|
|
Blurty for sekapal.
|
||||||||||||
| Friday, April 15th, 2005 |
|
||||||
|
Hari ni aku cam nak menyengeh je rasanya. Dan dgn bangganya aku nak share dgn korang2 semua yang skrg ni aku dan gf aku sudah ada satu baby beso kat umah tu. Lepas ni akan lebih bermaknalah kehidupan kitorg berdua dan lebih meriah la umah tu. kehkehkeh. Er... tapi baby tu bukan orang, kucing sebenonya. Alkisah ada la umat2 yg dgn rela hati memberikan kucing mereka kpd kami berdua. Memula tu macam tak berapa selesa jugak nak amik. ALmaklum je la, umah kitorg tu macam kureng seswai utk pembelaan haiwan. Silap2 mati cam yg dulu, berendam air mata la kitorg. Tapi tu la, ajal maut di tangan Tuhan. OK, berbalik kepada kucing tadi... kitorg sebenarnya bersetuju sbb kucing tu dah selamat dikestret dan menerima vaksinasi yang sepatutnya. Ha... kalau ada sesapa yg tak setuju pasal kestresyen, toksah nak ceramah kat aku, ada alasannya kenapa aku suka yg telah dikestret yg tak perlulah dibebelkan di sini. Bluekkk.. hehe Aku yg liat bangun ni pepagi tadi kemain cergas lagi melompat bila terdengar bunyik kucing mengiau. Alahai.. tetiba teringat rutin pagiku semasa ada kucing dulu. Pepagi lagi kena bangun utk membuang bahan buangan kucing. Lepas tu bubuh pasir baru dan pastikan ada mknn kat dlm mangkuk. Sebenarnya tanggungjawab tu membuat aku jadik manusia yg lebih bertanggungjawab.. kot. Gf aku yg cam ala2 kureng sihat tu pun nampak sedikit ceria bila ada satu nyawa baru dalam umah kami. Cuma yg bestnya kecergasan aku diuji dgn jayanya apabila seawal pagi tadi sang baby aku telah terjun ke bawah dr umah aku yg kat tgkt satu tu. Adeh... pepagi dah kena main kejo2 dgn dia. Nasib baik la adik aku yg bukak pintu, so, dia la yg bertanggungjawab menaikkan balik kucing tu. Pempaham je la kucing dah kestret, mmg la penakut sket. Kemain laju lagi dia lari dalam parit bila kitorg ligan. Setelah berhempas, berpulas, bertonggeng2 dan berlari2, dapat jugak dinaikkan sang baby itu. Adeh.. masuk2 je kat umah, terus menyorok kat bawah katil kitorg. Kesian dia, hari pertama kot. Masih lagi takut kat kitorg2 ni. Harap2 kejap je la tu. Pasni leh la bawak balik kg. yabedabeduuu!! Hah, cerita punya cerita... korang semua mau tau apa nama kucing aku? Apa? Taknak? OK la.. kalau taknak tau takpe, takyah la aku bgtau. Tapi kalau sesapa ada idea yg kapoww utk nama kucing aku tu, bolehlah amik borang penyertaan kat depan umah aku eh. Idea sesapa yg terpilih berpeluang spend satu malam bersama kucing aku. hehehe.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Thursday, April 14th, 2005 |
|
||||||
|
Huh.. perut kenyang. Pagi tadi aku dgn gelpren dah pi bfast sesama kat kedai mamak. Tghari tadi lopeh keluar treneng aku dok balun nasik lemak sebungkus. Tghari ni plak ada makan2 utk selebret opismate yg nak resign. Makan pizza plak tuh. Sure perut aku mensumpah2 aku pasal letih dia nak memproses mknn yg byk itu. Tapi mmg la skrg ni berat badan aku dah naik. Mana tidaknya, hati senang... bangun tido tetiap hari nampak muka gelpren. Aku mula tersedar yg kegemukan aku sudah berada di tahap membahayakan dalam dua hari lepas. Selepas dok mengisi petrol dalam keta, aku menghenyakkan la badan ke atas kusi keta tu. Sekali henyak, keluar bunyik 'prakkk!' Ah sudah... sah suar aku koyak! Mmg pun. Lepas check2... mmg sah suar aku koyak. Cuma nasib baik la kekoyakan tu tidak menjejaskan2 mana2 tempat yg boleh dikatakan sebagai aurat yg kontroversi. kehkehkeh. Lepas insiden tu baru la aku sedar yang hampir kesemua seluar aku sudah mengetat, perut aku sudah timbul hampir mencicah keboroian, cincin kat jari ni pun dah lama tak melonggarkan diri. Ini mmg tak boleh jadi, langkah berjaga2 harus diambil dengan segera bagi memastikan saham aku tak turun. haha... macam la ada saham yg nak diniagakan. Chefdiva dah beli sume2 dahhh. Jadi sbb aku ni mmg malas nak exercise, plan utk mengelakkan badan menjadi semakin berat ialah dgn cara membuat musuh dgn lif dan elakkan dari meminum air yg memiliki gula sebanyak tujuh sudu besar segelas. Bab nak berjogging ataupun membeli barangan diet yg mengoyakkan poket aku, nanti la dulu. Belum ada bajet lagi.. (Muarghahaha.. alasann) Tapi lepas kupikir2 balik, mmg patut la berat badan aku naik. Masa aku terpisah sementara dgn chenta hati aku dulu, perasaan pun kurang girang, nak mkn tak lalu, tido tak nyenyak, mmg la boleh menyebabkan aku kurang berat badan. Masa tu ntah berapa kali cincin aku menggelungsur sendiri dari jari manisku (auww!) ini pun aku tak tau. Nasib baikkkk tak ilang. Dan masa tu jugak aku bekerja kat kota kelumpo. Setiap hari selama 30 minit akan dihabiskan dgn berjalan kaki dari/ke parking keta. Tghari , malas nak kuar makan pasal takde port mkn yg best2 dan murah. Opismate aku plak tu ramai yg pi mkn bak kut teh. Takkan aku nak join kot. Balik umah, dok melangut sensorang, nak kuar mkn pun malas. Balik aku akan mkn roti ataupun magi. Paling poyo aku makan angin je la. Skrg ni plak, aku dihantar sampai ke depan pintu lif dan diambil balik dr keja juga di depan pintu lif. Tetiap kali tghari aku akan pi kuar makan dgn awek2/mak orang yg ada kat opis nih. Mlm2 plak pi dinner dgn chenta hati. Makan lagi. Balik dinner, tido. Dan bangun semula tetiap pagi utk memulakan hari baru dgn aktiviti yg sungguh lapuk. Adehhh... mano la berat badan den tak nahik. Skrg target utama aku ialah untuk menurunkan perut yg sedia boroi ini. Wish me luck! hehehe.. (cam nak gi exam la plak..) Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Tuesday, April 12th, 2005 |
|
||||||
|
