| Current mood: | contemplative |
Hmmm... jurnal BM, entah boleh entah tidak...
Tadi, waktu membaca jurnal adik, terpikir pulak, kalau menulis jurnal ini, kenapa tidak dalam BM? Maklumlah, aku di sini tak ada seorang temanpun yang boleh ikut cakap Melayu dengan aku.. Nak menulis dalam BM memang aku kena pikir baik-baik, bukan macam menulis dalam Bahasa Inggeris... Kalau membaca dalam BM pun sikit aja, setakat membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian online. Tapi pelik kan, waktu M dan aku ke Malaysia tahun lalu, wah, syok benar dapat mendengar BM kat radio, tv, di mana-mana pun... Waktu bercakap dengan orang Melayu aku gembira sekali, pelat aku tidak terlalu "Cina", tidak terlalu janggal. Mungkin kalau aku menulis dalam BM, walaupun sekali-sekala, itu tabiat yang baik. Entahlah...
Ha, lepas BM, boleh pulak aku tulis dalam Bahasa Cina.. heheheh...
(Post a new comment)
 | heh!
redchew
2002-11-30 23:18
(link) | |
tolong jangan buat begitu... kalau dalam bahasa cina, saya tak boleh faham... (or you'll have to post a translation alongside...) (Reply to this) (Thread) |
(Post a new comment)
|