Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Monday, July 19th, 2004 |
|
||||||
|
Hmm.. semalam aku berborak2 la kat umah. Tetiba terbukak cerita la pasal berus gigi. hehehe.. hampeh betul la. Berus gigi pun boleh jadik cerita jugak. Aku tetiba terpikir la.. betul ke berus gigi kita mmg takde org lain yg akan guna? Contohnya la, org cam aku, akan ada sebatang yg aku tinggal kat umah mak kat kg, dan ada jugak yg akan aku tinggalkan kat tpt2 yg mmg aku biasa bermalam, cam umah atok aku. Maka, sepanjang berus gigi aku tertinggal kat situ.. konfem ke takde org lain yg akan guna? Syok gak memeningkan kepala memikirkan perkara ni. Meh kita tgk cam situasi di bawah ini: Situasi 1 Ada la sorang manusia nih. Pepagi dia bangun tido, letrik dah takde. Gelap gelira la kiranya. Tapi sbb ada keja kol 7 pagi, kena la jugak bangun. Member ni pun masuk la dlm toilet yg gelap2 tu dlm keadaan ngantuk2. Pastu capai berus gigi, lalukan dekat air, bubuh ubat gigi, dan gosok. Tetiba tetengah gosok tu letrik pun adaaa.. lampu pun menyala la. Sekali lepas siap memberus je.. baru la perasan yg selama ni dia dok menggunakan berus gigi org lain. Tak ke haru tu?? Adakah berus gigi yg digunakan itu berus gigi anda? hehehe Situasi 2 Ada kenduri kawin. Masa tu ramai la sedara-mara dan puak gerabak yang dtg dan stay kat umah yg ada kenduri tu. Pastu nak dijadikan cerita, ada la sorang sedara kita ni yg terlupa membawak berus giginya. Maka dia pun masuk dlm toilet dgn muka yg cuak gile di waktu pagi sbb terlupa berus gigi. Maka untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini, sedara kita ni tetap la nak gosok gigi jugak. Sbb ramai org kat umah tu, maka byk la jugak berus gigi yg ada kat dlm bilik air. Sedara kita ni pun mula la sesi pilih memilih. Berus gigi manaaaa la yg paling best sekali. Pilih punya pilih, dia ni pun tibai la satu berus gigi yg dirasakan cam ok. hehehehe.. Adakah berus gigi yg digunakan itu berus gigi anda? Situasi 3 Sbb takut berus gigi anda diguna oleh org lain, anda simpan la berus gigi dalam gobok baju. Di satu pagi yang hening, anda pun nak le gi menggosok gigi. Sekali tu bukak je gobok baju, ada sekor cicak bayekk punya berehat di atas berus gigi anda... Apa plak nak buat kalau acamtu? hehehehe OK la.. sebenonya moral of the story ialah, kita takleh kontrol berus gigi kita. Malahan ada jugak byk benda dlm hidup yg kita takleh kontrol. Satu lagi, kalau kita terlalu sangat nak mengontrol bebenda yg berlaku di sekeliling kita.. lama2 kita jugak laaa yg jadik mengong.. huhuuuu ^_^;; Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Tadi gelpren aku ada cakap yg hari ni terasa dull. Ntah apa yg dull pun aku tak tau la. Cuma yg pasti hari ni aku mmg tak berapa ceria sangat. Maybe sbb keadaan di KL ni yg sokmo la mendungggg je. Nanti bila dah pepetang ujannnn! Bisa perut aku bila nak balik time ujan2 ni. Jawabnya makan jem stroberi la sepanjang perjalanan aku mendrive balik nanti. ehehehe.. Eh, cakap pasal2 mendrive2 ni, aku nak cerita sket pasal apa yg berlaku semalam. Alkisahnya gelpren aku balik semalam. Maka pepagi buta lagi aku, dia dan cik M dah bersiap2 pegi bfast dan menghanto dia ke stesen bas ekspres. Setelah sesi berbabai dan berpeluk cium tu, aku dgn cik M pun berangkat la balik ke umah aku. Disebabkan oleh kerana kitorg ni ala2 malu2 sesama sendirik, maka perbualan dlm keta tu pun jadik terhad kepada bebenda lawak bodo dan kutuk mengutuk sahaja. Lepas satu trafik light tu, sedang sedap aku mengutuk2 keta kat sebelah aku sambil menaikkan gear satu demi satu.. tetiba cik M ni menjerit.."Awakkkkk!!" Aku pandang depan je dan nampak kereta kat depan aku dah berenti. Adala jarak dlm 3-4 meter dr keta aku yg baru lepas naik gear 4 ni. Apa lagii, makcik pun menekan brek setapak kaki la, tapi keta aku still jugak menggelungsur atas jalan tu sehingga berkeriut bunyik tayo. Bila dah nak dekat dgn keta depan tu aku dah naik tahap tawakkal je la. Pasrah... kalau aku terlanggo keta Wira yg bumpernya lemah gemalai tu, takpe la aku ganti je bumper dia (w.pun dlm keadaan sengkek mengkek ini.. ) hehehe. Ditakdirkan keta aku mampu berenti ada la dalam jarak 1-2 cm dr keta depan tu. Fuhhhh!! Bila dah berenti tu, lutut aku ketaq tak hengat! Seluruh kulit kemulit aku plak bergetarrr je. Pastu dgn machonya aku dok buat2 la lawak bodo dan gelak2 cipan nak menutup rasa takut nih. Cik M pun sama gak wat2 lawak bodo. Sambil tu sempat jugak dia mengutuk2 aku yg sedang berada dalam keadaan keketaran itu. Sungguh cis! Tapi aku mmg bersyukur bbnyk sbb takde pape yg berlaku. Kalau jadik pape.. tak ke haru nanti. Ish, koser aku nak menyettle2 hal2 accident2 ni. Tu pun baru pagi ni aku bgtau kat chefdiva.. taknak dia risau.. So, seboleh2nya baca la apa2 doa sblm naik kenderaan tu, supaya ada kuasa yg sentiasa melindungi kita.. Maka, mlm semalam, aku lalu lagi kat tpt kejadian tu. Mmg aku nampak kesan tayar yg sangatlah obviousnya kat situ. Itu lah kesan tayar keta aku yg poyo ini. Tetiba terasa glamer plak. Nanti la, aku amik gambo tu dan pos kat blog ni. muehkehkeh.... Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||