Setelah tiga kali postpone, baru la projek yg aku involve ini di tendang dgn rasminya oleh pak sponsor. Berhari2 bertangguh. Jenuh menunggu. Yang bestnya aku punya role ialah role yg takde dalam process. Kehkehkeh... goyang kaki la jawabnya.. huhaha Huh, alang2 cerita pasal opis ni, meh aku bgtau satu fenomena yg tgh menyerang opismate aku. Yg bestnya benda ni cuma menyerang bebudak pompuan yang sudah bernikah. Apa lagi kalau bukan fenomena pregnancy. Bertalu2 org mengandung kat sini. Lepas satu, satu. Masa aku memula join kompeni ni, ada sorang yg tengah saratt giler. Lepas sebulan aku masuk, dia pun ilang. Iye la... cuti melahirkan anak. Mmg la hilang dalam masa yg sungguh lama. Agak2 dalam dua bulan lepas tu, HR exec kat sini plak ilang. Ghupanya masa aku tgh sesebuk interbiu dulu makcik tu sudah berisi. Aku je yg poyo tak perasan. Tapi bila dah dekat time melahirkan tu, of kos la aku perasan. Kalu tak perasan mmg dah pekak la agaknya. Kemain bosau lagi perutnya. Ni plak dalam bulan 5 nnt sorang HOD plak akan menyusul mengambik cuti selama dua bulan. Sedap la projek yg dia tgh handle tu. Sapo nak jawab? Nasib baikkk bukan HOD aku. Kalu HOD aku pregnant, gamaknya buleh buat cerita cam Arnold Schwanrztgenrebdbdfzgger (mmg susah nak eja) la. Dan rasanya selang beberapa bulan lepas HOD tu ke dalam, akan menyusul plak org kanannya. Nasib baik tak tertembung dedua tu bercuti, kalau bertembung la, baik tutup je department tu. muehkehkeh... Lepas beberapa minggu lepas tu plak, designer aku yg akan ke dalam. Pergh... dua bulan takde minah tu, mungkin boleh menyeksa batinku dan menggegarkan keja aku. Habis ler.. Dan muka2 yg baru kawen dalam cuti sekolah yg lepas.. mungkin akan menyusul diorg2 tu. Dan org utama yg garu kepala, sapa lagi kalu bukan Bigg Boss. Pening je kepala dia bila mengenangkan sorang demi seorang rebah di atas katil selama dia bulan strettt.. Pernah jugak aku terdengar dia kata, lepas ni nak buat polisi supaya ambik lebih ramai pekerja lelaki drpd pompuan. Cuma pekerja lelaki ni satu la, (setakat pengalaman aku kat 4 opis setakat ni) kureng reliable. Yang pompuan cam ala2 rajin belaka. Tapi ni setakat yg aku tau la. Takde rasa keras eh.. hehehe Jadi, kalau ada mana2 boss yang rasa pekerja lelaki kuat tido, dan pekerja pompuan ni rajin tetapi bermasalah cuti panjang time mengandung dan bersalin... amik la kami2 yg lesbian nih. Kompom takde cuti bersalin, takde cuti kawen, takde cuti sbb mabuk2 time mengandung, dan jugak takde spouse yg sah utk dikaber medical benefitnya. Ha... tak ke menguntungkan. Marilah kita sama2 berharap supaya peluang pekerjaan untuk lesbian lebih meluas di masa akan datang. Hah! apa laagi, jom kita reramai mengeluarkan diri... huahaha.. macam berani... Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, April 11th, 2005 |
|
||||||
|
Huarghhh... Hari ni hari cam kelam2 je di kawasan kelumpo nih. Mata aku pun makin lama makin suram. Baru sat2 tadi aku mengeluarkan diri dr opis selama sejam. Alasan, nak menghantar gelpren aku balik ke umah. Makin teruk la plak batuk, sakit dada dan sakit tekak dia. Sore pun dah jadik macho terlebih, dan kengkadang langsung tak kuar sore. hari ni dia separuh hari je kat opis, dah hala ke tghari, dia call aku, cakap nak balik awal. Dan dengan kesiannya dia terpaksa mengayuh keta sampai ke opis aku. Aku yg mmg tak sampai hati nak biarkan dia drive sampai ke umah, membawak la dia balik dr opis aku. Boleh tahan jugak nak balik umah. Sejam setengah masa aku abis. Tapi takpe, chenta punya pasal, aku rela. Boss aku pun merelakan aku kuar. kuikuikui. Iye la... aku bgtau dia 'my wife tak sihat la boss, nak hantar balik umah' Takkan la dia tak bagi kan? hehe. Ni gamaknya tgh tido la minah tu di umah. Alahai syioknyer. Sementelah aku terpaksa mengayuh keta sorang2, aku pun terpikior la kenangan2 aku dgn dia. Kitorg dah bersama berdua sejak masih sekolah, zaman sibuk cari kerja, sampailah zaman sibuk bekerja. Diam tak diam, tahun 2005 ni, menandakan kitorg punya perhubungan telah mencicah sedekad umurnya. Pergh mak aih. Cambest la plak. Aku kengkadang teringin rasanya nak menghidupkan kembalik kenangan zaman dedolu kitorg. Sewaktu berdating di bandaraya Seremban naik bas yg sesaknya mengalahkan tuna dalam tin. Tetengah jalan plak bas tu akan berenti tetiba pasal time tu la konduktor (merangkap drebar bas) nak potong tiket. Bayangkan ler dgn keadaan sesak yg amat tu, ada la jugak lebey kurang sejam proses memotong tiket. Aku pun masih ingat lagi di saat kitorg memulakan pembelajaran di universiti, di saat kegatalan berada di tahap tertinggi (bagi aku la) dan masa tu la pulak bergelut dengan identiti diri sendiri. Betulke aku ni lesbian? Boleh ke aku sayangkan perempuan itu? Apa pulak kata masyarakat. Tapi pergelutan aku tu sebenarnya dah kureng valid pasal aku dah melawannya masa aku kocik2 bolum SPM pun laie. hehehe. Lepas belajar plak, zaman tgh dok sakan mencari keja. Susahnya hidup berjauhan, susahnya nak mencari keja. Tapi sbb aku nekad nak jugak pi KL, alhamdulillah, ada rezeki utk kami berdua. Bila dah bekerja, masing2 dah dapat duit sendiri, dan umur meningkat dewasa... datang satu ketakutan yg amat aku takuti... Sampai bilakah dia sanggup bersama2 dgn aku? Bilakah dia akan kahwin dan meninggalkan aku? Ke.. aku yg kena kawin dulu drpd dia? Masa tu mmg keadaan bolehlah dikatakan sebagai lampau-emosi. Semua yg dilakukan terlebih emosi. Tapi masa itu jugak la titik tolak permulaan kami hidup bersama. Baru la masa tu mau tau asam garam rumahtangga.. org kata. Masa tu la segala pekong memekong aku keluar membuak2. Dan masa tu jugak la kitorg belajar memahami diri sendiri dan pasangan masing2, dan juga memahami erti tolak ansur. Deyyy! setakat chenta yg mendalam je.. rasanya masih la belum cukup. Masa tu yg paling seronok ialah membeli barang2 utk keperluan rumah. Mmg la antara barang terawal yg ada utk rumah aku ialah katil, tilam, dapo gas dan jugak peti sejuk. Biasa la, keperluan utama... makan dan tido. muahahah. Skrg ni, barang umah dah boleh la tahan jugak, tapi rumah plak sebesar anak gaban. Kocik yo. Pastu nak pikir pindah randah lagi.. adehhh... bila laaa den nak boli umah sendiri nih. Skrg ni... aku rasa mmg la aku bahagia di samping dia. W/pun banyak rintangan yang melanda, tetap kugagahi jebat! Sbb bagi aku hanya satu perkara yang aku sangat2 pegang...kenangan dan pahit maung bersama. Sanggupkah org lain menanggung kesusahan sebagaimana yg aku pernah tanggung dgn dia? Mungkin tidak.. Oleh itu... kita sandarkan paadaaaaaa kenaaangaaaaaaaaaannnnnnnn... Sekian timacheyy!!! huhu Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Friday, April 8th, 2005 |
|
||||||
|
