|
|
Blurty for sekapal.
|
||||||||||||
| Monday, June 27th, 2005 |
|
||||
|
heh.. aku dah tak tahan lagi ler dgn blurty nih. Ntah kenapa server kat opis ni tak bagi aku upload blog kat blurty. Sebenonya bukan aku taknak memblog, tapi keadaan memaksa blog aku kosong. Ey apa membebel nih, aku cuma nak bgtau alamat baru utk blog aku. tu je. Klik je la kat bawah nun.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
||||
|
|
| Wednesday, June 22nd, 2005 |
|
||||
|
Eeerrrr…ada persamaan ke? Mungkin tidak pada sekali imbasan tetapi mungkin ada sekiranya kita meneliti dengan sesungguhnya. Sebagai contoh, setiap projek mempunyai terminal objective dan juga priority. Jika kita jadikan pencarian pasangan hidup sebagai satu projek, terminal objective nya adalah untuk mendapat pasangan. Apa pula yg kita hendak ada pada pasangan kita? Samalah seperti apa yg kita mahukan ada dalam projek yg akan kita usahakan. Sesetengah projek pula mempunyai priority tertentu. Bermakna kita mesti mempunyai priority sekiranya kita mahukan projek itu siap didalam tempoh masa tertentu dengan mempunyai criteria tertentu. Apa akan jadi pada projek yg tidak diketahui apa objective dan prioritynya. Contohnya mempunyai terlalu byk kriteria yg diinginkan dan semuanya mesti perfect. Jawapannya simple, no such thing. Projek seperti ini diibaratkan seperti too ambitious. Minimum budget to get the best thing in shortest time. Tidak, perkara seperti ini akan hanya menyebabkan projek itu menjadi abandoned project. Rasanya apapun yg kita mahukan, kite sendiri mesti tahu apakah pririoritynya. Priorities certain thing. Apapun, aku sendiri akur yg kadangkala aku sendiri mungkin keliru dgn apa yg aku hendak. Tetapi ada beberapa perkara yg aku tidak langsung boleh tolerate dan ada perkara yg aku sgt sgt hendak di dalam hidup aku. Contohnya aku sentiasa hendak seorang yg membuatkan aku selesa dgn hidup aku. I want to be myself. The average me. I need someone who can feed my brain. Ya, walaupun aku tidaklah sepandai mana, tetapi aku tidak boleh hidup dgn org yg aku tidak boleh berckp ttg perkara yg sedikit intelek bila masa aku nak. Dan aku tidak boleh hidup dgn org yg seleranya sungguh sgt berbeza dgn aku. Aku sungguh suka mkn dan berani mencuba mknn, jadi aku tidak boleh dgn org yg sentiasa, I repeat sentiasa tidak boleh mkn apa yg aku hendak mkn. Aku juga tidak mahu dia menyiksa dirinya sendiri dgn pretend to be as adventurous as me when it comes to food cause I know that some ppl just cant. I respect that. Semua org mahukan yg cantik tetapi aku baru sedar yg cantik bukanlah segala galanya untuk aku. Betul juga aku mahukan org yg boleh menjadi “my perfect little wifey”, menjaga segala galanya utk aku, mkn pakai and everything but, now only I know that I just want a partner who can take care of me and I can take care of her too. Why not we just take care of each other Maybe you want to be little most of the time but… let me be little sometimes…. Maybe you want to protect me most of the time but …let me protect you sometimes… Maybe you want me to be beautiful most of the time but ….be beautiful for me sometimes… I know life can’t be perfect but let us try to be at least perfect for each other…. I want you to know that you keep me alive…. thanks for being so patient with me. I didn’t realise that I never know my priority until now…… ……Love you so much…… -chefD- |
||||
|
|
| Thursday, June 16th, 2005 |
|
||||||
|
I want to make you feel beautiful I know I tend to get insecure It doesn't matter anymore It's not always rainbows and butterflies It's compromise that moves us along My heart is full and my door's always open You can come anytime you want To my 'ze-baby', you will always be loved... Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Semalam partner aku mai utk lunch sesama dgn aku. At least berselera sket la makan dgn org yg tersayang. Ye la, kalau keluar makan dgn org lain, boleh dikatakan hampir 60% masa perbualan itu akan diisi dengan sengihan aku yg ala2 comel nih. Muahaha.. tak abeh2 pasan. Tapi kalau dengan partner sendiri, macam2 benda yang boleh diborakkan. Dan dgn dia jugak, bila takde pape yg diborakkan, rasa kekok takkan muncul. Hmm.. betul la macam yang aku pernah baca kat ntah mana tah. Tanda-tanda kita selesa dgn seseorang itu ialah apabila kita boleh melalui keadaan tak berbual tanpa ada rasa kekok. Tapi mmg betul pun. Aku la, akan rasa cam sungguh auk-kwad (pelik2 ) kalau pegi makan ataupun dok sesama dgn kengkawan opis nih dan langsung tak berborak apa2 pun. Sedaya upaya aku akan cuba utk mencari topik yg boleh dibualkan. Tak kira la pasal ayam ke, itik ke, KRU, Brad pitt, kawin, bertunang, semua topik aku boleh cerita.. er.. kecuali lah topik gay/lesbian. Walaupun sungguh terhentik-hentik nak berborak pasal hal cenggitu, tapi takbleh jugak. Sbb bila terbukak cerita tu, mmg aku takkan dapat mengelak daripada menjadik sedikuit homofobik. Kalu nak mengata aku tak jujur pun, korang kata la... Aku tak heran! Yang penting, aku mmg tak berapa ready utk mengeluarkan diri di kalangan opismate aku yg semuanya ala2 terlebih kemelayuan nih. Berbalik pasal keselesaan dalam kesunyian tadi. Kalau dgn org yg kita selesa, duduk berjam2 sambil memandang langit, berdua-duaan tanpa berkata apa2 pun dirasakan sungguh tenang dan menghilangkan stress. Kenapa benda ni terjadi? Kenapa dgn org yg kita selesa, bebenda bodoh pun dirasakan indah? Hmm... pada pendapat aku la, kalau aku dah selesa dgn org tu, aku takkan la sibuk2 nak ala2 amik berat pasal apa pendapat org tu terhadap aku. Secara tidak langsung, aku sebenarnya dah menghilangkan sifat nak mengontrol2 macho, peramah, baik budi bahasa, kelako dan witty depan org tu. Ini maksudnya aku dah berani menjadi diri aku sendiri la. Dan aku juga berani dok sesama dlm keadaan langsung tak bercakap, sbb aku tau org itu takkan nak terasa apa2 dgn aku. Jadi.... kalau lah korang rasa selesa dgn keadaan tak mengontrol di hadapan seseorang, itu tandanya, korang selesa la dgn orang itu. Selagi masih ada rasa nak kontrol2 macho/ayu... maksudnya, keselesaan yg jitu masih belum boleh dicapai la. Tapi bukannya senang nak mencapai keselesaan yang jitu nih. Bertahun2 perlu dilalui, berbagai rintangan perlu dihadapi dan beberapa banyak benda yang memalukan kena tebalkan muka. Camna pun, ada manusia tidak mementingkan keselesaan cenggini dgn kapel diorg. Ada yang berpendapat keselesaan dgn kapel masing adalah dgn menunjukkan gaya, mutu dan keunggulan dan bukannya menunjukkan sifat semulajadi seorang manusia yang penuh dengan kelemahan. Itu terpulang la pada cara masing2 dalam berkapel. Asalkan korang selesa. Cuma bagi aku, aku takkan sanggup hidup dgn seorang perempuan yang sentiasa dan sokmo menchantekkan dan mengontrol diri 24/7. Dan mmg skrg ni pun pasangan aku masih lagi menchantekkan diri, dan dalam masa yang sama, berselambalah juga. kalau dia terlebih selamba dgn org lain, maksudnya dia lebih selesa dgn org tu la... mana bley!! Prinsip chenta aku kan 'pyaar dosti hai'. Tapi sebagai manusia aku hanya boleh marancang.. Tuhan jugak yg menentukan... Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, June 13th, 2005 |
