Blurty for sekapal.
View:Personal Journal.
View:Friends.
View:Calendar.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.

Tuesday, July 13th, 2004

Subject:Menjadi kreatif. Sekarang tak lagi.
Time:9:20 am.
Mood:i no stupid.
Kertas dinding..Itu yang akan kuar kalau kita trenslet bulat2 dr perkataan wallpaper tu. Tapi kalau aku tanya, "Eh, kertas dinding kau gambo apa?" Mesti ramai yg dok garu kepala dan jawab acamni.. "Umah aku pakai cat la, mana ada kertas dinding.." takpun ada yg jawab.. "Amende alah kertas dinding tu??"

Tapi kalau tanya "Wallpaper ko gambo apa?" haaaaaa.. akan ramai yg leh jawab. gambo kucing, gambo gelpren aku, gambo cipan kat blkg umat atuk aku, gambo zoo negara.. dan memacam jawapan lagik... kan kan? Tu la, konteks wallpaper tu kiranya dah lebih menjurus pada personal computer. Ada sesapa yg tak setuju dgn aku? Ada? sukati korang la.. hahaha

AKu tau korang2 yg kaki baca blog ni sure personalised komputer tu gila2. BUkan wallpaper sahaja, screensaver pun sure kemain gulamo lagik. Ada yg gambo aktres kegeraman korang bergilir2 kuar kat PC tu. Aku personally tak suka bubuh screensaver. Memberatkan PC aku yg dah sedia berat dgn gambo2 Michiru ni je. Wallpaper aku plak sentiasa bertukar2. Tapi dgn yg ni dah dekat tiga bulan aku tak tukar. Skrg ni gambo Willow waktu dia tengah nak mengamuk masa Tara baru lepas kena tembak. Biasanya aku akan tuko2 gambo anime atau Buffy, atau any latest movie. Masa tgh gila Lara Croft dulu, jenuh muka makcik Jolie aku bubuh.

Dulu aku mmg kaki buat wallpaper. Ntah berapa koyan lah agaknya wallpaper HarukaMichiru yg aku ada buat. Tapi semuanya dlm PC opis aku yg lama. Selamat dah PC tu kena seal kat opis lama aku. hehehe. Sesapa dapat PC tu habis la tau rahsia aku. Cuma ada tiga bijik wallpaper yg aku sempat selamatkan, tu pun sbb aku sempat upload ke satu tempat lepak2 bebudak peminat HnM.. Tapi kalau wallpaper tu ala2 terlebih2 shoujo-ai adanya, gila lah aku nak membubuh kat pc opis nih. PC kat umah plak, dah layak dijadikan akuarium.. so semua tu hanyalah untuk kepuasan diri sahaja. hehehe..

Ha.. kalau korang klik sini korang leh la tgk satu wallpaper buatan aku yg ala2 cipan tapi
dis is mai peberet of ol taim.. (cuma aku mmg takleh bubuh kat pc opis aku.. nak mampussh!!)

Skrg ni? Aku dah malas la nak melayan bebenda ala2 kreatip nih. Aku lebih suka layan merapu kat blog. Laaagi puas hati.


Ada komen? Tag aku kat sini!

Subject:Berbual dan berborak. Hanya menghadkan keikhlasan komunikasi. Betul ke?
Time:12:47 pm.
Mood:ai no baka.
Semalam aku balik lambat dr opis. hehe.. ni semua gara2 kena gertak la. Kalau tak siap keja, aku kena dtg opis hari Sabtu tu. Gilo ko po.. Aku dah kemain lama planning utk gathering kecil2an kat umah tu. So.. takpe la dok sensorang pun kat opis nih.

Tapi tak padan dgn letih2 sampai umah tu. Lepas je aku memulun nasik dgn telo goreng.. aku dok mengadap TV. Tgk Buffy episod 'Hush'. Dah berkali2 aku tgk episod ni. Seronok giler.. Sakan la aku tergelak sensorang sambil memerhati betapa kiutnyerr Willow dgn Tara.. ngeeeeeee.. Iye la kan, inilah episod yg mana Willow mula bertemu dengan Tara.. how suhweet!