Aku baru balik dr lunch... dgn gelpren aku. huhu... sungguh rajin dia dtg utk lunch sesama w/pun opis kami terpisah lebih kurang 20km jauhnya. Dah la tgh tak sihat. Kesian babylette aku, tetiap malam kena tido dlm keadaan yang boleh meredakan sesak napasnya. Lebih memburukkan keadaan, buahati dia plak tido matipus. Kalau kena kejut tetangah malam bukannya boleh sado pun. Poyo punya aku. Tapi aku ttp jugak sayangkan dia. kan baby kan.. kan? huhu. Awak sayang saya tak? Sebenarnya dlm dua tiga hari ni, selain drpd keja yg melambak2, aku diserang masalah takde idea nak tulih apa dlm blog. Skrg ni pun aku tak tau nak tulih apa? Apa? APa?? huarghh... pening. Tapi dah takde idea nak tulis, apsal aku terus jugak membebel kat sini? Apa la plak pekdahnya. Paling2 aku hanya menghabiskan masa korang membaca entry aku yg ntahkan ada sudahnya, ataupun tidak.. hehehe Tu la masalahnya manusia ni, kengkadang tak tau apa nak buat, tapi tetap nak buat jugak. Dgn harapan di tetengah jalan akan ada penyelesaiannya. Hmmmm... tapi sebenarnya sikap camni bagus jugak. Kalau lah semua org taknak mencuba berjalan, penyelesaian takkan dijumpai. Senang cerita, ini la yang dikatakan research ataupun kajian. Tunggak kepada satu kajian ialah objektif. Dan skrg ni, sambil korang membaca ni, boleh la anggap sebagai aku membuat satu kajian yang berobjektif..."selepas tamat menulis blog ini, saya telah berjaya menyiapkan entry utk hari ini." Kengkadang di dalam masa kajian tu, kita mmg akan buntu. Tak tau adakah objektif itu akan tercapai, berapa lama masa yang akan diambil, dan pelbagai variable lain yg masih tak dapat dipastikan. Tapi kajian itu diteruskan jua sbb kalau la objektif dapat dicapai, segala penat lelah akan berbayar, dan kepuasan yg unggul dapal dicapai. Pikir2 balik, hidup bersama kekasih hati kita pun sebenarnya satu kajian, yang objektifnya ialah "Tinggal bersama2 gelpren dengan aman, damai, selesa dan saling menyayangi antara satu sama lain" Kita tetap takkan tau adakah objektif itu akan tercapai, berapakah bajet yg diperlukan utk memastikan kajian kita tu berjaya. Kita juga masih tak dapat pastikan gelpren manakah yang membolehkan objektif itu dicapai. Dan bila dah terpahat objektif tu, kita kena la jugak mengharungi pelbagai halangan dan rintangan yang mmg tak dpt tidak sure dtg punya. Lagi best halangan boleh jadi masalah sendiri, ataupun diaruh oleh org luar. Maka, kena lah menyediakan diri dr anasir2 buasir... Ingat je la... mengadap satu benda tu adalah jauh lebih baik dr melarikan diri... Dan tanpa halangan, kita takkan dapat bandingkan apakah yg dimaksudkan dgn kebahagiaan. Sekian entry blog saya utk hari ini, Dan utk mengakhiri objektif menulis blog hari ni yg telah tercapai... mari kita baca sesama apa yg aku nak paste kat bawah... Early sex is passionate. It's illicit, exciting, still has that 'Uggh' factor, but... very quickly, a kind of symbiosis develops. It especially happens between two women who are doing the work of making a serious commitment to one another. And when that merging occurs, the intense mutual dependency can be a deterrent to sexual intimacy. Ececeh.. macam yo yo je la ayat tu... iye ke?? Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Tuesday, April 5th, 2005 |
|
||||||
|
Hari ni dah tghari baru aku masuk opis. Pagi tadi dok menghantar gelpren aku pi klinik. Ntah kenapa sejak sekian lama sihat walafiat, tetiba masalah sesak napas dia dtg balik. Masalah ni jugak dikenali sebagai Shortness of Breath atau kengkawan aku yg ada medical degree kata SOB. Kira akronimnya SOB la. Hmmm.. dalam dunia ni aku rasa terlalu banyak akronim la. Dan org yg dah biasa guna akronim biasanya takkan hingin nak menerangkan pktn yg panjang2 kepada org2 yg tak tau. Ni la aku teringat masa aku mula2 masuk keja. Berjuta2 akronim yg aku jumpa kat kompeni nih. Dan nampaknya semua org guna benda tu dgn tenang, tanpa masalah. Tapi aku? Berpinau bijik mata memikir apa kebenda la maksud huruf2 yg diorg susun tu. Sesampai di sini, aku kena masuk MM team, dan ada team2 lain kat kompeni ni yg terdiri drpd SE, QA, PS, F&A dan SMO. Keja aku plak kena buat STB yang letaknya di dalam Stage AND. Lopeh AND, masuk DEV stage plak. Agaknya satu2nya akronim yg aku kenal masa aku mula2 masuk sini ialah ISO. Still sampai sekarang aku nggak mengerti apa kepenuhan utk ISO tu. Apa? Ni masa kerja, masa belajar dulu pun cam byk jugak akronim yg aku jumpa. SOB, LOA, G6PD, PLHP, dan byk lagi yg aku dah lupa. Almaklumla, org tak praktis apa yg dipelajari... kuikuikui. Satu perkara yang menarik minat aku ialah, bidang yang berbeza memiliki maksud akronim yg berbeza, walaupun susunan huruf yg sama. Contoh yg paling aku suka sekali ialah SI. Masa kekecik dulu aku tau SI ni adalah unit pengukuran antarabangsa. yg aku rasa berkepanjangan System Internationale.. hehe, aku blasah. Pastu, masa aku keja, aku dpt tau yg SI ni bermaksud System Integration. Masa aku belajar dedolu, SI ni plak ditakrifkan sebagai Sexual Intercourse. Skrg ni... apo den nak kato kalau boss aku kata "Sekapal. utk projek ni, kau dgn awek yg cun tu kena buat SI." Apa patut aku buat?? heheheheh Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, April 4th, 2005 |
|
||||||
|
Hari ni mmg aku rasa letih giler. Mana taknya, semalam pjlnn aku dr yang biasanya mengambik masa selama 2 jam (dr kg chefdiva sampai balik umah) sekali tu menjejak ke 5 jam. Btolak lepas maghrib, sampai umah kami kol 1 pagi. Kalu sepanang pjlnn tu tido takpe la jugak. Ni kami berdua bergilir memandu dalam giyar 1, 2.. 2,1.. 1,2 sampai la pinsan. Pinsan sorang, sorang lagi ganti. Bergitu lah kami bergilir2 sampai dedua pinsan kat umah. Haru betul. Kebetulan plak dlm keta tu ada sekali adik chefdiva, so kami takleh la membukak gosip2 senget yang skrg ni kemain panas lagi keluar kat tepi telinga aku. Huish! Apa gosip? Ada ke... hehehe. Takde la, kebetulan semalam aku terrbaca sokkabo. Adalah cerita pasal artis pompuan yang bulih tahan glamer dan chantek la. Mmg adalah berita yang sangat gempak pasal dia ni dok bawak kereta mewah yang dimiliki oleh 'kakak' angkatnya. Hmmm... berita ni mmg membuatkan aku menggaru dagu. Pulak tu tgk muka celebriti tu.. boleh caya ke? hehehe... tu kena tanya dia sendiri la. Dan aku ni pun cuma membuat spekulasi shj, ntah betul ntahkan tidak. OK, tu satu cerita, satu lagi cerita kat pancaindera hari semalam. Ada cerita pasal Bipasha Basu yang jugak dikatakan seorang 'L' disebabkan sikapnya yg ala2 dingin terhadap mamat2 jejantans nih. Er.. pastu aku tak baca abeh, pasal aku termalu2 depan adik aku. hehehe. Tapi kalau la si Bipasha yang feeewittt tu is playing for our team, the gay team... fuiyooooo. Mmg best la. Erk, apsal lak aku suka? Macam la boleh jadik