|
||||||||
|
There is someone I should love, At times I feel very lonely, But my needs are all filled, By the person I should love. There is someone I should love, At times I bear very deep wounds, But they are all healed, by the person I should love. Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Cheh! Hujung minggu ni mmg boleh dikatakan agak membarakan diri aku la. Ini semua disebabkan oleh perkara2 yg berkait-mait dgn tv dan juga media hiburan yang mengkaciwakan aku. Segala2nya bermula dgn AF3. Macam cipan je. mmg aku masih lagi tak sempat nak menulis apa2 pasal AF3 sbb dua minggu lopeh aku punya kehidupan mmg macam kureng hidup sket. Dalam ujung minggu ni je la yg aku boleh tgk bebetul sket. Baru je nak kenal2 dgn bebudak tuh. Tup2 minggu ni si Elliza kena keluar. Marah betul la makcik. Tak puas lagi aku menengok Elliza kat diari AF, daahhh ilang.. Muka mamat2 jambu yg sore macam hamm-hamm tu tak plak terkeluar. Mmg la penonton AF ni sungguh pandai mengundi. Ni ha nak pesan sket kat Astro.. Utk AF4 tahun depan, toksah la memperabih masa nak mengambik pelajar2 pompuan. Fokuskan la utk mengambil pelajar2 lelaki yg muka masing2 tu jambu2 belaka. Sebanyak mana pun aku mengundi pelajar perempuan yang berbakat. mmg kompom takkan menang punya lah. Paling terer pun dapat no 2. Lagi la bila dah tgk peratusan undi pelajar selepas konsert tuh. Pergh... berentikan je la AF3, dah tau dah sapa yg boleh menang. Adehhh... poyo! Ni aku tulis ni sure ada gak la yg membaca dan berkata... "ala sekapal, kalau kau nak pelajar yg kau sokong menang, afundi la, jgn kedekut duit...! Sukati org lain la nak undi bebudak yg diorg sokong.." Jawapan aku... "Dah kalau aku dan beberapa kerat je memperabih 50hengget satu konsert, berbanding dgn tiga ribu org yg memperabih 30hengget satu konsert... apa maknanya tu? Membazir je.." Mmg poyo. Kalau ada sesapa yg tak puashati dgn pendapat aku.. takpe... janji aku suka dgn pendapat aku.. huhuuu OK, habis satu kesakitan hati aku.. hari ahad malam (malam tadi) sekali la aku merasa bengkek... ini semua pasal 8tv tak tayangkan cerita the OC. Dua minggu dah beb!! Apa cerita??!! AKu tau la episod yg mendatang nih ada adegan Marissa hampirrrrr topless... tapi jgn la sampai semua2 cerita tu tak ditayangkan... Ini sudah tidak adil labu!! Paling2 pun kasik can la aku melahu tgk muka diorg berdua. Potong je la mana adegan yg tak patut.. jgn sampai langsung tak tayangkan. Ni aku takkan terkejut la kalau tetiba, bila OC ditayangkan semula, watak Alex dah jatuh ke dalam laut. Arghh.. marahnya makcik. Huh.. sabo sabo.. dahlah.. malas dah aku nak melalut lagi. Menambah kemarahan makcik aje.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Tuesday, June 7th, 2005 |
|
||||||
|
Haha, nak tulis lagi. I miss my blog la, so please bear with the excessive updating. muahahaha.. (gelak jahat!). Semalam (hari ahad).. aku bertolak balik dr umah parents al-partner aku dalam kol 4 la lebih kurang. Dgn bestnya aku tersangkut dalam jem kat highway tu.. macam biasa. Untuk orang yg telah menghabiskan masanya dengan memandu kereta selama 8 jam keseluruhannya, jem yg macam cipan tu mmg menyakitkan hati aku. Dgn hari yg panas terik, aku ada rasa cam nak tanggal baju je memandu. Punya la panas hati ini...! memandu kereta selama 11 jam. Kiranya lebih kurang 27 peratus hari cuti aku (yang dua hari tu) dihabiskan dalam kereta. Mmg haru. Seperti biasa.. bila dok dalam keta sensorang, ada la idea nak menghabiskan masa dan menghilangkan keboringan. Ini nak bagi tips lagi la (rasanya dulu aku pernah jugak bagi tips pasal memandu nih.. hehe). Suda sedia? Mula! huhuhu OK, bila rasa2 dah masuk tahap poyo memandu, tolong la jangan bukak baju.. sebaliknya, pi telipon kengkawan anda yg mana available dan baik hati. kemudianjgn lupa bercakap guna handsfree, kalau boleh guna la handsfree yg macam mikropon bebudak audition..(yang ada besi terjuntai sampai ke mulut tu laa). Dan jangan lupa pakai ceromin mata itam/oren. Pastu.. bila kawan anda dah angkat telepon. jangan layan apa pertanyaan dia, sebaliknya, cakap je macam ni.. "I don't want you to be stressed out honey." (berenti kejap) "I know this is the first time you're curating for me, and I'm gonna give you a lot of support. OK, This'll lighten up your load. Guess what Tina has between her legs?" (gelak sket) "Close..." (berenti lagi) "A jar of Sean Haney's sperm." (gelak2 poyo) "I kid you not." (pastu capai la apa2 yg ada kat seat sebelah) "They say its the quality, not the quantity. Gah! That's repugnant, I can't believe I used to swallow that stuff!" (letak balik benda yg dicapai tu, dan betulkan rambut sket.. pastu letak tipon.) Kemudian call la kawan2 anda yg lain plak, dan cakap benda yang sama, sehinggalah anda sampai ke tempat yang dituju. Kalau kawan yg anda call tu tak maki2 dan marah2 anda, mmg la dia seorang kawan yang baik. Selamat mencuba.. Untuk keputusan yang lebih mengesankan, cuba cakap cam Jennifer Beals sket dan bayangkan ada orang kat sebelah anda yg muka dia cam Laurel Holloman, tgh minum air guna straw... ^_^;; Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
||||||
|
Akhirnya... hari ni berakhir lah sudah kesibukan aku yg melampaui batas2 kemanusiaan waras. Muahahah.. Mana taknya, siap boleh kira dgn jari je waktu aku menidurkan diri dalam minggu lepas. Agaknya kalau lah aku ada dua bijik kepala, jawabnya mmg kena buat lapan jenis keja serentak la kot. Buleh koma dibuatnya. Er.. dan kalau aku ada dua kepala, mungkin partner kena la jugak dua kot. huhuhu.. (gelak gatai..) Hmmm... malam tadi takde rupanya The OC. Dah wendu kat Marissa dgn Alex nih. Huh, lesbian storyline punya pasal, cerita2 bebudak sekolah menengah semua aku tgk. Termasuklah cerita One Tree Hill. Dgn bestnya hari sabtu haritu aku dok melangut depan TV sesama adik aku yg Form 3. heh, mmg jadik budak kecik sungguh la... Ntah ler, lelama aku dok tgk si Anna tu, acam best la plak. Dan aku sungguh2 la akan gumbira (utk seketika waktu) kalau si Anna tu mmg boleh jadik ehem-ehem dgn Peyton. eheh, sebelum aku teruskan cerita pasal One Tree Hill, aku bagi la sket latarbelakang cerita tu (diceritakan dalam