Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Monday, August 2nd, 2004

Subject:Entry yg bosan. Cerita pasal aktibiti aku ujung minggu nih!
Time:10:43 am.
Mood:letihh dan kekenyangan.
Aahhh.. letih. Sesapa yg tak tau.. aku nak bgtau nih. Gelpren aku dah mula dok sesama dgn aku semula kat kelumpo ni. Hari jumaat malam haritu aku pi ke sempadan siam tu. Syiok jugak sbb dpt naik bas yg aku leh dok sensorang. Best betul, sesuka hati je aku boleh golek2 tanpa perlu memikirkan pasal proses perlagaan tak kenyal dgn org sebelah aku. Tapi part yg takbestnya ialah, bas tu pi pasang VCD cerita Arnold Susahnakeja, ish takbestnya. Dah la bas yg sebelah tu pasang cerita Tomb Raider.. Laagi la membara jiwa raga aku nih. ish!

Sblm subuh lagi dah sampai ke sana. Lepas tunggu beberapa minit, gelpren aku pun sampai untuk mengambik aku. Sesampainye ke umah sewa dia. Aku pun wat keja yg biasa laaa.. iaitu, tido!! Pastu aku dengo ada bunyik org bising2.. rupanya si chefdiva jugak la yg membisingkan diri. Sbb dah kol 8 lebih aku tak bangun2 lagi. hahaaa.. Bukannya apa, pepagi tu dia nak ajak aku pi pantai.

Perjalanan ke pantai tu mengambil masa selama lebih kurang 30 minit. Bila kitorg sampai je.. aiseh men, punye la ramainyerr oranggg. Bebudak sekolah pulak tu yg ramai. Potong stim org nak dating je.. muahahhaha
Tapi kitorg dtg ke pantai tu pun sebenarnya sesaja nak.. apa penulis novel kata.. berjalan berdua berpegangan tangan di gigi air? Haa.. lebih kurang acamtu la. Pastu kengkononnya nak carik kekulit siput gewe la. Tapi masa tu air pasang plak, semua siput dok dalam air. Arghhh, tensennya. Last2 kitorg balik je umah dgn keadaan frustrasi giler.

Lepas tersangkut dgn jem (pelik, kat sana pun jem jugak ke??) dan setelah makan dgn sedepnya kat sana. Aku pun gi la jenjalan kat keliling bando tu. Rewang punya rewang, nampak ada org jual VCD. Apa lagi, aku mmg takleh menahan diri kalau part2 VCD ni. Selepas aku belek.. aku jumpa VCD cerita Girlfriend!! Ala cerita hindustan dan lesbian.. yg si uL ada tulis kat blog dia tu. Gempak sungguh!! Kat sana leh jumpa.. power jugak dok kat sempadan siam ni. huhuuu. (Tapi sampai la ni aku tak tgk lagi cerita ni.. tak sempat lagi..). Lepas merambu carik VCD dan menogok air free.. aku pi ke paso plak. Kali ni kengkononnya sesaja je la nak jenjalan. Hampeh.. kitorg pi shopping rupanya. Beli buah2an tempatan yg mmg la murahnya dan jugak beli barang2 yg dipesan oleh family gelpren aku. Mengengkek jugak kitorg mengangkut barang2 yg berat dan beso tu. Adehhhh.. sakit bahu aku.

Ptg tu, kitorg jumpa dgn sokrang kawan chefdiva yg ala2 menjadik gelpren dia kat sana tu. eheheh.. kesian budak tu. Sedih dia bila chefdiva dah akan balik ke pangkuan aku semula di kelumpo. Ala.. tapi macamla takleh jumpa lepas ni kan.. kan.. Tu la, mmg perpisahan itu menyedihkan, namun ia adalah sesuatu yg pasti.. (bak kata cikgu umi fauziah nawi...). Pastu sbb ptg masih panjang lagi.. aku dgn chefdiva dgn bangganya pi lagi ke pantai yg pagi tadi tu semula. Ni semua gara2 frustrasi terlebih la nih.

Nasib baik masa tu air kira ok la. So, kitorg boleh ler mengutip siput2 gewe. Walaupun kebanyakannya hanyalah chibi siput, tapi cincai la.. janji ada. Gelpren aku tu pulak kemain ghairah lagik jadik 'Pemburu Leman'.. :D
Punyalah syok2 carik siput tu, bunyik guruh berdentum malu2 kat langit tu kitorg abaikan je. Mesti sempat punya lari pi kereta kalau pun hari ujan. Sekali tu rauu!! Ujan turun dgn lebatnya. Kitorg pun apa lagi, berlari le ke kereta yg terletak sungguh la jauhnya.. Ha kau, sampai ke kereta, basah lencunnnsss. Masa ni la aku teringat lagu Masihkan Kau Ingat (Kopratasa)..'lalu hujan turun, kita basah bersama...' muahahaha. Dgn keadaan terketar2 berlumuran pasiaq tu la kitorg balik ke rumah. Sejuk beb.. sib baik tak selsema.

Lepas maghrib tu kitorg keluar lagi... sakann! Semata2 nak menengok satu kedai yg baru bukak kat area2 situ. Bukannya nak beli apa2 pun. Saje je nak nengok. Mmg syiok, ramai giler org membeli belah. Aku? Beli barang berharga singgit je. ehehehe. Pasal berjalan ni jugak la aku miss konsert AF. Balik2 je dah tiba turn bob. Ish! terlepas performance Farah.. aiyakkk.

Pagi2 buta semalam, kitorg pun bergerak la balik ke kl dgn keta yg penuh sarat dgn barang2 dia. hehee.. nasib baik aku pegi sorang2 je amik dia. Kalau lebih drpd sorang la, jawabnya ada yg kena duduk atas beg. Dan dlm kol 3.30 ptg semalam, selamat la kami sampai ke kelumpo. Ntah kenapa ada masa2 yg bengong tu aku rasa cam pasangan baru kawin la plak... eheheheh. Kompius kompius


Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.