gelpren. Ha, setiap kali ada cerita yang ada artis glamer2, dan chantek2 yg merupakan sebahagian dr masyarakat senget, aku musti cam ala2 suka. Sebabnya, aku pun tak tau. Mmg sah2 la bukannya dia akan berkapel dgn kita. Tapi mungkin sbb agaknya aku ada can dgn diorg kot. muahahahah.. Pasan lah. Abeh tu my beloved nak bubuh kat mana? Mungkin satu sebab lagi ialah kengkononnya ada la can jumpa diorg bila aku pi melepak kat mana2 kalabulmalami senget. Huh, macam la aku pernah pi. Pagi tadi baca blog my pren uL, ada plak cerita gosip model glamer Malaysia yg jugak menyenget. Sapa tu? Wargh.. kenapa aku kurius nak tau? Kenapa aku suka kalau artis yg aku minat senget? Kenapa?? Kenapa? (ini adalah cara menghabiskan entry blog bagi org yg telah ketandusan idea, ataupun yg gelprennya telah sampai kat bawah opis) byee.. Sekali lagi... kenapeee?? kenape u tipu I yang.. erk.. dah ler. Melalut nih Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Wednesday, March 30th, 2005 |
|
||||||
|
Baru sat2 tadi chefdiva call. Dia bgtau yg dia baru je nak kuar utk mengambik aku. Ada masa dalam 30 minit ni sempat la aku memblog sebentar. heheh. Mmg la rasa seronok bila diambik dan dihantar pi keja, cuma part yg kureng syiok ialah kena menunggu. Tapi takpe la, janji keta sampai depan kepala lutut aku, malas la nak komen lelebih. Anyway, hari ni tetiba aku terpanggil utk menulis pasal kejelesan. Kalau aku pernah tulis benda ni dulu pun, bukannya korang ingat, ye tak? eheh.. Ada org kata cemburu tu tanda sayang. Ada org lain kata, kalau cemburu tu tandanya takde kepercayaan antara satu sama lain. Abeh tu apa kita nak buat ni?? Nak cemburu ke, taknak cemburu?? Mmg la hidup dalam perhubungan kasih sayang antara sesama manusia (dan lelebih lagi sesama wanita!!) sungguh mengkompiuskan. Mari kita cerita pasal aku dan jelesku. Terus terang dan tak malunya aku mengaku mmg aku ni kuat jeles. Terutamanya di masa awal2 perhubungan aku dgn gelpren2 aku (pergh! macam ramai gelprenn!!). Mmg aku pantang kalau ada org lelaki atau pompuan yang pandang kat diorg. Mmg aku akan hangin dan jeles tak tentu pasal. Dan tak pasal2 jugak la gelpren2 aku akan kena marah dgn aku.. (kalau diorg layan org yg menggatal tu). Tapi kalau awal perhubungan tu aku tau yang aku ni merampas hak milik org lain, kiranya ada la satu pengecualian. Aku takkan la jeles dgn pemilik gelpren aku tu. Tu satu je la yg dikecualikan. Yg lain, mmg aku jeles! Jeles sampai tahap boleh tendang terajang bantal, almari dan kusi2 di umah. Hmm... pandai plak nak buat pengecualian dlm jeles menjeles ni. Apsal leh jadik camtu? Tapi rasanya mmg la.. Mmg akan ada dua tiga individu yang kita akan jadik jeles cam giler2 punya jeles, sampai boleh naik tahap gaduh dgn kapel kita. Kengkadang ada jugak org yg rapat dgn dia, tapi kita takde plak nak jeles. Siap boleh percaya lagi kalau dia nak keluar berdua ke, tido sesama ke.. pegi ler.. aku tak jeles. Cuma berhati2 je la, kengkadang ada kawan yg makan sosej.. eheh, kawan yg makan kawan. Mmg aku pun mengaku, dgn chefdiva (gf aku yang UTAMA!) akan ada pompuan2 dan lelaki2 yg aku jeles, dan ada yg aku tak kisah. Tapi skrg ni, harap2nya aku takde la jeles dgn sesapa lagi pun, pasal aku nak belajar mempercayai dia. Cuma kengkadang dia tu aku leh percaya, org lain tu yg aku takleh percaya. Ingat takde ke pompuan yg suka merampas gelpren orang lain.. heish!! adaaaa!! kengkadang aku nak jugak kelaskan.. kriteria pompuan macamanakah yang boleh masuk dalam kantung jeles aku. Tapi cam susah la plak. Nak kata rapat dgn dia, ada jugak yg rapat tapi aku tak jeles. Dan ada yg rapat gitu2 je, jelesku membuak2. Cuma mungkin kriteria yang paling utama ialah org yg merapat dgn dia tu memiliki ciri2 wanita idaman dia la kot. Rendah, gemok, macam aku.. huhu (cam yo yo lah aku ni ciri yg diidamkan oleh dia... ) Tapi camna plak dia dgn aku? Aku tak tau la dgn detail. Cuma yg aku tau, mmg sejak dari duluuuu doluuu lagi dia tak pernah jeles. Ataupun dia cuma cakap je tak jeles, hati di dalam membara sakan. Hmmm.. rasanya dia berperasaan tak jeles sbb aku ni mmg gelpren yg boleh dipercayai lah.. muahahahah (gelak sambil garu dagu). ececeh, ada hati nak perasan kat sini. Erk.. ataupun dia tak jeles kat aku sbb aku ni mmg kompom takkan ada org minat kot? cheh! betul la tu kot. Apa2pun, kalau rasa2 jeles tu boleh memusnahkan hubungan ataupun almari kat dalam bilik, baik cuba bawak bertenang. Bincangkan bebaik. Cakap dgn dia yg kita mmg jeles dan apa sebab kita jeles dalam keadaan tengking-free. Mungkin kalau kita cakap bebaik dia akan paham kenapa kita jeles. Dan dia akan amik langkah yang lebih seswai utk menyelamatkan hubungan. Ewah ewah... kemain pandai aku bagi cadangan. Aku pun buat camtu ke? hehehehe... itu kena tepuk dada org sebelah... eheh..jangan, jangan. Sexual harrassment tuh. Ala, kalau gaduh tu pepandai korang la nak settle sendiri kan. Takkan lak nak suruh makcik jual yong taufu tolong settlekan... kuikuikui. Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, March 28th, 2005 |
|
||||||
|
Hmm... Kat luar tu hari ujan lebat. Hah, sapa kata Malaysia ni panas sokmo. Tak jugak. Selalu jugak hari2 di Malaysia ni menjadi sejuk. kan.. kan. Hari ni aku nak bercerita pasal apa yg berlaku pada hari sabtu dan ahad aku. Lama sudah tek bercerita pasal aktiviti harian nih. Rasanya ada bbrp berita baik dan jugak berita kurang baik yang akan terkeluar dr blog harini. Berita baik yang aku rasakan mmg sangatlah bestnya ialah aku dah pi buat mykad. heheheh... aku tau sebenonya mmg takde hal la buat ic baru nih, tapi mengenangkan org yg suka bertangguh cam aku ni, itu adalah satu kejayaan besar buat aku (dan jugak chefdiva ler..). Akhirnya kami berjaya pi buat IC. Lepas ni tunggu la surat suruh amik. Kalau berjaya yg itu, satu lagi kejayaan buat aku. Masa pi buat IC tu, mmg la org kemain ramai lagi. Aku dan chefdiva keluar dr rumah dlm kol 7.45 pagi. Sesampai saja di sana nampak dah kemain ramai lagi umat manusia berwarganegara Malaysia. Kitorg mmg la kena beratur, untuk mengambik nombor. Dgn bangganya aku dpt no 3++. Huarghhh... dah jauhhhhh. Makcik bagi nombor tu siap pesan lagi.. "Pegi makan dulu, nanti dalam pukul 10.30 baru dia panggil no ni." Kitorg pun dgn bestnya pi la makan. Makan... sapa yg taknak. Dipendekkan cerita, tamat la penantian membuat IC dan