versi tak tau detail aku sendiri). background cerita ni pun aku kena tanya dgn adik aku, almaklumlah, aku tak tgk season 1. kehkeh. One Tree Hill ni nama tempat merangkap nama sekolah yg budak2 ni pegi. Watak utama dua org adik beradik sebapak.. Lucas dgn Nathan. Nathan dan kawin dgn sorang budak nama Haley. Dedua ni pun adik aku kata dah tak sekolah lagi. Lucas ni plak masa season 1 dulu berkapel dgn Peyton. La ni Lucas dok kengkononnya berdating dgn Anna. Anna ni budak baru kat One Tree Hill, hispanic gituu! Tapi dalam episod sabtu lepas, Lucas kata dia takde rasa apa2 kat Anna, sbb dia suka pompuan lain. Pompuan lain tu aku dok saspek Brooke, dan yg bestnya Brooke ni plak berchehenta dgn Felix, abang kepada Anna. Haiyoh, banyaknye belit cerita dia, seterbelitnya ayat aku! muahaha.. Episod Sabtu yang minggu lepas, Anna menspend malamnya kat umah Peyton. Dan episod yg baru nih, locker si Peyton dgn bayeknya bertulis 'DYKE'. Ceh, cara aku tulis macamla diorg tu ada apa2... tapi takde pape pun yg jadik. Dan Peyton ala2 stress la bila dikata begitu, sbb minah ni mmg stret tak hengat! Sbb tu jugak la dia kemain selamba lagi esoknya pi sekolah pakai t-shirt yg bertulis 'DYKE' jugak. Alasan Peyton, kenapa nak takut dan kenapa nak biarkan org mengata dan buat kecoh pasal benda tu. Bagus jugak tu. Orang mmg mesti mengata, baik ke, tak baik ke.. orang akan kata. Yang penting, kita mesti berani dan buat bodo! Abis cerita. (ececeh, sempat menyelitkan moral lagi tu..) Pehtu, Peyton pun kena la gantung sekolah. Dia mengadu kat Brooke siap nenangis lagik. Dgn bestnya Brooke meredakan kesesakan Peyton dgn berkata yang ramai lelaki suka pompuan lesbian, pasal pompuan lesbian ni hot. Huahaha..Tapi bila Felix masuk bilik Brooke dgn keadaan takde baju, Peyton pun hilang stim.. dan blah. Yang aku kureng puas hati tu... bila Anna datang umah Peyton kengkononnya nak menenangkan hati.. dia boleh halau budak tu kuar. hantu betul! Jadi sbb aku kurius utk mengetahui dgn lebih lanjut perkembangan watak Anna... kena la aku tgk lagi minggu depan.. Sekian terima kasih! Heish, sebenarnya kenapa aku tulis pasal one tree hill ni pun aku tak tau.. kompius, kompius.. Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Tuesday, May 31st, 2005 |
|
||||||
|
Halo all.. pekabo? hehe.. (aku ni suka bebeno la plak gelak..) nih harini nak tanya sket, sapa haritu tgk The OC kat 8TV? Mmg lah bak kata member aku si uL, tersengih memanjang la depan TV tu. Cuma yg kureng beshnya ialah aku menonton sesama dgn adik aku, yg mmg lah stret mamat tu. So nak senyum pepanjang pun cam kureng best la plak. Dan dgn powernya adik aku siap tanya lagi.. "Si Alex ni lesbian ke?" Aku yg kengkonon macho ni pun tetiba jadik bak-berk-tak-terk la jugak kejap sblm menjawab. Muahaha... dan jangan tanya apa jawapan aku. huhuhu... OK, abih dah... ni aku nak bekabo sket. Aku dah abeh tgk cerita Eulogy. Dalam cerita tu sememang2nya kalau org yg nak tengok unser senget sahaja, akan ada la rasa sedikit terkilan. tapi kalau mmg nak tgk cerita tu sebagai cerita biasa dan pelakon pompuan yg boleh lah dikatakan mengancam qalbu, ha, boleh la tgk. Sbb aku ni pun mmg suka tgk cerita ala2 lawak2 poyo, maka boleh la aku katakan cerita ni best. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang baru sahaja meninggal dunia. Si mati ni ada meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan 6 org cucu. (or so it seems...). pastu cucu yang utama dan feberet dan terbaik ni telah la terpilih menjadi pembaca eulogy. kiranya cam memberikan kata2 penghormatan terakhir kepada si mati la gituu... Lawak2 poyo berlaku sbb sang anak2 ni mmg langsung tak ngam dgn sang bapak yang mati tu. Salah seorang daripada sang anak tu lesbian, dan balik umah bawak life partner sekali. Kelly Preston jadik sang anak, dan Famke Jenssen jadik partner dia. Tapi Famke Jenssen dalam cerita tu alamak aihhhhhhh!! Heish! Sungguh best di tgk utk mencuci mata. Dah la perangai cam baik2 je. Mmg boleh terjatuh chenta la. Kalau tak jatuh dgn orgnya, jatuh dgn stail dia. Tapi sebenarnya mencuci mata tu adalah salah satu daripada tarikan cerita tu. Ada banyak lagi benda2 lain yang juga menarik dan lawak2 poyo. Secara ringkasnya, setelah menonton cerita tu, aku boleh la membuat beberapa simpulan...
Itu je la serba sedikit, kalau sesapa nak tau acamna aku dapat kesimpulan2 tu, tgk ah cerita Eulogy. Cuma aku nesiyatkan kepada sesapa yg tgk cerita tu dan mengharapkan gir on girl action yg lelebey, batalkan je la niat korang nak tgk cerita ni eh? hehehe.. jom makan! Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Saturday, May 28th, 2005 |
|
||||||
|
pergh, hari sesabtu ni pun kena datang keja jugak?! haru-biru-ka sungguhla aku rasakan hidup aku. Sepatutnya hari ni boleh bergegolek dgn buah hati. Cian buahati tinggal kat rumah ye? hehe, tapi rasanya sat2 tadi dia baru je call aku, bgtau yg dua baru je balik dr sogo. eceh... tinggal sorang siap leh jenjalan lagi ye. heheh aku ni tgh dalam keadaan bengkek nih. Ada sorang mamat kat opis ni kemain bangang lagi dok mengacau aku tanya soklan yg bebukan. Rasa nak je kusepak muka dia. Kalau pompuan tu lain la jugak kan. iye lapompuan kan insan yg lembut, mana bleh sepak2. heheh (dasar lesbian!!) Hmm... tapi mamat ni ada la tanya aku soklan gila, yg perbualannya berbunyik begini mamat gila ni akak engkau ke? *sambil membelek gambo aku dan chefdiva yg terpampang atas meja nih* aku comel tak. kawan. mamat gila tinggi nya dia nih aku comel mestilah *dalam hati:aku kan suka pompuan tinggi* mamat gila kau ni, ada ke letak gambo dgn pompuan kat atas meja. letaklah gambo dgn lelaki. aku comel *malas nak layan* ** Agaknya dia rasa dia charming la kot dok menyebuk2 layan aku. Sbb aku mmg tau mamat gila ni pernah la ala2 berjaya menambat hati salah sokrang opismate aku ni satu masa dahulu. Tapi tolonglah jgn nak buat charming depan muka aku. Nak termuntah rasanya. kengkadang aku terpikir la jugak sesikit bertanya diri sendiri. Macamana agaknya rasa terjatuh hati kat lelaki? Apa plak rasanya time sibuk2 nak buat majlis bertunang, majlis kawin. Mmg aku akui aku tak pernah merasa detak2 kuch2 hota hai dgn lelaki yg kuat. tak pernah jugak rasa ingin mengandungkan anak seorang lelaki. kengkadang tu bila berborak dgn bebudak pompuan lain, diorg cam mudah betul nak merapat dgn lelaki, menggelakkan lawak2 poyo yg bertujuan nak mengorat tu. Sedangkan aku? meluat ada la dgn bebenda tu. Mmg, aku kengkadang nak rasa ada sedikit sexual attraction dgn mana2 lelaki hensem yg aku terserempak kat shopping kompleks. Tapi akhirnya, aku hanya akan terasa..oh, mamat tu hensem! Abih, finito... toing toing. Tu la, dalam