Meh aku cerita sket. Dalam episod Hush ni.. seluruh warga Sunnydale telah kehilangan suara. Maka diorg semua takleh bercakap, takleh menjerit, semua takleh. Suara mereka ni di ambil oleh the 7 Gentlemen. Kisahnya 7 Gentlemen ni nak mengambik 7 pasang hati (jantung) dan mereka ni hanya boleh dibunuh oleh jeritan orang. Pasal tu la diorang kaut semua suara dulu. Kalau tak habis ler diorg mati kan.. So kiranya diorg ni berjaya la jugak mendapatkan jantung2 tu, tapi belum cukup kuota, dah berjaya ditumpaskan oleh Buffy dan rerakannya. Yeay! Itu sudah semestinya la.

Satu benda yg aku tgk dalam episod ni ialah sebenarnya percakapan kengkadang boleh menghalang kita menyampaikan hasrat hati kita yang sebenar. Contohnya cam Buffy dan buiprennya Riley. Diorg ni ala2 bercinta dan nak la kissu2 (kiss) sket. Tapi masing2 byk sgt bercakap, sampai takde masa yg sesuai utk adegan kissu2. Dan bila dedua org dah takleh cakap.. what other way to show that you love each other.. ha.. kissu la kan? huhuhu.

Satu lagi pasal Tara plak. Minah blonde ni, bila dah tau Willow pandai buat magic, dia pun nak la mencari Willow. Kot2 diorg berdua boleh wat apa2 jampi supaya org ramai boleh bercakap semula. Masa diorg jumpa tu, Tara tengah kena kejar dgn si Gentlemen. So berlari2lah si Willow dgn Tara ni nak nyorok drpd Gentlemen tadi. Dan diorang ni kemudiannya termasuk dalam satu bilik. Apa lagi, si Gentlemen ni kemudiannya menggego la pintu bilik tu.. Maka untuk mengelakkan Gentlemen tu daripada masuk dlm bilik ni, Willow cuba sedaya upaya untuk menggerakkan vending machine supaya dapat cover pintu tadi. Tara nampak apa Willow nak cuba buat. Pastu Tara pun meletakkan jari-jemarinya di celah2.. er.. jari jemari Willow la. Dan menggenggam erat telapak tangan Willow. Kemudian mereka bersama2 bersatu tenaga menggerakkan vending machine tu. Dalam pada masa tu masing2 pun mataaaa bertentang mata, adaaaakah kau terasa, cintaaaa kian memekar di haati kitaaaa... huhuhu.
Punya lah intense hubungan diorg duorang ni. w/pun baru je jumpa, tapi tanpa kata2 pun dah boleh berinteraksi. dasattt!!! (Punya la obses aku dgn diorg berdua ni.. dasat.. dasat!!)

So, lepas diorg semua dah dapat suara balik.. ini la dia perbualan pertama Willow dan Tara...

Willow
You were there looking for me?

Tara
I thought maybe we could do a spell - make people talk again. I'I'd seen you in the group, the wicca group you were... you were different than them. I mean they didn't seem to know...

Willow
..what they were talking about?

Tara
I think if they saw a witch they would run the other way.

Willow
How long have you been practicing?

Tara
Always, I mean, since I um, was little... my, my mom used to, She um, she had a lot of power, like you.

Willow
Oh I'm not .. I don't have much in the way of power. Really, I mean most of my potions come out soup. Besides... spells going awry, friends in danger... I'm definitely nothing special.

Tara
No, you are.



Ada komen? Tag aku kat sini!

Blurty for sekapal.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Website (My Website).
View:Memories.
Missed some entries? Then simply jump to the previous day or the next day.