Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, July 16th, 2004 |
|
||||||
|
Aiseh... haru tol mood aku harini. Hari jumaat la katakan. Esok dah cuti. Nak memblog ni pun rasa cam malas2 je. Tapi kalau tak memblog nanti ala2 tak mencapai kepuasan plak. ngengada betul la aku ni. Tghari tadi gelpren aku amik aku ajak pi makan sesama. Nasib baik la dia ambik, kalau tak sure aku dah pengsan kebosanan dlm opis ni. Hari jumaat ni paham2 je la KLCC tu.. penuh gilerr dgn manusia yang semuanya nak makan. Termasuklah aku sekali yg kebuloqran dr pagi. Cakap pasal makan ni.. w/pun aku ni pantang jumpa mknn, aku dgn ngengadanya kuat memilih pasal makan. Bukannya apa, aku rasa setiap satu restoran/gerai mknn tu masing2 ada specialty diorg. Contohnya, kalau kat KFC tu, ayam goreng la yg sedap.. so, takyah la aku sebuk2 nak makan beger. Nak beger pegi kat MekDonal atau Raja Beger. Itu pendapat aku la. Pegi satu tempat, mkn la specialty diorg. Ada jugak segelintir manusia ni yang berpendapat, makan kat tpt yg glamer2 dan yg mahal2 itu la yg sedap. OK, aku mmg tak nafikan 100% la pasal benda ni. Mmg ada yg lagi mahal lagi sedap. Tapi haruskah kita berfikir acamtu sepanjang masa? OK, katalah korang nak makan cendol... kalau nak yg mahal, pegi la ke hotel. Tapi betulke yg kat hotel tu yg sedap? w/pun aku tak pernah makan cendol di semua hotel2 kayo rayo kat KL ni, tapi aku rasa jauhhhhhh sedap cendol mamak yg kat bus stand Batu Pahat tu. Harga baru singgit satu mangkuk. Tu baru cendol, belum lagi cerita pasal roti canai, tosai, char kuey tiau, bak kut teh.. eh, ehehehe. Betul ke yang mahal tu lagi sedap? (Cuma tpt mahal2 ni tempat duduk dgn waiter/tress dia sedap la kot.. ehehehhe) Aku teringat dulu ada sorg minah ni la. Dia sesama belajo dgn aku. Sekali tu minah ni tanya kat gelpren aku, apa minuman peberet gelpren aku nih. So, cik chefdiva pun jawab la, dia suka minum sirap. Lepaih tu, minah ni buat remark yg berbunyik ala2 acamni.. "Laaa... ko suka minum sirap?? Sirap tu kan minuman murah.." Boleh jadi? Aku rasa org yg macam ni ada sedikit 'tidak dalam' pemikirannya. Apa?! Ingat semua org kena minat benda yg mahal je ke? porah! Kalau la kebetulan ada yg minat bebenda yg mahal.. ha, takpe la. Tapi toksah la mengata org yg suka bebenda yg kurang mahal pulak. Tak baik acamtu. eheh, aku ni pun kengkadang ada mengata org jugak.. ish, kena dibuang semangat mengata2 acamni, tak produktif! Pikir2 balik.. tak semua yang terlebih cantik, terlebih gaya, dan terlebih ber'uang' itu lebih baik. Tu semua terpulang pada persepsi masing2, dan apa yg dicari dalam hidup. Dan kita pun jgn la memandai2 yg kondem pendapat org lain. Lantak depa la. (ish, ini peringatan utk diri sendirik je macamnya). Bagi sesapa yg mencari cinta dan keadilan.. moh ler kita beramai2 mendaftar jadik selemun punya kengkawan... Gitulah gamaknya.. huhuhu ^_^;; Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||