erti kata lain, itu lah kecacatan yang aku alami. Itulah salah satu nikmat dunia yang aku tak dapat nak rasa, iaitu, daya tarikan dgn kaum yang berlainan jantina, yang boleh membuatkan seks tu jadik halal, yang boleh diterima dgn baik oleh masyarakat dan oleh keluarga aku. Jadi bila ada yg bertanya, "Kalau nampak lelaki, takkan kau tak rasa apa2?" jawapan aku, "Memang, setakat ni mmg kalis. Langsung tak rasa apa2." Tapi kalau nampak perempuan cantik.. berdebo2 jantung, bila nak bercakap lidah pun jadik kelu. Rasa cam nak berpeluh seluruh badan, dan sedaya upaya cuba menjaga tangan dan mata drpd terrrrrpandang ke tpt2 yg terlebih menonjol. Ah! mmg payah nak kontrol. Mungkin boleh ada jugak yg kata, sama la kot, apa yg aku rasa kat pompuan, dgn apa yg org pompuan stret rasa kat lelaki. Mungkin sama kot... Tapi aku masih tak boleh rasa keseronokan nak mengadakan majlis kawin, nak nikah, nak thrill2 kengkonon tunggu malam pertama. Thrill tu yg aku jeles tu.. Argh jeles, jeles... Org senget cam aku ni, kalu dah kompom nak komit, terus je la tinggal sesama, takyah nak majlis2, kuar2 duit bagai.... Mmg lah aku tidak normal. Tapi tolong jangan humban aku ke rumah org2 sakit jiwa.. Nota kaki ayam: Penulisan ini hanyalah berdasarkan rasa jeles penulis setelah menghadiri byk majlis kawin, dan membeli hadiah kawin, tapi masih tak dapat buat majlis sendiri dan tak dapat lagi merasa jadik raja sehari lah kononnya! Sekian, harap maklum. Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Thursday, May 26th, 2005 |
|
||||||
|
Muahaha.. hari ni waktu lunch aku tak kuar pi mkn ataupun menghabiskan masa. Sebaliknya aku mengapdet blog la plak. La ni takleh mkn bbnyk. Bukan sbb apa, pasal tgh nak dok berlawan dgn ada org tu yg bercita2 utk menjadi sekurus+seksi Marina Ferrer. kuikuikui... Korang ada tgk tv tak? hehe.. apa punya soklan da. mesti lah ada kan. even kalu tv tu tak di'on'kan pun, still boleh tgk.. betul tak? Hmm.. kepada sesapa yg suka tgk tv dan jugak menonton iklan di dalamnya, mungkin da pernah la terserempak dgn iklan keta volvo. Ala... dalam iklan tu ada dua org watak manusia yang dok berborak sakan la pasal bebenda yang menarik dan berpekdah, er, apa ayat dia... ha, perbualan beinspirasi, huh, blasah ler. Ada tgk tak? Kalau takde, anggap je la cam pernah tgk ek? Rasanya lah, kalau dalam keta aku/partner aku ada kamera, kitorg pun kompom boleh buat iklan tu. Sbb boleh dikatakan setiap hari dalam perjalanan ke opis, kitorg akan bertunang dalam satu perbualan (engaged in a conversation??!! huhuu) yang boleh la dikatakan menarik. Masa tu la kitorg boleh tetiba jadik pomputeh (singkatan utk pompuan omputeh), jadik penulis gossip kat majalah mangga, dan jugak ahli ala2 intelek terpoyo yang membincangkan perkara2 poyo jugak. Perkara poyo yg kami bincangkan pagi tadi cam menarik. Sebenarnya menarik utk ditulis dlm blog la pasal smpai la ni masih takde satu kesudahan yg kongkrit utk topik kami. Ok, topik pagi kapal-diva tadi ialah...'Kenapa kereta sedan takde wiper belakang?' Kenapa? Er, mungkin ada la kot dua tiga keta sedan yg ada wiper. Tapi sepemerhatian kitorg tadi, mmg nampaknya keta yg blkgnya contot je yg ada wiper.. macam la keta aku... yg comot dan contot itu... Ha, persoklannya.. kenapa?? Sbb perbincangan dlam keta sblm pi keja perlulah menjadi perbincangan intelek, kena la bagi jawapan. Ini lah di antara jawapan2 kitorg SATU: Pasal keta sedan punya belakang dah curam, air takkan melekat (cam yo yo je) DUA: Kalu nak basuh keta nnt susah sbb tukang basuh keta kena mencapaiii jejauh sket utk angkat wiper bila time nak bersihkan cermin belakang. (Walaupun benda cenggini nampak remeh, tapi ia penting utk org2 kemetot cam aku nih..) TIGA: Pasal engineer dia tak reti nak buat wiring utk wiper time buat keta sedan (buat benda takde wayar pandai la plak) EMPAT: Sbb mmg dah ditetapkan oleh ketua hakim negara bahawasanya hanya kereta ber'belakang' contot dan bulat sahaja yg layak mendapat wiper. Apa2 pun, kesimpulanya, mmg kitorg berdua sebenonya tak tau apa sebab keta sedan takde wiper belakang. Setakat buat spekulasi pengwaiperan tu semua org buleh buat. Maka kalau la sesapa ada idea, ataupun tertahu kenapa 'kebanyakan' (pktn ni aku bubuh supaya karang jgn ada plak yg gatai dok cakap..'eh, keta aku sedan tapi ada je wiper') so, 'kebanyakan' keta sedan yg aku terjumpa kat mesia ni takde wiper... boleh la bgtau aku. Mana la tau, kot2 tetiba ada proton ada buat pertandingan ke, boleh aku masuk. kalau ada rezeki, boleh menang keta proton baru yg diberi nama Proton Jagung Ayam.. (as opposed to Proton Jaguh Jalanraya) muahahah Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Thursday, May 19th, 2005 |
|
||||||
|
Haiyak... sebenonya mmg dah berkali2 aku bukak lembaran utk mengapdet blog, tapi hari2 tak sempat nak tulis apa2 pun. harapnya hari ni ada la jugak tertulis benda yg dah lama aku teringin nak tulis. Hah, sblm tu, sementelah aku ni pun dah lama tak menulis, mari kita bagi status update utk minggu ini (pergh, cakap cam projek manager la plak...). Dalam minggu ni, tetiap pagi aku akan dikejutkan oleh kiauan kucing aku yg gamaknya tak pernah bosan dan sakit tekak mengiau setiap ketika. Poyo.. poyo. dan aku sedang dalam proses menghabiskan novel Fingersmith. Best la plak membaca walaupun bukunya mak aih ai tebal sungguh la. Aku jugak sudah selamat menonton anime Utena yg versi movie punya. Mmg versi movie jauhhhhhhhhhhhh lebih lesbian bbdg versi siri TV. Ending anime tu, dua org perempuan yg dalam keadaan tak pakai baju berbaring dan jugak berkissu. Best... mmg best! Muahahah. Tapi disebalik bebenda yg best, ada jugak yg tak best, iaitu, opismate aku yg seksi lagi cun itu hanya ada dua minggu sahaja lagi di opis nih. Dah dapat keja kat tpt lain. Alahai... berkerak balik la mata aku lepas nih. Nih, cerita2 pasal bekerja2 kat tpt lain nih, teringat la plak aku pasal satu dokumen yg sungguh la diperlukan utk mencari kerja ni. Tak lain tak bukan dokumen yg diberi nama resume. hehehe.. tapi tu yg buat aku terpikir dan terdiskas la plak dgn gelpren aku. Rasanya kenapa la plak bila nak mencari keja je kena ada resume. Agak2 la, kalau mencari pasangan pun kena ada resume, kompom parah jugak tu. Maka dari diskusi poyo kami berdua, aku pun kengkonon sesaja la plak tergatal nak menulis resume kat blog nih. Tapi ini bukannya resume mencari keja, tapi ia sebenarnya boleh digunapakai utk mencari awek di dalam pasaran gelap. Iyo la, aku kalu cari awek kat pasaran biasa, ingat boleh jumpa ke??? Jangan la harepsss.. hehe. Moh la kita sesama baca aku merapu... SEKAPAL +BIODATA DIRI+ Nama Penuh: Sir Kapal al-Poyo Nama Hensem: Haruka Tenou Umur: 28 tahun Alamat Surat Chenta: Kuala Lumpur - Selangor Alamat e-Mail chenta: onlymichiru@yahoo.com Jantina: Perempuan Orientasi Seks: Lesbian +KELEBIHAN dan KEBAIKAN+ * Bersifat poyo selalu dan kelakar orangnya. * Jari lebih bijak berkata2 berbanding lidah dan mulut. * Penyabar dan tak berapa reti nak marah orang. * Boleh bawak keta, motor dan beskal * Boleh makan pelbagai jenis makanan (sesuai dibawak dating la kiranya nih) * Sungguh ingat nama penuh mana2 pompuan yang diminati * Mata dan tangan tak gatal +PENGALAMAN MENYENGET+