kitorg meneruskan aktiviti seterusnya iaitu menjemput tetamu kitorg yg datang dari hujung tanahair kat puduraya. heh heh heh Mlm tu plak, kengkononnya nak pi mkn dan melepak kat NZ, tapi hari ujan renyai2. Tapi sbb kitorg mmg pompuan-macholah, pegi jugak ke NZ tu. Ujan pun ujan lah! Tapi sapa la plak nak mkn chakueitiau sambil berujan. Mkn la kat tpt yg ala2 berbumbung. Boleh tahan ramai la jugak org w/pun hari ujan. Siap boleh jumpa rakan sesenget lagi... (kalau betul la diorg tu senget..). Hari ahad tu plak, pepagi lagi gf aku ajak kami semua beramai2 pegi ke IKEA. Aku takde la beli apa2 barang, tapi gf aku seperti biasa, sungguh pandai membeli belah utk kebahagiaan rumahtangga. Takpe la yang, awak beli je la, saya tumpang tido bley? hehehe. Lepas balik dr ikea kitorg bertiga2 sesenget ni pi la plak ke Berjaya TImes Square dgn harapan utk mencari DVD. Biasa la, geng sesenget mencari dvd sesama mmg best! Tetapi sesampai di sana, hancus bedebus harapan kami. Semua kedai dok menjual dvd original yang sungguh la terhad pilihannya. Satu bayang dvd pirate pun takde. Ada satu kedai tu siap tutup lagi. Punya la dasat. Ha, ini la berita buruk yang sungguh poyo. Dah la harga DVD naik 8 hengget sekeping, nak dapat yg cenggitu pun payah. Nasib baik laaaa, the L word dah sempat dibeli. Selamattt... Selepas bengkek dgn ketiadaan bhn hiburan, kitorg pun menghantar tetamu kami ke puduraya. Pastu kitorg berdua balik umah, lepas tgk Tru Calling yg ada kapel lesbian smlm, aku pun tido... krohhh krohhh. hahaha... tamatlah sudah satu entry yg sungguh membosankan utk hari ini. Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Friday, March 25th, 2005 |
|
||||||
|
Pergh mak aih... Mmg jenuh la aku dua tiga hari ni. Tak menang tangan. Dah ala2 berjaman jugak aku tak mengapdet blog. hehehe.. Ni ada masa terluang ni, aku tulih je la apa yg termampu. huhuhu.. Erk.. baca dua baris kat atas tu je dah boleh korang baca dua gelak aku. haha.. cheh! gelak lagi. Gamaknya aku ni mmg suka tergelak la. Pasal tu jugak la kat opis ni ada yg menggelarkan aku tukang gelak. Iye la, dua org designer aku ni asyik kejanya bergaduh je, apa yg aku boleh buat, gelak je la kan? Eh kejap, ada tak sesapa pembaca blog ni yg tak tau apa maksud gelak. Kalau tak tau, meh aku bgtau. Gelak ini adalah perkataan lain utk ketawa. Tak tau jugak apa itu ketawa?? heh heh.. ha.. tu la dia gelak ketawa (yg tidak berdekah2) Sebenarnya gelak ni bagus utk kesihatan. Kalu dari segi saintifiknya, bila seseorang itu ketawa, satu bahan yang dikenali sebagai endorfin akan dirembeskan di dalam badan manusia. Bahan ni boleh menjadikan manusia tu rasa cambest di samping mengurangkan stress. Kurang stress, kurang la peluang utk dapat penyakit lemah jantung. Pastu sapa yg suka gelak, akan memperolehi garisan gelak kat mukanya. Er, omputeh kata laugh lines gitu. Garisan gelak ni paling2 boleh la menampakkan tuan punya muka tu macam sedepss mata memandang. Takde la rasa stress je bila org tgk mukanya tu. Bayangkan la bila seseorang manusia tu tak gelak.. Hah, bayangkan je la sendiri ek? Dan gelak ni ada macam2 jenis. Tak semua gelak mempunyai tujuan yg sama. Dan lelain org, lain plak pesen gelaknya. Maka dgn limitasi tanpa audio, aku cuba la bagi style gelak2 yang biasa aku guna semasa aku berYM dan memblog: hehehe ni gelak cam bese je. cam gelak2 biasa.. hehehe heh heh heh ha, nampak cam sama je dgn gelak yg atas kan? tapi ada bezanya. gelak camni biasanya diiringi dgn sedikit niat yg agak 'nakal' (ish, cam poyo je guna pktn 'nakal' tuh) huhuhu ini gelak yg ada maksud tersirat disebalik huruf2 yg aku tulis. kui kui kui gelak dalam keadaan malu2 poyo muahahahah gelak apabila di kepala tumbuh tanduk warghahahahahahaha gelak guling2 sambil mengumpul habuk2 di atas lantai. muakaka gelak yg kengkononnya ganas tetapi ala2 manjerrr terlebey. try suruh awek2 yg manjer terlebey membunyikan gelak seperti ini. kompom comel!! kah kah kah gelak berdekah2 yang skema warghahahhhahuhukhukukhukk dah la tu, berenti la gelak... yea.. hidup gelak ketawa demi (moore??) keamanan dunia Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Tuesday, March 22nd, 2005 |
|
||||||
|
Tiga hari yang diramalkan sebagai hari yang sangat panas di Malaysia ni rasanya macam tak berapa panas je. Kat KL semalam angin bertiup kemain kuat lagi. Hala ke petang pulak, hujan selebat2nya. Nasib baik tak terbang kain baju aku yg bersidai. Pagi ni, nampaknya macam awan je yg lebih. Ada can ujan turun la tu. Sebenarnya rezeki jugak ujan dan angin2 ni, paling2 pun, takde la hari panas terik menerik sampai bijik mata pun susah nak bukak. Kan? Cuma aku je la yang sedikit terasa poyo pasal hari tak jadik panas. Bukannya apa, hujung minggu haritu dah berpeluh2 aku bekerja keras membasuh keta dan jugak menampal lilin kat keta. tup2 hujannn jugak. Nasib la keta... keta. (dah la keta aku jarang2 nak bersih, sokmo comot) Aku plak semalam cuti, dok umah. Sebab? Malas nak keja. Boleh cenggitu? muahaha. Yang bestnya, semalam sambil aku melingkor atas katil sensorang, tiga bijik sms masuk kat henpon aku. Kesemuanya merepot yg diorg pun tak dtg keja jugak semalam. Penghantar sms tu termasuk la boss aku sendiri. Poyo je. Watpe la nak repot kat aku kalau dia cuti pun. Menyesakkan dada aku je. Tapi kalau aku tau dia tak dtg, mmg kompom aku keja smlm. kalau dia takde, sedap sket aku nak mengulau kat opis plak. Huh aku, takde keja lain. Maaaaaaaalass je hari2. APa nak jadik nih!! Memandangkan penulisan blog aku hari ni macam membosankan je. (aku sendiri pun maleh nak baca balik apa yg aku tulis kat atas nun) mari aku tanya satu soklan. Kalau bosan jugak, nasib korang la. Apa korang buat time cuti? Kalau aku la, bercakap pasal time cuti di hari2 bekerja nih, program hari cuti aku akan dipenuhi dengan projek tido, tido dan tido. pastu bangun, makan, tgk dvd the L word. heheh.. tu kalau aku bercakap pada waktu bekerja la. Tapi bila tiba hari cutinya kemain laju la plak bangun tido. Bangun2 je terus pi cari/buat breakfast. Lepas bfast, cepat je kepala hotak ni nak pi berjenjalan memperabih duit. Yang bestnya, jenjalan tu kengkadang bukannya setakat ke shah alam ataupun mana2 daerah kat selangor, bila tiba angin poyo, siap boleh sampai JB lagi tu. Mmg terrer aku dan gelpren aku (wahahah.. perasan). Lepas tu, bila dah tiba hari ahad malam, baru la terasa terkial2 nak bangun lewat drpd tido. Tapi apa boleh buat, hari Isnin dah kena mula bekerja. Nasib badan... Itu pasal la aku punya monday blues teruk dan makin meneruk. hehe.. semuanya gara2 hari cuti pi merambu merata. Jalan penyelesaiannya?? Amik la MC hari isnin, pepandai la buat apa penyakit yg patut.. huh! Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Friday, March 18th, 2005 |
