Create Journals
Update Journals

Journals
Find Users
Random

Read
Search
Create New

Communities
Latest News
How to Use

Support
Privacy
T.O.S.

Legal
Username:
Password:

Syati (syati) wrote,
@ 2002-11-10 21:37:00
Previous Entry  Add to memories!  Add to Topic Directory  Tell a Friend!  Next Entry

    Current mood: sympathetic

    Bukak semester baru.
    Aku turun tangga dgn. langkah yg. kelam kabut. Bak kata org. macam lipas kudung, tapi aku taknak disamakan dgn. lipas sebab aku benci lipas. Aku tengok jam, "Ah! dah pukul 8.30". Aku lewat lagi pergi kerja. Baru semalam aku berazam utk. tidak lewat lagi, tidak bermalas-malasan & menepati masa. Ini semua gara-gara penangan motivasi yg. aku lihat dlm. TV pagi semalam - antara org. yg. dimurkai Allah ialah org. muda yg. malas. Doa org yg dimurkai Allah tidak akan dimakbulkan. Kecut perut aku mendengarnya.

    Sebaik sahaja aku menapak di anak tangga yg. terakhir rumah flat aku, aku tengok sekeliling. Suasana pagi seperti biasa. Seperti hari-hari sebelumnya ketika aku pergi kerja. Tapi hari ini lain sedikit. Aku tengok ramai orang. Aku melewati tembok Perubatan dgn. keadaan yg. sesak. Aku melalui Fakulti Perubatan disebalik kesesakan org. ramai. Aku tunduk. Tidak sanggup melihat mereka. Mungkin aku malu sebab sekian lama aku tidak dikelilingi oleh umat manusia yg. sebegitu ramai. Aku melewati Fakulti Bioteknologi & Makanan & seterusnya tiba di foyer Fakulti Vaterinar tempat aku bekerja sekarang. Suasana fakulti agak bising dgn. gelak ketawa. Aku jadi rimas. Kenapa ramai org. ni?

    Sampai sahaja aku di mejaku, aku terus duduk melepas lelah. Fuh! lega dah sampai. Dan otak aku pun mula memproses sesuatu yg. aku tidak sedari. Patutlah ramai org., kan hari ni baru buka semester. Semua student dah mula belajar. Hampeh betul! Macammana aku boleh lupa hari ni dah start kuliah? Macammana aku boleh tidak sedar Kak CT yg. pagi tadi bersiap awal pagi hendak pergi kuliah?

    Aku lihat para mahasiswa & mahasiswi yg. saling bergelak ketawa dgn. muka yg. berseri-seri. Masing2 bercerita ttg cuti semester selama sebulan, masing2 gembira bertemu semula kawan2 sekuliah, & tak lupa juga sibuk memilih subjek yg. perlu dibawa semester ini.

    Cemburukah aku dgn. mereka? Oh tidak!!! Aku sudah puas menjadi mahasiswi. Sudah puas memerah otak. Sekarang tiba masanya utk. aku mencari duit menggunakan ilmu yg. pernah dipelajari. Selamat bekerja utk. diriku sendiri.



(Post a new comment)

Poad yang tak tinggal lagi pose
(Anonymous)
2002-11-10 23:56 (link)
Akum
Lambat?? kasi je alasan lambat bangun sahur. :)

POAD : Dulu masa belajar, tak sabar-sabar nak jadi engineer. Bila dah jadi, rasa nak belajar balik sebab terlalu banyak benda nak buat dan belajar :) That's why sanggup tinggal gaji RM4+++ hanya nak sambung study :)

(Reply to this) (Thread)

Kak Rose ni...
(Anonymous)
2002-11-11 14:26 (link)
masih boleh bergelar mahasiswi lagi kalau nak kan....

(Reply to this) (Thread)

Yus
(Anonymous)
2002-11-11 17:22 (link)
Syati, kalau kena cakar ngan kucing apa jenis penyakit manusia leh dapat. Kucing ada rabies ke?

(Reply to this) (Thread)

ceqtie nih
(Anonymous)
2002-11-11 23:31 (link)
uiksss..sori ler weh semalam tu ttg " the bawal matter". Sungguh aku lupa..lepas dtg tukar media aku terus balik dlm 9.30pg..nak tunggu org Pos Express dtg umah. Ingatkan dia akan naik kasi by hand terus ke rumah..yg ni dia main sumbat dlm pos box saja.

Sebelum balik aku sempat singgah kat meja hang. KAna cakap hang kat lab sebelah,aku gi cari ta ada..kat lab com ta ada..jengok library ta ada. (mata aku dah cemey kot). So aku terlupa nak call hang sbb Lin pakai Internet masa tuh. sori eh..ko posa lagi kann!..

(Reply to this) (Thread)

aku lagih-ceqtie
(Anonymous)
2002-11-12 00:09 (link)
Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal ototbadan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuahkehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduansetelah ditinggalkan,
Adala! h perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan

(Reply to this) (Thread)

Amd
(Anonymous)
2002-11-17 23:28 (link)
Hai syati...tak habis2 blur ko ni err kucing semua sihat? muahahaha!

p/s-kerja pun kena peras otak gak!

(Reply to this) (Thread)


(Anonymous)
2002-11-29 01:03 (link)
Hey yati,
Is it your photo? it is very nice one la?.

(Reply to this) (Thread)


(Anonymous)
2002-11-29 01:03 (link)
Hey yati,
Is it your photo? it is very nice one babe...

(Reply to this) (Thread)


(Post a new comment)

© 2002-2008. Blurty Journal. All rights reserved.