+CIRI2 KESENGETAN+ * Ada bela kucing * Tinggal serumah dan sebilik dengan seorang perempuan * Memiliki koleksi siri Buffy yg mana episod ada Tara&Willow sahaja * Taknak miss tgk The OC musim kedua bermula drpd episod kesembilan * Ada satu Musim DVD The L Word * Memiliki kesemua buku Sarah Waters * Bercita2 untuk membawa Truck bila ada bajet * Tak berminat tgk lelaki * Ada koleksi DVD dan buku cerita bawah katil yang ber'rated' L * Tak gemo bela kuku panjang * Otaku & antisosial * email guna nama watak anime senget +LATIHAN YANG DITERIMA+ * Tido sesama partner sejak berumur 19 tahun * Latihan penyamaran mencilok2 kuar bilik kat asrama utk bertenet kat bawah ampai +EX GELPREN+ err... takyah la bubuh kat resume, buat bocor rahsia je.... +PENCAPAIAN SENGET yang membanggakan+ Berjaya mengkalkan perhubungan dengan partner selama hampir 10 tahun walaupun dah hampir 2 kali macam nak terbalik... Yeahh! Hidup aku.. muahaha +EXPECTED SALARY+ Once a week pun jadi la.. kuikuikui... Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Thursday, May 12th, 2005 |
|
||||||
|
Tgk jam sket.. ha, skrg ni dah ala2 kol lapan malam. Tgk jugak keliling aku? haha... aku masih kat opis lagi. Cenggini la keadaannya org yg dok kat kelumpo nih. Dah memalam buta pun tak balik2 umah lagik. Masih dok bertapa kat opis. hehehe.. Aku ni sebenarnya keja masih lagi banyak. Benda yg aku patut buat aku buat lagi. keja2 yg sunat muakkad dan yg lagho pandai plak nak buat eh? ah poyo hidup ini kurasakan. Tapi rasanya gf aku lagi la haru. Pasai apa, dia lagi teruk, nak buat keja2 lagho ni pun tak sempat. At least aku ni boleh la jugak mamblog, membaca sinopsis the L word, membrowse wallpaper baru, mendengo lagu himegoto vandread, dan lain2 lagi. Cian buahati saya. Sibuk keja ye? takpe, kita dapat gaji nnt kita pi mkn kat Hartz cikan buffet ye sayang. aku ni pun, tak abih2 makan je. Idup untuk makan beb! Ha, apa mau cerita? Meh sini. Mai dedekat sket. Apa? nak ngumpat? huish.. takde takde.. org kat kalu nak mengumpat kena la bertempat. hehehe... ok ok, aku ni nak bercerita sedikit pasal kekurang-pandaian aku pasal bahasa. Mmg agaknya dah ditakdirkan aku ni sungguh lembab balajar bahasa. Bahasa ibunda kureng fasih, bahasa cucunda lagi la haru. Er, aku ni sebenarnya masih kurang kefahaman mengenai bahasa Malaysia/Melayu. Antara bebenda yg aku masih kompius ialah perbezaan di antara perumpamaan, simpulan bahasa dan jugak peribahasa. Tapi setelah dipikir2 balik, aku cuba jugak la membezakan tiga benda tuh. W/bagaimanapun, takrifan aku ini mungkin membolehkan aku dibantai oleh che'egu2 BM dan jugak penulis handalan, serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Dan kalau ada fakta yg salah tu, anggap je la aku budak poyo yg tak tau nak tulih apa lagi kat blog ni. Pada pendapat aku yg tak dapat A1 utk BM SPM dulu, dan jugak tak buat apa2 research utk penulisan blog yg ini, simpulan bahasa merupakan bahasa yang disimpulkan yang seterusnya memberikan makna yang tersirat. Idea untuk mendapatkan simpulan bahasa ini mungkin datangnya daripada manusia1 yg suka mengata org depan2. Nak mengata, tapi kalau boleh taknak la org tu tau yg dia sebenarnya tgh mengata. Contohnya seperti berat tulang, kaki bangku, telinga kuali, batu api, dan jugak beruk mat-yeh. Dasat org melayu nih, nak mengata pun beralas. Iye la, cam aku kata tadi, mengumpat biar bertempat, mengata biar rata. heheh. Hah jap, ayat aku tu pun tergolong dalam bebenda bahasa jugak kan? tapi bukannya simpulan bahasa la kot. Sbb pada pendapat aku, ia terlalu panjang untuk disimpulkan. Kalau bahasa tu panjang, peribahasa la kot tu ek? kalau lah aku tak silap, peribahasa ni macam.. 'alang2 menyeluk pekasam biar sampat ke pangkal lengan', carik2 bulu ayam lama2 bercantum jugak', 'air dichenchang takkan putus' dan byk lagi la. tapi rasanya yg paling fofular kat kita2 ni ialah 'makan tak kenyang, mandi tak basah, tau2 gemuk dan busuk'. Tak gitu ke wahai insan2 yg pernah berchenta. haha..Dan kadangkala ada jugak peribahasa yg berbunyik seperti poyo. COntohnya 'menanam tebu di tepi bibir'. Pergh, sungguh subur bibir orang itu, sampai boleh tumbuh tebu. Tapi kengkadang terpikir balik, kenapa tebu? kenapa tidak 'membubuh gula pasir di bibir' ataupun 'memakai lipgloss yg berperisa gula melaka' ataupun lagi 'diabetes hingga ke bibir'? ha.. kan kan, kiranya la, generasi sekarang ni kalau lah diberi peluang membuat peribahasa, musti lebih kreatip. OK, dah abih bab bahasa2 tu, ada satu lagi iaitu perumpamaan. Ala, ini kacang je nih. Perumpamaan ni mustilah ada perkataan umpama2, bagai2, bak2, seperti2, dan yg sewaktu dengannya. Contoh perumpamaan yg boleh dikatakan glamer adalah macam.. er.. 'bagai mencurah air ke daun keladi', 'umpama aur dengan tebing', 'bak pungguk rindukan bulan' ecewahhh... cam yo yo je kan? Tapi perumpamaan2 ni menunjukkan org2 melayu jaman dedolu mmg cukup pandai membuang masa. Siap boleh buat eksperimen lagi bahawa mencurah air ke daun keladi tu adalah perkara sesia. Aku agak la, musti diorang ada buat beberapa kali kajian, dan didapati proses mensia2kan masa dgn mencurah air ke daun keladi tu lebih signifikan berbanding merayau mencari DVD pirate pada hari polis buat serbuan. haha. Boleh fikirkan perumpamaan yg lebih signifikan untuk kita di zaman hip nih? jap aku pikir.. hah, ada sket ni.. aku siap buat ayat lagik - 'Awak ni sungguh cantik bak awek anime yg berambut hijau yg disaspek lesbian lah' - 'Heish, gelpren aku kalau bersiap mmg sangat lambat umpama projek monorel kelumpo' - 'Mmg kurus betul awek tu di bahagian itu, ibarat monitor flat screen' - 'U ni mmg best la, seperti membaca blog Sekapal plak i rasakan' *muahahahhaa... siruuuuuuuu!!* dah la, sori ek kalau ada terkasar bahasa dan tersilap kata. Dan kepada pakar2 bahasa, anggap lah ini satu parodi di malam jumaat. Ya ampun. *salam, salam* Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Wednesday, May 11th, 2005 |
|
||||||
|