|
||||||
Dgn bangganya aku baru terperasan kisah akak Jolie yg dibubuh kat blog uL tu rupanya kuar kat Harian Metro. ish ish, mmg dah boleh sebut 'the L word' tu kat sokkabo malaysia ke? Ataupun selama ni mmg boleh, cuma aku je yg tak pernah perasan.. Oh kurasa sungguh naive. Ni tadi jumpa lagi satu pktn tuh..![]() Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Perghhhh... malasnya nak wat keja. Sepanjang pagi tadi aku dok melayan kemalasan yang membuak2. Apa mau cerita hari ni? hehe... aku taknak la buat entry cam semalam yang rasanya sungguh la poyo. keh keh. Ha, ok.. Mari kita bercerita pasal kempen kerajaan. Rasanya skrg ni kerajaan tengah dok mempromo rakyat malaysia supaya lebih berbudi bahasa. Tgk je la kat TV kerajaan tu, balik2 musti la kuar lagi cik Siti kita yg dok tak abih nyanyi lagu yang... budi bahasa budaya kitaaaa haa haaaaaa..' tah apa tah. Hai la, nampaknya cik Siti dah jadik penyanyi kerajaan gamaknya. Takpe la, rezeki tuu. hehe Kita rakyat malaysia ni menyahut tka seruan kerajaan tu? Heheh, itu kena la tepuk dada, tanya selera selepas tersedak dada kena tepuk. Walaupun banyak kes sembelih org, pembuli jalan raya, lanun cetak rompak yang rasanya tetiap minggu ada kat berita, masih ramai rakyat malaysia ni yg berbudi bahasa. COntohnya awek2 cun yang senyum balik bila aku senyum kat dia, macha waiter kat kedai mamak yang tersengih selepas aku cakap timasih. Eh, kiranya aku ni berbudi bahasa jugak la kot. Selalu nak cakap terima kasih, nak sengih kat reramai org. ececehh.. hehehe Rasanya bukannya susah sangat nak berbudi bahasa ni. Kekunci utamanya ialah menghormati org lain. Dan anggapla orang lain semua bayar road tax dan jugak zakat fitrah macma kita jugak. Di samping itu, pikir la jugak apa perasaan kita bila org lain buat perangai yg menyakitkan hati kita. Pokok nangkanya, kalau kita taknak org sakitkan hati kita, jgn sakitkan hati org. Kalau ramai yg berpegang cenggitu, maka rakyat malaysia ni akan lah menjadi masyarakat yang berbudi bahasa adanya. Kalau ada yg mmg dah tak geti bahasa tu, tak dapek la den nak nolong. mati akal dibuatnya. Huish, apa aku tulih ni. Cam berkempen utk kerajaan la plak.. hehe.. sebenonya, aku bukan la tekankan sgt yg kerajaan dok kempen tu, cuma aku nak dunia ni lebih seronok utk dihinggapi oleh manusia. Semua org buat silap, semua org ada pekong masing2. Tapi kalau boleh, toksah la membabitkan org lain dgn pekong2 anda. Senang cerita, jgn la menyusahkan org lain. Tak cukup2 ke dgn susah sendiri. huhuhu... erk, awat len macam je bunyik entry aku hari ni? blasah la ek... Anyway, selamat berhujung minggu kepada yg cuti dan selamat pengantin baru kepada yg baru lepas kawin di musim cuti sekolah ini.. yeahaa! Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Thursday, March 17th, 2005 |
|
||||
|
"Thanks, utk surat yang sungguh sweet pagi ni." "Sama2." "Saya suka sangat bait lagu yang awak tulis." "Lagu yang mana?" "Ala, yang... --'Seharian waktu bersamamu, tak terasa saat yang berlalu'-- " "Lagu Sudirman tu. Tapi kalau saya sambung lagu tu, mungkin awak akan suka jugak." "Apa sambungannya?" " -- 'Bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua'..." "Oh.. " to be continued...?? mungkin tidak.. muahahah. Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, March 14th, 2005 |
|
||||
|
Phew! lama gilos tak mengapdet blog ni. Rindunyaaa kat tpt taip entry ni.. MMMuah MMMuah MMMuah... hehehe. Ke'bz'an aku telah mencapai ke tahap yang susah nak dibendung. Er... kasi can aku try eksplen ke'bz'an aku dlm kata2 yang lebih puitis.. "Satu dokumen menjangka masa, mengelak paluan api kemarahan, 48 jam review banyaknya, Bz cam nak pinsan sifatnya..." Hah, sesapa yang ada tgk cerita Puteri Gunung Ledang, cuba la tolong baca ikut style masa nak dok kira2 teka-teki Gusti Putri tuh. Sapa yang tak tgk cerita tu, anggap je la itu satu benda poyo yang aku rasa cam lawak, tapi mungkin korang rasa tak lawak. Huh, aku merapu. OK, mari kita teruskan baca tulisan aku. hehe. Nih aku nak tanya la kat korang2 semua, agak2 dlm dunia ni ramai tak org yang bercinta, saling sayang menyayangi dan perkara2 yg lebih kurang sama? Sure la ramai. Kalau tak, takkan la tetiap hari ada org bersalin kat Hospital Kelumpo tu, ye tak? Tapi dalam masa yang sama, ramai jugak yang putus cinta, berpisah, dan jugak kehilangan orang yang kengkononnya pernah disayangi la. Aku pun pernah jugak la mengalami kes putus chenta. Tapi perasaan aku takde la kronik sangat sedih dan pilu, pasal aku yang buat hal, aku yg mintak clash, dan aku yang ada gelpren baru. Ex aku tu pun, terpaksa la pasrah dgn pilihan aku. Skrg ni, bila otak aku dah berkembang (setelah minum susu yang diperkaya dgn taurina..) aku rasa sedikit sesal la dgn perpisahan aku dgn dia. Bukan menyesal dgn memilih gelpren baru, takkk, gelpren pilihan aku tu maintain sampai skrg ni ha. Tapi aku sesal dgn cara kami berpisah. Aku takde la cakap terang2 kat depan mata dia yg aku nak clash. Sebaliknya, aku biarrrr je kat dia, dan buat tak tau. Dalam masa yg sama, dok menrenggeng dgn gelpren baru. Punya la kong asam perangai aku. Akibatnya, sampai skrg ni, kitorg hanyalah dua insan yang pernah saling menyayangi, tapi dah tak kawan dah sampai la ni. Ish, ilang sorang kawan aku. heheh Tapi camana pun, aku kiranya beruntung jugak la. W/pun aku tinggalkan dia dgn cara tak baik, ex-gf aku ni bukan kaki melenting, dan jugak bukan pompuan yang nak menyerang aku tak tentu pasal lepas ditinggalkan. Nasib baik la dia tak pi mengekor aku, pastu curi tayar beskal aku, ataupun tabur pasir kat mknn aku ke. Lagi haru kalau dia pi mengadap mak bapak aku dan merepot kesengetan aku kat diorg. Haru beb.. haruka. Skrg ni bukan kita boleh agak perangai manusia nih. Org kalau tidak memiliki niat yg at least 80% ikhlas (nak carik yg 100% mmg la susah), mmg toksah dibuat pasal la. Silap2 memakan diri kita sendiri. Tapi satu lagi persoalan, kita tau ke org tu berniat ikhlas atau tidak? Hmmm... Jadi sbb kita takde alat pengukur keikhlasan ataupun 'honesty-o-meter', kena la kita mengambil langkah berjaga2 dan jangan buat perangai macam aku yg main tinggal je bila rasa tak suka. Kalau mmg dah rasanya takde kesesuaian, bawak2 la berbincang. Kalau dah takleh berbincang, dan hubungan tu takleh diperbaiki, habiskan la dgn baik. Paling2 pun, korang masih boleh jadik kawan. Dan masing2 takde menyimpan dendam sesama sendiri. Kan bagus camtu, hidup dalam dunia yang aman dan tenteram. heheeheh. Tapi lagi bagus kalau takyah gaduh2, takyah clash2, hidup je dlm rasa kecintaan yang ada. Walaupun telah menjadi pasangan yang gemuk dan tua.. hahaha... Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Thursday, March 10th, 2005 |
