Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Thursday, July 15th, 2004 |
|
||||||
|
ungghhhh.. keja byk. Semalam dah la balik lambat. Pagi ni kena dtg awal plak. Mata aku ni kemain ngantuk tak hengat! Tapi sempat jugak memblog dan menghanto video baru kat 'wayang doposen' aku tu. eheheh. So, ptg ni aku kena mengambik buahati aku kat epot. Ingatkan nak half-day.. sekali tu tak boleh daaa.. kena gak aku balik opis dan stay sampai petang. arkkk, tensen.. tensen. Hmmm cerita2 pasal opis ni aku nak tanya korang semua ni la. Korang semua perati tak dinding lif yg korang naik setiap pagi? (sesapa yg dok tingkat bawah atau naik tangga/beskal takyah la respons, bazir karen je..) hehe.. kebanyakan lif yang aku jumpa, dinding belah dalamnya biasanya diperbuat daripada bahan2 seperti besi atau cermin yang boleh memantulkan cahaya. Maksudnya korang boleh wat lif tu jadik cermin la. Kenapa acamtu ek? Adakah sebab material yg tu lagi murah? Atau material acamtu la yg lebih tahan lasak utk dihangkut ke atas dan ke bawah? Tapi aku tgk lif kat KLCC Tower siapan dinding dia kayu, bukannya metal. Tapi setelah berhari2 aku memerati org dok kuar masuk lif dgn aku (iye la, aku dok tingkat 32, kemain lama aku kena bertapa dlm lif..). Kiranya aku boleh cam dah sapa kuar kat tingkat mana. Ini semua adalah disebabkan oleh dinding lif. Biasanya lah, sesapa yg dah nak kuar je.. diorg mesti akan pandang kat dinding lif, dan ala2 pasang badan. Kalau yg pompuan2 tu akan betul2kan tudung/rambut, pastu dok ratakan bedak yg kat muka tu, pastu senyum sket kat dinding tu. Bila terbukak je pintu lif.. sah diorgla yg akan kuar. Ish.. tapi bukan pompuan aje.. yg lelaki pun sama jugak. Dok belek2 muka sket, ratakan rambut, kengkadang tu ada jugak yg ratakan blusher. Tak kisah la. Aku plak.. dok bersandar dgn poyonya di dinding lif, dgn beg ikan jerung aku sambil ushar2 orang yg kuar masuk... Dan dalam masa yg sama keja menekan butang 'Close Door' tu dgn sungguh cekap, mengalahkan atendan lif. Supaya lebih cepat aku sampai ke opis.... gitulah adanya... Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Heh... aku ni baru lepas balik drpd mengambik gelpren aku kat epot tuh. Flight dia delay la plak pasal hr ujan lebat la agaknya. So, sepanjang jalan dr kl ke klia tu tadi mmg la celap-celup ujannya. Ha.. aku ni nak cerita satu insiden yg aku rasa boleh memalukan diri aku yg memang dah sedia pemalu ni. Kisahnya, masa dekat Bangi tadi, hari panas sungguh. Matahari tembak bayekk punya kat bijik mata aku yg sedia spero ini. So, aku ni mmg la tak tahan silau2 cahaya ni, maka aku pun memasangla clip-on kat ceromin mato aku. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah jalan. Ujan tu pulak dtg dgn tiba2 bersama2 tiga pat kereta di sebelah aku. So, aku yg ala2 kureng terrer memandu ni pun kemain gila2 lah memandu dgn penuh konsentrasi dan penumpuan.. saaammpai la ke plaza tol. Ni hujan still lebat gile ni. Dengan langit yg gelap tak hengat. Sampai ke plaza tol, awek kutip tol tu dok sengih2 je kat aku masa aku hulur tiket. Bila aku hulur duit plak.. lagi la awek ni cam ala2 nak mengontrol gelak. Aku dgn bangganya buat muka pelik la. Dlm hati dengan perasannya berkata "Pehal lak minah ni?!!" Sekali tu lepas je aku settle tol mengetol, aku pegang la muka aku... laaaaaaaaaaa.. baru aku perasan, yg aku pakai spek itam memandu dlm keadaan hujan petus tu. Cis!!!! Patut la budak tu gelakkan aku!! Maluuu giler rasanya perasaan aku masa tu. Rasa cam nak bungkus muka dgn kertas sok kabo je. Org lain agaknya takde la malu acamtu kot. Tapi aku punya perasaan malu tu jadik teramat byk sbb aku adalah di antara org yg galak mengutuk org yg drive pakai cermin mata hitam kalau keadaan tak panas. Aku kutuk diorg tu semua cas S.Jibeng.. ha skrg... apa sudah jadik.. S.Sekapal.. poyooo! Moral of the story di mlm jumaat nih.. jgn mengata org, nanti diri sendiri yg kena. Tgk cam aku. Padan ngan muka.. huhuhu Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||