Aiyak, mmg dah giler lama aku tak sempat mengupdate. Skrg ni dgn keadaan ke'bz'an yg mencicah sambal belacan, di tambah2 plak boss aku ada mencanguk kat blkg ni. Mmg sedep sungguh la. Hari2 aku jadik workaholic. Kengkononnya takde mengulau la. hehe... yo yo la tu. Ni sbb lama tak update ni sepatutnya banyak benda yang boleh aku tulis kan? Tapi rasanya cam ala2 kelu2 la plak nak menulis kat sini. Almaklumlah, lamo dah tak jumpa dgn blog sendiri. Alahai, cam org bercinta jugak, bila lama tak jumpa gelpren tu, musti ada cam ala2 terpusi2, dan tak tau nak cakap apa. Masa akan dihabiskan dgn melihat ke dalam matanya yang bersinar di malam hari. HUaaaaaaaaa... macam citer antu la plak. OK, sebenarnya takde la jugak bebenda yg menarik berlaku dalam kehidupan aku. Cuma cam besa la, hidup lebih ceria sbb aku dah ada buahati lagi sorang yg bernama S***y. Hampir tetiap malam dok tido bertiga. Alangkah indahnya dunia ini. huhuhu.. Dan aku juga telah berjaya melengkapkan koleksi novel Sarah Waters. Semua2 tiga2 aku dah ada. Cuma nak baca masih tak sempat lagi la. Di sampign itu juga penjelajahan kami ke Ampang Point ke kedai buku bayar sedikit membolehkan kami jumpa dan beli empat bijik buku senget yg kami tak pernah baca lagi semuanya dengan harga RM22. haha... murah gilos kalu nak dibandingkan dgn harga buku2 baru kat Kinokuniya. Almaklumlah, bebuku keluaran Naiad Press mmg diketahui aku dgn harganya yang melebihi limaploh hengget. Huishhh mahal tuuu. Dan disebabkan aku dah lama tak online, rasanya ada kot yg ternampak aku punya YM tetiba menyala. heheh.. kalu menyala dalam masa dua minggu ni, itu BUKAN aku. Tapi mmg haritu aku pun terkejut bila tetiba PC kat cyber cafe opis ni memiliki satu YM yg menyala, dan bercakap sendiri. Aku pun dgn poyonya menengok la dan berkata di dalam hati. Sapo laaa yg dok meninggalkan YM bercakap sendirian. Sekali tu tgk Yahoo ID.. onlymichiru la plak.. Hahaha! YM ID aku tuu. Kepada cik Kuryu, mmg la itu bukan i. Ntah sapa la yg dok melayan u tu, i pun tak tau la. Dan dgn gabranya aku terus mengoffline YM tu. Heish, sapa tak gabra bila tgk YM boleh melayan kengkawan kita dengan sendiri. Ajaib sungguh lah! Lain drpd tu? takde apa2 cerita lagi la kot. Nanti kalau aku ada cerita, aku make sure tulis kat blog ni dulu sebelum aku hanto benda tu ke RTM ye. huhuhu.. Selamat bekerja semua. Ailebiiu alll lah.. wendu sehh! Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Friday, April 29th, 2005 |
|
||
|
pergh, nampaknya inilah hari terakhir aku dok kat tpt yg amat selesa yang berbelakangkan dinding. Lopeh ni aku akan kehilangan keselesaan ini. Huargh... pedihnyer lah hai. Camno la den nak mengupdate blog dgn adanya boss di blkg aku tu. Cis cis. Sungguh poyo. Dan dgn bangganya bebudak kat sesebelah aku ni dok mengata aku kena jadik secretary, dan kena pakai minisekeret la lopeh ni. Cheh! jgn harap la. Aku taknak membuang identiti aku sebagai seorang antisosial yg otaku. Niche bebeh, niche!! Tolong la doakan dia selalu kuar dr opis yea, supaya clear lah line aku mengupdate blog dan jugak membaca review cerita the L Word setiap hari. Dah le, diorg dah nak ngangkut pc dah. buhbye |
||
|
|
| Thursday, April 28th, 2005 |
|
||||||
|
Selamat pagi... hehe, hari ni aku mula menulis pepagi. Tapi tak tau la pukul berapa baru boleh ditekan butang update tuh. Hmmm.. nih aku nak tanya korang2, berapa banyak group/circles/community yang berbaur kesengetan yang korang semua sertai? er, jgn la plak kira Puteri Umno sebagai salah satu drpdnya. Salah tu... kuikui. heheh... aku rasa sure ramai di antara kita2 ni ada join group2 camtu. Ini termasuklah aku. Dulu segala mala group yg berkait mait dgn Haruka/Michiru mmg musti aku join. Ini termasuk la dgn pasangan aku sekali. Dia lagi ganeh dan lebih aktif drpd aku. Dan masa tu jugak la kami berkenal2an dgn para2 lesbian dan biseksual dr obersi. Masa ni kureng tau lagi pasal kewujudan org2 senget kat Malaysia (yg sebenarnya boleh tahan ramai la jugakk). Lepas tu masa aku tgh dok jatuh chenta dgn hubungan Willow/Tara, aku tak join group, tapi aku sakan membaca. Segala mala fanfic, transcript, video, video clip, sume aku humban download kat pc aku. Dan masa tu jugak la aku mula terkenal2 dgn menulis blog, sesama2 dgn berjinak2 dgn group yg dimuatkan di Yahoo! atau juga dikenali sebagai yahoogroup. Dr yahoogroup tu aku mula terbukak mata dan dapat melihat dgn luas segala paparan lesbianism di dalam TV. Mmg gumbira sungguh masa tu. Dan seterusnya hati aku lebih terbukak untuk mengakui diri ini senget dan mendedahkan hubungan aku dgn pasangan hidup aku kat internet nih. Maka dari satu group, melompat ke satu group, dan kemudia cerita The L Word pun meletus. Maka bertambah lajulah lentingan aku dr satu group ke satu group. Dan seperti biasa, group2 yg pompuan2 ni selalunya nak mengelakkan org2 lelaki masuk, so akan ada la sesi memperkenalkan diri sebelum pintu dibuka. Kebanyakan group2 yg obersi ni mmg aku rasa takde byk cengkadak. Bgtau je jantina perempuan, diorg dah kasi masuk. Dan kalau mengaku skrg ni tinggal bersama pasangan hidup, even the better la kan.. Tapi satu perkara yg best sekali ialah bila aku nak cuba2 join satu group senget yang berasaskan di Malaysia, dan mungkin dipenuhi oleh org Malaysia jugak. Memula je ketuk pintu, aku diminta utk menyatakan sedikit sebanyak mengenai diri sendiri, camno boleh tau pasal group diorg, kenapa nak join, dan apa group2 lain yg aku ada join. Phewww!! Empat soklan, giler babas. Tapi sbb mengenangkan benda tu cam ala2 prosedur, aku layan je la. Lepas jawab soklan tu, diorg tak kenal dgn group yg aku join tu, dan mintak aku sertakan beberapa benda lagi, seperti kerja, tpt tinggal dan nak tau pengalaman aku dalam hal2 kesengetan nih. Ada ke nak tau tpt keja aku. Aku yg poyo ni siap layannnnnnnnnnnnnnn lagi. Siap bagi tau la apa aku keja. Tapi knowing me, takkan la aku terang2an nak bgtau keja aku che'gu, atau loyar, ataupun tukang kebun. Cakap musti berhikmah, macam Siti Muslihat. hehehe. Padahnya, datang lagi satu e mail, yang menyatakan aku kena call diorg bagi memastikan aku ni pompuan. Lerrrr... sampai tahap ni aku sudah keluar hangin kat telinga. Tak koser la plak aku nak melayan, dah cenggitu sekali. Tapi silap aku jugak la, sapa suruh layan on the first place, kan dah kena. Masa aku join group senget yg omputeh tu, mmg kena perkenalkan diri pun. Tapi bila aku boleh menjawab kesemuanya dengan okke, terus aku dapat masuk. Ni apa dah jadik ni sebenarnya? Nampaknya macam group2 lesbian yg berpusat di Malaysia ni sesangat la eksklusifnya sampai nak jadik member pun susah? Salah ke kalau org yg senget nak tau jugak apa diskusi terbaru? Mungkin agaknya soklan berlambak2 tu membolehkan kita dapat TV 29inci kot. Agaknya la. Hmmm.. mungkin aku kena call la utk mendapatkan berita pasal hadiah percuma tuh. Tapi, mungkin itu aku je la, diorg boleh je kata, org lain ok je jawab soklan bebanyak, aku je yg banyak cengkadak, baik blah je kan. Eleh, tapi aku pun boleh jawab balik. Org lain ada jugak group, takde pun byk cengkadak nak sampai tiga kali mengkomfomkan diri tu pompuan. Maka aku pun mmg lah join group org lain. Sekian terima kasih je la. Ingat aku ni terkenan sgt nak bersosial dgn org sesenget tu ke? Aku ada kengkawan aku jugak yg sudi menerima dgn baik. Dan jangan ingat semua lesbian ni suka sgt bersosial sampai sanggup melakukan apa sahaja untuk diterima masuk dalam satu2 komuniti. Kalau tgk2 balik, pink triangle adalah lambang utk gay-men. Dan masa tu lesbian diberikan 'black triangle' yang juga membawa maksud, antisosial... Hah, agaknya aku ni mmg boleh dapat black triangle tu.. erkk?? Muehkehkeh... huh, kan dah kata, mmg kol 2 jugak ku tekan butang update... Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Tuesday, April 26th, 2005 |