|
||||||
|
Eh, apo dah jadik kat tagbod? Adakah aku sorang takleh akses ataupun korang2 pun takleh jugak? hehehe.. kalau korang takleh pun, camno nak bgtau kat aku, ye tak? Si blurty ni mmg sah2 mengehadkan komunikasi ke tahap terendah yang boleh. Nak bubuh tagbod takbleh, komen yg dia sediakan pun cam hampeh. Sesapa yg tak pernah try mengkomen, boleh try kat entry ni eh? hehe Mlm semalam aku tgk tv, setelah sekian lama muka aku tak tercongok kat umah sblm pukul 9. Maklumlah, sokmo stress kat opis, ada gelpren pulak tu, dating je la keja aku. Eh, ok, berbalik kisah tgk tv mlm semalam. Setelah menonton The Amazing Race 7 dlm gaya sambil lewa, aku pun tgk la cerita CSI. Kebetulan siri mlm tadi mengisahkan dua org perempuan yang mati akibat sakan sgt nak menguruskan bdn. Dan regimen2 pengurusan badan yang ada disediakan kat klinik yang dipaparkan dalam cerita tu sungguhla mengejutkan aku. Tapi yg paling best sekali ialah teknik minum urine sendirik utk nampak cantik dan kekal muda. Giler ganas. Boleh ek minum? Pastu ada la memacam teknik lain yg rasanya cam pelik2 dan boleh memudaratkan diri (aku kata la memudaratkan diri, diorg tak kata..). Bila aku Google urine therapy, kemain laju lagi senarai yg dikeluarkan. hehehe.. bagus kot urine ni. blasah la Tapi kalau nak pikir2 balik, kenapa ramai org sanggup memperabihkan berjuta2 wang ringgit utk mengelak dari menjadi tua? Dah mmg semua org akan jadik tua, semuda mana la pun rupa, umur tetap satu nombor yang tak akan mengkurang. kan kan..? Cuma ada di antara kita manusia ni yang walaupun nombor tu dah melebihi jumlah tingkat kat bangunan AngkasaRaya (agak tinggi), muka masih lagi cam jumlah staff yg belum kawin kat opis aku (sikit). Contohnya cam aku nih, hehe... umo aku *rahsia* muka aku plak masih cam budak yg berumur *rahsia*. heheheh, jgn marah aa. Mungkin jugak la, diorg ni akan rasa sungguh bangga bila boleh menafikan proses penuaan diri sendiri. Iye la, ingat tak syiok ke bila umor kita 42 tahun tapi org masih kata kita ni baru dalam usia awal 30'an. Gerek tuh. Tak kisah la, diorg nak memudakan diri ke, nak menuakan diri ke, bagi aku, umur itu hanya lah nombor yang tak akan mengkurang (erk.. dejavu). Semuanya terletak di hati sanubari seseorang manusia tu. Kalau jiwa rasa muda, muka pun leh nampak cam muda jugak. Kalau selalu dok susah2 hati, kedut2 pun timbul kat muka. Then again, adakah jumlah kedut di muka tu yang menjadi kayu ukur ketuaan? Dan adakah menjadi tua tu tak cool sampai ramai org nak menafikannya? Ntah2 setiap org mendefinisikan tua tu dalam ayat yg berbeza..? hehehe. Tak kisah la, janji korang bahagia. Hah, selepas tgk cerita CSI tu plak, aku ketik ke 8TV, nampak la muka Jennifer Beals. Panjang umo makcik tu, baru ku sebut2 beberapa hari yang lepas. Ntah kenapa tetiba aku cam pelik2 lak bila tgk dia dok dressing cam diva terlebih2. Cam tak seswai je la plak. Lepas tu baru aku tersedar yang aku sebenarnya masih lagi menjadi mangsa ketoksikan the L word yg tak sudah2. huh! Ada komen? Tag aku kat sini! |
||||||
|
|
| Tuesday, March 8th, 2005 |
|
||||||
|
Heh... Korang semua tgk tak The Amazing Race 7 nih? Aku setakat ni masih tak pernah miss la siri nih. Bukannya sbb apa, sbb setakat ni mmg baru satu siri je pun yang dah ditayangkan. huhuhu... Masa siri 6 dulu aku tak tgk pasal team yg aku sokong tersungkur di tgh jalan. Terus hilang mood. Utk yg kali ni plak, seperti biasa ada jugak la team yg aku sokong. Dan seperti biasa jugak la team yg aku sokong musti la pompuan-pompuan punya team. Kalu tak, takde makna la menjadi aku. Utk musim ke 7 ni, team pilihan aku ialah Debbie & Bianca. Diorg ni claim sebagai lifelong friend... Kiranya cam kawan seumur hidup la ni kot. Tapi kalau tgk cara masing2 bercakap, bergaduh dan bersentuh2an, mampu membuat aku menggaru dagu yg tak gatal. Rasanya mungkin bukan aku je yg garu dagu, ada jugak team lain yang sama2 garu dagu dgn aku. Tapi diorg takleh la garu lelama, karang terkeluar dr race la plak. Utk episod pertama haritu, si Debbie&Bianca ni dapat tpt pertama. Kemain dedebo lagi la aku masa menengok time dah nak last2 tu. Setelah diorg berdua mendapat lead yang balik, sekali tu time detour diorg berdua kehilangan lead tu la plak. Ish. Dan dgn bestnya dipotong oleh pasangan Rob&Amber Survivor (aku suka Amber tapi lepas dia bertunang dgn Rob terus aku tak suka.. haha) dan juga pasangan ibu dan anak (erk, cam obat batuk la plak..), Susan&Patrick. Tapi sebab diorg boleh lari drpd jem kat jalan raya, masing2 pun dapat la tempat pertama, dan dapat USD10K sorang. Huh, sapa nak bagi.. Tapi bila diorg dah lead ni, start la aku seriau. Sure payah nak pertahankan kedudukan tu. Dah la ada si Rob & Amber yg memang sah2 la pernah jadik masuk survivor selama 2 kali!! Chefdiva pun dgn bangganya dok bgtau aku, sesapa yg lead masa awal2, susah la nak maintain sampai habis. Tapi sapa tau kan. Kalau ada rezeki tak kemananya. Lagipun aku nak jugak tgk kot2 ada tanda2 pelangi yang ditinggalkan di tengah2 jalan. Sbb sblm ni rasanya mmg takde couple lesbian dalam Amazing Race (sepenengokan aku la), yg ada couple gay. Dan yg kali ni pun ada satu kapel gay, dan sorang lagi mamat gay yg race bersama2 dgn ibunya. Gamaknya lesbian ni tak gemo berlumba la kot ek? hehehe Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, March 7th, 2005 |
|
||||||
|
