Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Friday, July 9th, 2004 |
|
||||||
|
huh! Ptg semalam sungguh haru biru tol aku. Kemain emosi lagik. Huhuhuhu.. Ni semua sbb ada sekor hantu kat dlm opis ni laaa yg membuatkan keja pendek jadik panjang. Aku je yg pendek tak panjang2. eheh.. Sesapa yg aku termarah, terbadmood dan terapa2 lagi semalam, makcik mintak ampunnnnn bbnyk. Nanti kalau jumpa makcik belanja korg makan eskrem ye..? Boleh Anyway, hari ni meh la aku sambung promote Selemun lagi. Semenjak promosi Selemun kecil2an kat blog ni, dah ada yg berminat la kot. Pasal aku ada dapat beberapa soklan mengenai anime nih. Maka hari ni moh ler kita membaca FAQ Selemun bersama Cik Sri Sekapalmon.. Q: Yg mana satu Michiru tu? A: Ish korang ni pun. Kalau dah yg aku minat sehabis baik tu mesti la yg paling deberide cun sekali. Dan rambut dia pun mesti la ala2 kaler keta aku jugak. Cuma sayangnya plet keta MCH tak kuar lagi la kat Melaka. Kalau tak dgn plet keta sekali aku amik yg iras2 nama dia. Tapi silap aku jugak, sokmo dok pos gambo Michiru dgn Haruka. OK la, meh aku bubuh plak gambo Michiru sensorang, OK? Saksikanlah betapa cunnya minah itu. ![]() Q: Saya tgk cover DVD tu takde pun yg rambut ijau? A: Haaa... org yg tanya macam ni kita kena tanya dia balik. Selemun season berapa yg awak tgk tu? Secara keseluruhannya Selemun ada 5 Season. 1. Sailormoon (Classic) 2. Sailormoon R 3. Sailormoon S 4. Sailormoon SUperS 5. Sailormoon Sailorstars Haruka dan Michiru hanya muncul dalam Season 3 dan 5 sahaja. So kalau tgk Selemun Season 1 tu.. mmg la acam bebudak gambonya. Pasal tu jugak la aku yg sokmo pokai ni sanggup gak memperabih duit beli Sailormoon S yg Made in Japan tu, yg aku dok cari kat Malaysia ni sejak aku minat Selemun lagik. Ish.. Michiru punya pasal la nih! Q: Dalam 5 Season tu, yg mana satu yg paling best? A: Kalau org tu tanya yg mana dua yg paling best, takyah la aku jawab kan. Sure la jawapannya Season 3 dan 5. Sbb ada Michiru. Tapi kalau aku kena pilih satu di antara dua tu... aku takleh pilih. Mahapkan la makcik nih. Pasai apa... Season 5 tu tak kuar lagi kat TV Malaysia nih. Mungkin sbb dalam season 5 tu ada tiga org transgender yg sungguh obvious. SIang jadik artis lelaki idaman ramai. Malam jadik sailor (yg sah2 la pompuan) yang pakai suar ketat dgn baju kecitt. Agaknya pihak lembaga penapisan pilem kita takut akan ada bebudak lelaki yg minat selemun wat acamtu kot.. pasal tu la tak dikuarkan lagi kat sini. Tapi sesapa nak sponsor aku beli DVD Season 5 yg 4 keping tu bolehlah menghulurkan derma ikhlas kepada aku yg bengkok ini. Ada tercongok kat Anime Tech Berjaya Times Square tu ha.. Q: Takkan Michiru je yg paling cun kot? A: hurmm... mmg punnnn. Eheh, anyway sailor yg aku rasa cun jugak selain Michiru ialah Setsuna Meiou (Sailor Pluto). Perghh.. minah ni dgn rambut panjang melampaui punggung dan tinggi yg mak datuk.. tingginya!! Pastu plak style acam org2 tetua sket. Ish, hampir buleh luruh jugak la jantung nih.. Q: Apakah perancangan Cik Sri Sekapalmon selepas ini? A: Selepas ini saya akan memulakan projek buat Malaysianime yg memaparkan 10 org wanita berbaju kurung yang berjuang demi cinta dan keadilan..Kurung Moon!! *muahahahaha.. ni soklan aku buat sendiri sbb nak cas artis..* So, cukup la kan. Karang kalau byk sgt FAQ ni sakit plak mata korang nak membacanya. Sesapa yg ada sebarang permasalahan, jgn lupa menelepon saya di nombor 1-800-sukati-korgla. jaa! Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Huarghhh.. pepetang ni mesti ngantuk punyer lah! Hmm.. dah lama lak rasanya tak memblog dua kali sehari. Kepada petidakminat Selemun sure bengkek pasal dah dua hari berturut2 aku meriak pasal Selemun. hehehe.. Bukannya aku taknak tulis pasal apa2 yg menarik dlm kehidupan aku. Masalahnya takde benda yg menarik yg nak diceritakan. Karang aku tulis lelebih pasal hantu kat opis aku karang... jadik blog mengutuk plak. Ish, tak best, tak best... Hmmm... aku rasa aku ada pernah tertulis kot, pasal opismate aku si awek gerek tu dah tak keja kat opis ni lagi. Argh.. buhsan giler aku kat sini. Dah la kena buli. Lepas ni takde sapa la nak temankan aku jenjalan gi LowYat lagi. Eceh.. cam rindu la plak aku nih. Bosan tol. Gelpren aku plak esok pepagi dah nak balik semula ke tpt keja dia. Ish.. sure rindu sakan nanti. Almaklumla, dah seminggu dia kat sini. Pasal tu la jugak dah seminggu korang semua tak nampak dia menyahut kat tagbod tuh. Sbb dia hanya menyahut sahutan aku melalui henpon je. Ha kan.. panjang umo. Bergetarrr poket aku nih. Jap eh, nak jawab call.. huhuhu Ironi sungguh, lagi dia kat KL, lagi laju kredit henpon aku abih. Baru topup dua tiga hari lepas, dah tinggal singgit. Hampeh tol. Lagi ironi, kalau dia balik KL, masa yg aku spend hanya berdua dgn dia mmg tak byk. Paling2 pun dua tiga minit sblm kami tido. Tu je la masa leh borak2 melepaskan tensen. Kalau di siang hari, dia settlekan hal dia yg memerlukan pengembaraan diserata Malaysia, aku plak dok terperap kat opis ni dr pg sampai ke ptg. Lagi best, skrg kitorg rasa lebih seronok dok berjejumpa dgn kengkawan lama dan baru. Tu la, skrg ni aku ada jugak rasa nak jumpa balik kengkawan chat aku yg pernah aku nyahkan dr hidup ini pasal aku bosan dgn perangai diorg. Tak baik sungguh aku di masa itu. So, berbaik2lah dgn kengkawan kita, kita tak tau apa pekdahnya diorg terhadap hidup kita di masa depan. Dan manalah tau kot2 ada kawan kita yg masuk Malaysian Idol ke, A.Fantasia ke.. buleh le kita tumpang gulamo. kan kan? huhuhu Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||