|
||||||
|
Pergh, jenuh hari ni aku tak byk keja lain kecuali mem'print'. Kiranya label aku utk hari ini ialah budak printer. haha... itu adalah intro untuk kita bercakap pasal label. Mmg aku suka cakap pasal label, terutamanya bab2 melabel yang berkait mait dgn kejantinaan ini. Sbb apa aku suka? Pasal topik ni mmg boleh jadik kontroversi. Dan jugak topik ini boleh menggugat kesabaran orang lain. Bercerita mengenai label juga boleh menjadikan seseorang itu liberal ataupun judgmental. Ia juga boleh menjadikan aku bengong dan sasau. Huahua.. apa aku mengarut nih. OK, dedolu aku ada menyatakan pasal lelabel yg wujud dalam masyarakat lesbian nih. Butch, femme.. itu la yg paling biasa sekali didengar, dilihat, dan jugak boleh dicop sebagai perempuan homoseksual. Butch merupakan seorang yang lebih memiliki sifat kemaskulinan yang dilihat seperti boleh menjaga diri sendiri dan jugak seorang perempuan yang memiliki ciri2 keperempuanan yang ayu, iaitu femme. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan pasangan butch-femme sebagai saling melengkapi satu sama lain dan secara keseluruhannya kurang memelikkan di kalangan wanita homoseksual. Gelaran itu jugak yang menjadikan membolehkan seseorang itu berasa seperti memiliki pendirian diri dan tidak berdiri di awang2an. Apa omputeh kata, 'able to define oneself'. Aku jugak pernah menulis dedolu yang menyatakan aku ni seorang andro. Berada di antara, tak sgt mcm lelaki, tak sgt mcm perempuan, tak butch, tak femme. Even aku dgn pasangan aku pun, kami masih tak berapa reti nak meletakkan sapa yg alpha, dan sapa yang bukan. Er... penting sgt kah bebenda macamtu? Yang aku tau, aku mmg sayangkan dia, macamana pun dia. Still, aku tak boleh la nafikan yang mmg lah aku lebih mudah tertarik dgn perempuan yang ada lebih kecantikan, berbanding kehenseman. huhu. W/pun skrg ni pasangan aku cam dah lebih menghensemkan diri bbdg aku, tak kisah la, dia tetap the sweet li'l girl yg aku kenal 10 tahun dulu. Makanya, semalam sepanjang masa dalam keta balik dr opis, aku sambil melayan sakit kepala, sambil la berpikir2 bodo. Dan dengan bangganya aku mengambil keputusan untuk melabelkan diri sendiri jugak. Dan harap, label yg ini ada jaminan selama lebih drpd 3 bulan. ahahaha... Ha, aku mengambil keputusan untuk melabelkan aku sebagai seorang 'lesbian'. Tak lebih, tak kurang. Tak ganas, tak lembut. Yang sedang2 sajaaa. Dan aku mmg merasakan diri ini sungguh 'lesbian'. Bak kata Tina ke Dana pun... 'So gay...' Yep, I know... Pokok pangkalnya... I don't want to have sex with a male, or a male and another woman, okay. I'd just want to have sex with the woman. I'm 'that' gay. (diadaptasi dr dialog Dana Fairbanks) Dan adakah dgn berada di dalam closet mengurangkan ke'gay'an seseorang itu? heh heh... Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, April 25th, 2005 |
|
||||||
|
Aku baru je balik dr lunch dgn gf aku. Kesian dia, dr jejauh tu sanggup dtg sbb nak temankan aku yg kureng sihat ni makan. Iye la, kalau dia tak dtg, kompom aku tak mkn punya... muahaha. Hari ni kepala mmg rasa sungguh weng. Muka aku pun tak mengira masa sokmo flushing je. Adehh... mmg ropanya cam aku kena viral fever lagi la nampaknya. Tapi itu tetap tidak mematahkan semangat aku untuk terus berjuang menulis blog walaupun sendi2 kat jejari aku dah makin lenguh. huhuhu Dulu aku pernah bertulis pasal "Apa korang panggil gelpren korang". Sesapa belum terbaca tu, pi le belek2 balik. Kalu malas, takpe, aku takkan cubit korang pun. hehe. Maka hari ni aku nak bertulis pasal acamna korang bahasakan gelpren korang kat org lain. Apa? tak paham ayat aku? ish, er, kalu omputeh kata, 'How do you address your beloved" hah, cenggitu la kot dikatakan oleh omputeh dalam bahasa patah aku. kuikui 'Gelpren' atau 'Awek' huhu, kalu korang perasan kat blog ni aku selalu membahasakan gelpren aku sebagai 'gelpren aku' heheh... Tapi kalau sebenonya pikir2 balik biasanya 'gelpren' ni digunakan oleh org yg baru tahap2 berchenta2 je. Aku dgn gf aku ni sebenonya boleh la dikatakan sebagai dah terlebih berchenta. Kira cam dah commit lah dgn satu sama lain. 'Isteri' ataupun 'Wife' Ha.. ini adalah kata nama yang seswai utk membahasakan seorang perempuan yang telah menyerahkan segalanya kepada kita.. huhu. Tapi terus terang aku kata, seriau jiwaku mendengo pktn tu. Cam seram2 sejuk la plak. Bukannya apa, pasal kitorg takde surat nikah lagi. hehe. Kalu camtu, aku rasa kena la naikkan taraf dia drpd seorang gelpren, kepada satu tahap yg lebih ganaih lagi jitu. 'Pasangan hidup' Ha.. ini macam kita mengakui bahawa org itu adalah yg akan menjadikan kita sepasang dgn dia selagi hidup. Rasanya ini cam boleh la jugak aku terimapakai dan gunakan utk membahasakan gf aku lepas2 nih. Rasanya istilah omputeh yg seswai utk ni ialah kapel. eh, iye ke? Boleh ler.. 'Partner' Erm... ini kalau ditrenslet, boleh jadik rakan kongsi. hehehe. Mmg betul la pun kan. Sebenarnya kekasih tu rakan kongsi la. Kongsi katil dan selimut sblm tido, kongsi keta kalu nak pi keja, kongsi baju yg mana rasa teringin nak pakai, dan jugak kongsi duit time sesak... huhuhu.. Kira orait jugak la nak panggil pasangan kita rakan kongsi. 'Kawan' Ini biasa digunakan untuk membahasakan pasangan kita depan ibu bapa tersayang ataupun kengkawan yg mana si pemberitahu tu masih menyorok dalam lemari. 'Significant other' Pktn ini aku dapat dr gelpren aku oopss.. pasangan hidup aku. hehe.. Kata ganti ini seolah2 menunjukkan kita ni hanya lah setengah sifatnya, dan setengah lagi adalah pasangan kita. Gitu la gamaknya. Bagi nama je Ini la cara yag paling senang... cuma kengkadang kita tak berapa tau nama pasangan kita sbb sepanjang masa dok panggil dia sayang, yang, baby, b.. dan lain2 lagi. Hah... anda tau tak nama penuh pasangan anda??? Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Wednesday, April 20th, 2005 |