Hujung minggu haritu gf aku balik kg. Pepagi tu bila dia bergerak balik ke kg dia, aku pun bergerak la jugak. Tapi aku tak bergerak ke kg la, aku bergerak pi carik DVD. Bosan giler la dok sensorang kat umah time cecuti. Jadik utk menghilangkan kebosanan, kena la tgk wayang free kat umah. Setelah terpusing2 cari DVD, satu sen pun takde yg senget. Yang ada semua cerita biasa2 je. Tak kisah la tu, tapi aku dah membulatkan tekad utk beli jugak, aku belek jugak sampai juling bijik mata. Belek punya belek dapat ka jugak aku jumpa dan beli la jugak beberapa cerita lama2 dan salah satu daripadanya ialah cerita Flashdance. Mmg cerita Flashdance ni satu movie yang sungguh fenomena la di zaman 80'an dulu. Tapi aku ni kan selalu tertinggal ketapi, maka zaman tu aku tak tgk dan tak koser nak tgk cerita tu. Yang aku tau hanyalah kehadiran lagu 'What A Feeling' yg ala2 hit di zaman itu. Ni bila dah dekat tiga bulan tahun 2005 baru la plak aku nak excited jumpa cerita tu. Korang agak2 kenapa?? heheheh... toksah la buat2 tanya, semuanya pasal Jennifer Beals la, sappa lagi. Apa hal plak dgn Jennifer Beals? Ler.... takkan la tak ingat, aku gan giler minat style akak Bette cerita the L word, jadi dalam masa yg sama aku terrminat kat Jennifer Beals jugak la.. Kiranya beli cerita tu semata2 sbb nak menengok muka dia masa berumur er.. muda. Comel la muka dia masa muda. Tapi semakin tua nampaknya dia lebih matang dan lebih seksi. Iye la, budak muda, byk mana la pun seksinya kan. Cerita Flashdance tu pasal sorang budak pompuan bernama Alexandra Owens, ataupuan lebih glamer dgn nama Alex. Siang budak ni keja welder kat construction site, malam plak keja jadik penari (tapi tarian semua dilakukan oleh stand in, cheh!). Cita2 budak ni nak masuk institut ballet. Pastu cerita ni pusing2 kat dia, cita2 dia, mamat yg sukakan dia dan jugak tarian pusing2. Alex ni sungguhpun ada buipren, dia ni takde la feminin sgt dan dia boleh la jugak dikatakan protective terhadap kawannya, sokrang ice skater, bernama Jeannie, pompuan. Kengkadang aku terpisat2 jugak membuat spekulasi... Ntah2 makcik Ilene Chaiken tu buat cerita The L Word setelah terinspirasi dek Flashdance kot? haha.. pasal apa, sbb ada sorang yg nama Tina, pastu Alex ni boleh la jugak dikatakan artistik sbb dia sukakan ballet2 gitu. Akak Bette pun artistik jugak, kalau tak takkan la jadik pengarah galeri seni kot. Alex jugak seorang yg sungguh kuat semangat, macam Bette. Dan Alex jugak mengaku yang dia tak boleh mengelak dari terpikir pasal seks, sama la cam Bette kot. Heh, kesimpulannya... menonton Jennifer Beals sambil membuat spekulasi sungguh seronok. Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Thursday, March 3rd, 2005 |
|
||||||
|
Rasanya mmg dah tersangat lama lah aku tak mampu nak memblog. Kemain byk lagi benda yang aku kena buat, dan yg aku tak patut buat. Huarghhh... bosannyer! Ni aku nak tanya... Pernah tak korang tetiba bangun pagi dan mendapati badan korang ada beberapa ketul bintat yg kecik2. Nak kata kena gigit nyamuk, cam terlebih beso la plak. Pulak tu siap ada air lagi dalam bintat tu. Pastu semakin tinggi hari, semakin byk la plak bintat yang termuncul2. Hahaha.. kalau aku la, ada bintat2 cenggitu je, aku akan terusss pegi jumpa doktor untuk mendapatkan MC 2 minggu. Hmmm.. rasanya kebanyakan org yg pandai membaca blog aku ni dah ada pengalaman kena chickenpox, ataupun juga dikenali sebagai demam cengkering (ini istilah ibu aku yg bgtau). Aku pernah kena benda ni masa aku berumur.. er... jap nak kira jap... hah, 20 tahun. Masa ni sebenarnya aku kena sbb terjangkit dari roomate aku masa tu. Sbb aku ni budak baik, aku pun tolong la jaga roomate aku tu. Iya la kan.. org sakit, kena la tolong jaga. Lagipun, roomate aku tu bukannya org lain pun, gelpren aku jugak. Kena la berbaik2 dan menjaga dia. ehehe. Sbb jaga dia tu jugak la aku pun mula ditumbuhi bintat2. Sekali tumbuh dalam lima nam bijik kuar. Aku pun kengkonon bangga la, sbb at least lepas ni takkan kena lagi. Mmg kalau ikut konsep imuniti badan bla bla bla... kita akan kena cikanpox ni sekali je dalam hidup. Bila keluar je yg lima nam bijik tu, aku pun terus je meluru ke klinik dan doktor pun tak menyabo2 bagi aku MC 2 minggu.. yeahoo!! Bila tiba keesokan harinya, bintat yg nam bijik maksimum tu masih tak berkurang, dan jugak tak bertambah. Badan aku takde la cam demam2. Sihat je rasanya. Gf aku lain la plak, mmg la demam kur kur. Kesian dia. Maka aku pun buat kesimpulan bahawa bintat tu tak keluar habis. MUngkin tak keluar sbb masa tu aku tgh buat kebajikan menjaga org sakit kot. ehehehe.. Dan padahnya, seminggu je aku cuti, sbb rasa bersalah, minggu kedua tu aku dah masuk kuliah balik semula. cis la. Jadi sampai sekarang aku ni masih la ketakutan kalau2 tetiba naik bintat2 mencurigakan kat badan aku nih. Jangan2 kena cikanpox. Tapi kalau kena la skrg ni, cuti dua minggu beb... best gilos!! Erk... apa motifnya aku tulis pasal cikanpox nih? ntah... aku pun tak tau.. muahahahah Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, February 28th, 2005 |
|
||||||
|
Hari ni hari isnin. Aku bosan. Aku nak merapu. Situasi: Apabila boss anda tanya, "Kenapa awak suka keja kat sini?" Skema Jawapan: "Sebab kat sini semua boss baik2, bersifat terbuka, dan kerja kat sini ada proses yang sangat la teratur. :D" Jawapan yang terlebih patut: "Bebudak pompuan yang keja kat sini semua comei2 belaka. Gembira saya bila bekerja dikelilingi mereka." ** Situasi: Apabila makcik2 korang tanya, "Kau ni bila laaa nak kawin..." Skema Jawapan: "Ada jodoh nanti kawin la saya.." *cakap lelembut* Jawapan yang mmg tak patut: "Malam tadi baru kawin. Ni bertanda2 lagik.." *gelak ganaih* ** Situasi: Bila anda lalu (sambil memandu keta) kat tol Besraya dan awek tol mintak duit RM1.30 Kata2 yang patut anda diucapkan: "Tima kasih, jumpa lagi." Kata2 terlebih mesra: "Kak, takde diskaun ke? Hari2 saya lalu sini. Pelanggan tetap bayar lima posen je bleh ke?" ** Situasi: Cikgu matematik anda tanya soklan yg susah2, contohnya "Pada tahun berapakah Portugis melanggar Melaka?" Jawapan yang aku pun tak kompom betul: "1511 che'egu!!" Jawapan budak terrer: "Rahsia" ** Situasi: Masa Bette dgn Tina tgh gaduh kat penghujung The L Word Season 1. Tina kata: "I know. I saw it." Jawapan Bette: "I'm sorry. I love you." Jawapan sepatutnya Bette bagi: "Sabar Tina, dia tu bukan orang lain, madu kau juga..." ** huarghhhhhhhh... ngantuk. Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
|
Blurty for sekapal.
|
||||||||||||