Blurty for sekapal.
|
|||||||||
| Tuesday, July 6th, 2004 |
|
||||||
|
Aiyahhh!! Dah lama gak aku tak menjengok blog aku nih. Ada sesapa yg rindu kat aku? huhuhu.. Seperti biasa, bila dah dekat 3 hari cuti, mula la macam2 keja dilambak2kan kat aku. Haiyaaa... letih. Yg boss aku ni pun, nak nonton video punnnn nak tunggu aku jugak. Tau la rindu, tapi man man laa kan..? Ha.. meh aku cerita pasal aku balik kg haritu. Sebenonya aku gi kenduri umah makcik aku kat area johor jugak la. Pasal anak dia (kazen aku) tu dah mengandung 7 bulan. So, kira kenduri ala2 lenggang perut la kot. Apa yg dilenggang aku pun tak tau. Kazen aku tu baru je berumur 22 tahun, dah nak beranak dah! Tahun depan plak, akak dia yang muda setahun dr aku plak nak kawen. Aku? Ala.. kompang aku dah lama dah berbunyik, org je yg tak perasan. Pastu bila berkumpul reramai sekeluarga ni, kengkadang aku rasa sedihhhh jugak. Bukannya apa, aku kan dah ada pasangan hidup yg aku pilih. Tapi sebab dia tu perempuan, dan aku ni terjebak dlm hubungan homoseksual, takkan la senang2 nak mengaku 'ini gelpren saya' dan kenalkan kat sedara mara aku. A small part of me mmg nak wat acamtu. Supaya, aku boleh la ajak chefdiva ikut sekali kalau ada kenduri kendara. Paling2 pun aku boleh la riak yg gelpren aku mmg serba boleh di dapur, di dalam rumah, di jalan raya, di bilik tido.. eh, terlebih2 lak. Dan kalau dia ada maybe ada la assistant mak aku kat dapo. Ni balik2 mak akuuuu jugak yg jadik ketua tukang masak kalau ada kenduri kecik2 nih. Tapi aku ni kan dok dlm almari. Takkan sensenang nak expose kot. Gile ke. w/pun aku mmg sayangkan gelpren aku, family aku pun aku sayang sesangat jugak. Jadi, aku tak sanggup nak memperjudikan kebarangkalian yang aku akan kehilangan salah satu daripada mereka. no way! Haah.. mmg aku boleh dikatakan pengecut. Tapi pikir2 balik, aku dah gembira dgn si dia dan keluarga, apa lagi aku nak. PJK? Pingat Jasa Kelesbianan? Gitu?? hehehe. Dan sesapa yg berani utk keluar dr almari dan berani menerima segala consequences.. mmg aku tabik gila2. Bukan senang woooo nak dpt org berani acamtu! But that's just not me. huhuhu.. Ey apa da.. nak cakap pasal balik kg, melalut pasal gobok plak. Cis punya aku. OK, sambung.. balik dr umah makcik aku tu kebetulan plak ujan selebat2nya. Aku pun apa lagi.. bantai tido la. Sedo2 je aku dengo adik aku dok gelak sensorang tgk cerita Jepun kat TV. Perut plak lapo. Plak tu parents aku nih, haritu plak laaa diorg tak wat goreng pisang! Ish! Lapo lapo.. Pastu sbb takde pape nak di makan. Aku pun kuar umah, pakat dok kat bawah pokok moktan sambil mengait dan memakan moktan. Iye la... kalau aku makan kat atas pokok karang bapak aku lestik plak, takut kompius dgn monyet yg selalu dtg curik moktan. Aku ni pun tak abih2 dgn moktan. Balik ke KL ni semalam pun seplestik beso gak aku bawak mak aku suruh kirim kat adik dan gelpren aku. Bukan itu sahaja.. mak aku pun siap kirimkan lauk mentah utk gelpren aku masak. hhehehe... Kalau laaa dia boleh jadik menantu sah mak aku. Kan best... Huh! Berangan je la kau kapalll! Ada komen? Tag aku kat sini! |
Blurty for sekapal.
|
|||||||||||||