|
||||||
|
Hmmm... hari ni gamaknya tinggal aku sorang je wakil dept. aku kat opis nih. Boss dgn sorg lagi pi opis lagi satu. haha...kesimpulannya, satu dept aku cuma ada tiga staff, sorg HOD, aku dan sorg lagi. Best.. mmg best.. Erk, jap, aku terdistracted sat. Sat eh ada awek masuk dlm opis. Kasik can aku ushar jap. Pergh, ropanya anak sedara MD aku. Haiyoh, bulih tahan. Utk budak2 muda, mmg boleh tahan comei la. Mmg seswai utk aku cuci mata. Kalau la dia jadik keja kat sini, bersih la dedua belah mata aku. Skrg ni cuci sebelah mata je. haha.. poyo ah. heh, udah le tu... OK, ni aku nak bercerita sekali lagi pasal rencangan tv kat 8TV. Mmg rasanya dah berkali2 aku dok menceceh kat sini yg rencangan2 8TV mmg sungguh la gay-friendly. Kenapa jadik cenggitu, tak tau la. Tapi kiranya itu satu blessing la bagi org2 cam aku yg suka tgk TV. Setakat ni siri2 8TV yang ada paparkan watak lesbian/gay/bisexual atau apa2 lah yg berbau2 senget... hmmm.. jom kita kira. Queer eye for the straight guy - sah2 la ada lima org gay kat situ Nip/Tuck - ada anaesthetist yg lesbian. Dan masa musim 1 dulu member anak dr.Sean tu pun lesbian Wonderfalls - Sharon, kakak pd watak utama, (yg aku lupa3 namanya) merupakan seorang lawyer (ehem ehem) yg senget Las Vegas - Aku tak pernah tgk cerita ni tapi ada beberapa episod yg memaparkan watak lesbian. Ntah ada ke tidak lagi cerita ni.. muahaha One Tree Hill - ha, yg ni makcik baru terperasan kat Afterellen yang membukak cerita salah seorang watak dlm siri ni, Anna, biseksual. Hmmm... kena tgk nih The OC - ini satu siri yg membuatkan aku kelihatan sedikit pelik. Ntah bila la plak aku terminat cerita chechenta bebudak sekolah ni?? Tapi hubungan Marissa dgn Alex mmg aku nak tgk paparannya kat TV malaysia. Watak utama tuuuu, si Marissa tuh. Sesapa nak tgk, hubungan diorg akan start dlm episod 9 kot. Skrg ni kat TV baru episod 3 atau 4, aku kureng pasti. Sayangnya cerita ni clash dgn Tru Calling.. cheh cheh Arrested Development - er.. sebenonya takde watak lesbian dlm cerita nih. Tapi ada pelakon yg lesbian in real life berlakon dlm cerita ni. Pelakon tu ialah akak Portia de Rossi kita. ehehehe. Aku baru dapat tgk episod pertama kat Astro, tapi rasanya kat 8TV dah jauh sket kot. Yang bestnya cerita ni ialah ayat2 yg diucapkan oleh pelakon2nya berselirat dalam penuh kemaknaan. muahahah.. Hmmm.. baru ada tujuh cerita. Hek eh, 7 je? Ingatkan banyak sgt. huhu.. Tapi pada panda-pat aku, kira worait la tuh. Karang kalau bebanyak kang, ada lesen TV kena tarik. lagi la haru. Tapi tu baru utk 8TV je, yg lain2 taknak kira ke. Banyak jugak cerita2 yg ada baur2 pernah ditayangkan kat tv lain cam Xena, Popular, Buffy, ER, Sailormoon... Tapi ni semua sudah lepas. Aku takleh nak kata apa ah. Cuma tang selemun tu, mmg aku tau yg RTM tidak mencantas kata2 chenta tersirat Haruka dan Michiru, sebagaimana DIC mengaburi mata penonton selemun di TV US. Ha.... bahagianya kita hidup di Malaysia yg sungguh gay-friendly ini.. yeak yeak yeaaayyy! Ada komen? Tag aku kat sini! |
| Monday, April 18th, 2005 |
|
||||
|
Huargh... untuk kali pertamanya di hujung minggu ini dalam bulan April aku tak balik kg. Paling2 cuti dua hari dapat jugak aku dgn gf aku dok bergolek2 kat umah. Nak kuar ke mana2 pun tak boleh pasal buahati terchenta tak berapa sihat. Tak mampu aku nak benarkan dia menghirup karbon monoksida yang dibebaskan dek kenderaan2 di jalanan. huhu. Hasilnya, kami banyak menghabiskan masa memerap di rumah sahaja lah sambil menonton DVD The L Word lagi dan lagi. Dah naik hapal dah dialog bebudak tu, especially utk Episod 3, Let's Do It. Hah, cerita2 pasal DVD ni, aku rasa sure ramai yg ingat aku menulis pasal satu buku cerita lesbian tulisan Sarah Waters yg di angkat menjadi siri TV oleh BBC, yg bertajuk Tipping The Velvet. Dan sbb ada rezeki, dapat la jugak DVD tu mendarat di Malaysia ini dan dapat la jugak aku dan korang2 yg sewaktu dgn aku menontonnya. hehe.. Alkisah masa acik uL my preng dtg KL haritu, ada la dia bekabo kat aku pasal satu lagi novel tulisan Sarah Waters yg juga akan diangkat ke skrin TV. Novel yang bertajuk 'Fingersmith'. Cuma aku tak berbajet lagi la nak membeli novel yg ini. hehe. Sblm terlupa, ini novel pun lesbian jugak lah. So... veri good lah. Alkisahnya pepagi tadi masa aku tgh malas nak buat keja, aku masuk la ke dalam group2 yahoo. Aku ni tukang baca je diskusi diorg tu, nak memberi input, jgn le harap. Anyway, dalam merayau2 kat dlm tu, ternampak la plak satu diskusi yang mengatakan bahawa Fingersmith ni dah selamat pun dimainkan kat BBC uk. Apa lagi, tanpa membuang masa, sehelai sepinggang aku terjun tingkap. Eheh... bukan, sepantas kilat aku mengklik kat link yg diberikan oleh minah2 tu dan termasuk la aku ke dlm website BBC UK. Haha... mmg cerita Fingersmith dah selamat ditayangkan kat TV sana. Cerita dia cemana? Tu kena tanya kat org yg pernah membaca buku tu la. Aku cuma baca sinopsisnya saja. Menurut apa yg aku baca kat website tu, cerita ni mengisahkan seorang budak pompuan yang kengkononnya anak yatim piatu dan dibela dek org2 jalanan. BUdak pompuan ni bernama Sue Trinder. Bila besar, ada sokrang lelaki, Richard, yang membawaknya dan menjadikannya maid seorang pompuan kayo yg jugak dah takde mak bapak. Sebenarnya si Richard ni nak mengorat budak pompuan kayo tu, dan Sue ni sebagai ala2 batu loncatan utk dia mengenal dgn lebih lanjut la perempuan kayo tu, yg bernama Maud. Lepas ni berlaku la banyak hal dan konspirasi yang aku rasa sungguh la berbelit utk diceritakan di sini. hehehe... sori eh, korang pi la baca sendirik. Tapi rasanya korang leh agak la kan apa yg akan berlaku. Dah namanya pun cerita pasal lesbian, sah2 la nnt Sue dgn Maud tu berkapel.. ahakss. Tang tu, takde rahsia lagi la kot. Cuma perjalanan perkapelan diorg tu la yg mungkin merenggut tangkai jantung para penonton. Kepada sesapa yg pernah menonton cerita Tipping the Velvet, sure boleh ingat pelakon pompuan yg melakonkan watak Zena Blake. Ala... org gaji Diana Lethaby yg terkantoi dgn Nan sampai kena halau tu. Aiseh... takkan tak ingat kot. Sesapa yg tak tgk tu, abaikan je la ayat aku ni yea. Ha.. ok, pelakon yg melakonkan watak Zena tu, Sally Hawkins, dan dia la nnt yg akan melakonkan watak SueTrinder. Ada can la menengok muka pompuan tu dgn lebih banyak lg dlm cerita Fingersmith nih. Mari la kita berharap bila DVD cerita ni kuar nnt, ia akan turut mendarat kat Malaysia... ish.. idup cetak rompak. muahaha Ada komen? Tag aku kat sini! |
|
|
Blurty for sekapal.
|
||||||||||||