dia ni lurus bendul, tak tau A suka kat dia.

Nak dijadikan cerita, ada la sorang doktor hensem ni baru ditugaskan ke kampung tu. Bapak si B ni ada la penyakit brain tumor (ini adalah penyakit yg sungguh kerap berlaku dlm drama melayu...) Setelah beberapa kali tertemu, Dr.H ni suka la plak kat si B. Kawan kita si B ni plak, pun dah ala2 tersuka kat Dr.H nih.

Ah sudah! A pun apa lagi, hangin dan jeles satu badan la. Dia pun mula la melakukan perkara2 yg bengong. Contohnya:
- mengaruk2 dan cuba membelasah2 Dr.H ni.
- melakukan perkara2 ala2 sexual harrassment kat si B
- memukul tokei durian sebelum mencuri durian

Disebabkan perkara2 acamni, B pun cam ala2 sedih dan menyampah dekat A. Kemudian setelah beberapa sesi gado2 dan amok2 dan nangis2, Dr.H ni akan memberikan nasihat pada si A. Kemudian, dgn nasihat yg tah pape tah tu, A pun sedar yg selama ini kisah percintaanya dgn B adalah satu kesilapan. Dan A kembali ke pangkal jalan, dan seminggu lepas tu terus la bercinta dgn kawan baik Dr.H ni yg muka pun ala2 anak ikan comel jugakk!
Siri ini diakhiri dgn satu scene di mana A dan B masing2 sesama mengambik anak masing2 balik sekolah.
.The End.

**

Ah poyo!!! Aku tak suka langsung cerita acamni. Watak A dipaparkan sebagai seorang pompuan yg sukakan pompuan (iaitu lesbian..). Dia ni suka gaduh, ganas terlebih, curik ayam, curik durian. Macam lah kalau suka kat pompuan, perangai mesti ganas dan hampeh. Atau dalam ertikata lainnya, memiliki segala sifat negatif yg boleh ada kat dunia nih! Pastu, bila ada sorang lelaki yg muka hensem putih melepak ala2 anak ikan start memberi nesiyat je... daaaahhh cairrr! Macam terus la terasa yg.."I've been living a meaningless life..."

Huh! Tak pueh hati betul aku. Mmg semua lesbian acamtu kerrr??!
Dan.. macam tu ke masyarakat kita memandang lesbian??!


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.