Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, August 3rd, 2004

Subject:Entry yg bosan II. Mengejas diri bila gelpren balik.
Time:3:37 pm.
Mood:huarghhhhhhhhh.
Adehhh.. rasa cam tengkuk aku ni lenguh la plak. Ni mesti sbb bawak keta dia pi keja pagi nih. ALmaklumla.. keta aku kena kuarantin. Takleh pi KLCC.. ehehehe

Pastu, hari ni perut aku pun meragam bangett. Sebab gelpren dah balik, maka ada la teman utk aku makan benda tah pape tah. Tapi mostly ni sbb buah salak la. Lawak betul, macam la tak biasa dok sesama. Tapi bila dia dah balik semula stay dgn aku kat umah tu, rasa cam byk plak benda yg baru.

Aku mula perasa bila bagi tadi aku nak cari baju pi keja.. Siap terpikir lagi, apsal lak penuh semacamm je gobok aku ni. Baru la ingat, skrg ni dah dua org punya baju daaa.

Kalau dulu balik2 je boleh bongkang atas katil, skrg ni takkan nak wat acamtu kot. Paling2 kena la melayan dia kejap. Masa dok sensorang pun bleh la tangguh2 kalau nak basuh baju. Tunggu bakul tu dah penuh hentak baru pi basuh. Skrg ni paling2 dua hari sekali kena basuh baju. Katil plak tetiap hari kena kemas seelok2nya. Karang kalau tak kemas bebetul, tak comel la plak bilik tido aku. Skrg ni jugak tido leh guna separuh katil je. Dulu aku leh melintang patah membujur laluu.. Bilik dan umah pun kena sentiasa kemas.. takleh kemas di hari2 sebelum dia balik sahaja. eheheh..

Time bangun tido plak, sebelum2 ni kalaulah aku terbangun lambat, aku akan dengo suara aku sendiri, skrg ni dah ada suara lain yg leh didengar. Arghhhh, bila laaa leh bgn tido sendiri awal2 nih.. aiyakkk! Dan satu lagi yg paling penting.. aku takleh dah nak skip meal sesuka hati. Nak mampus kena balun dgn dia.

ehehehe.. ngengada betul la aku. Jauh bising, ni dah dekat ni pun masih ada lagi benda yg nak diceritakan. Ala.. yg cenggitu2 leh la cerita. Byk lagi benda yg aku nak cerita tapi takleh diceritakan. karang bertukar rating terus blog nih... uhuhuh

Ish, dua tiga hari ni entry aku cam kureng je la plak. Sori je la bbnyk ye. Nanti kalau idea sebenar aku datang, leh la aku tulis bebenda yg lain selain drpd diri aku sendiri. Skrg ni tgh mabuk2. Bukan pasal apa.. gelpren aku takde online, so, in satu lagi benda yg aku kena ejas nih.. huarghhhhhh!


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.