Create Journals
Update Journals

Journals
Find Users
Random

Read
Search
Create New

Communities
Latest News
How to Use

Support
Privacy
T.O.S.

Legal
Username:
Password:

Syati (syati) wrote,
@ 2002-11-10 21:37:00
Previous Entry  Add to memories!  Add to Topic Directory  Tell a Friend!  Next Entry

    Current mood: sympathetic

    Bukak semester baru.
    Aku turun tangga dgn. langkah yg. kelam kabut. Bak kata org. macam lipas kudung, tapi aku taknak disamakan dgn. lipas sebab aku benci lipas. Aku tengok jam, "Ah! dah pukul 8.30". Aku lewat lagi pergi kerja. Baru semalam aku berazam utk. tidak lewat lagi, tidak bermalas-malasan & menepati masa. Ini semua gara-gara penangan motivasi yg. aku lihat dlm. TV pagi semalam - antara org. yg. dimurkai Allah ialah org. muda yg. malas. Doa org yg dimurkai Allah tidak akan dimakbulkan. Kecut perut aku mendengarnya.

    Sebaik sahaja aku menapak di anak tangga yg. terakhir rumah flat aku, aku tengok sekeliling. Suasana pagi seperti biasa. Seperti hari-hari sebelumnya ketika aku pergi kerja. Tapi hari ini lain sedikit. Aku tengok ramai orang. Aku melewati tembok Perubatan dgn. keadaan yg. sesak. Aku melalui Fakulti Perubatan disebalik kesesakan org. ramai. Aku tunduk. Tidak sanggup melihat mereka. Mungkin aku malu sebab sekian lama aku tidak dikelilingi oleh umat manusia yg. sebegitu ramai. Aku melewati Fakulti Bioteknologi & Makanan & seterusnya tiba di foyer Fakulti Vaterinar tempat aku bekerja sekarang. Suasana fakulti agak bising dgn. gelak ketawa. Aku jadi rimas. Kenapa ramai org. ni?

    Sampai sahaja aku di mejaku, aku terus duduk melepas lelah. Fuh! lega dah sampai. Dan otak aku pun mula memproses sesuatu yg. aku tidak sedari. Patutlah ramai org., kan hari ni baru buka semester. Semua student dah mula belajar. Hampeh betul! Macammana aku boleh lupa hari ni dah start kuliah? Macammana aku boleh tidak sedar Kak CT yg. pagi tadi bersiap awal pagi hendak pergi kuliah?

    Aku lihat para mahasiswa & mahasiswi yg. saling bergelak ketawa dgn. muka yg. berseri-seri. Masing2 bercerita ttg cuti semester selama sebulan, masing2 gembira bertemu semula kawan2 sekuliah, & tak lupa juga sibuk memilih subjek yg. perlu dibawa semester ini.

    Cemburukah aku dgn. mereka? Oh tidak!!! Aku sudah puas menjadi mahasiswi. Sudah puas memerah otak. Sekarang tiba masanya utk. aku mencari duit menggunakan ilmu yg. pernah dipelajari. Selamat bekerja utk. diriku sendiri.



(Read comments)

Post a comment in response:

From:
 
Username:  Password: 
Subject:
No HTML allowed in subject
 

No Image
 

 Don't auto-format:
Message:
Enter the security code below.


Notice! This user has turned on the option that logs your IP address when posting.

Allowed HTML: <a> <abbr> <acronym> <address> <area> <b> <bdo> <big> <blockquote> <br> <caption> <center> <cite> <code> <col> <colgroup> <dd> <dd> <del> <dfn> <div> <dl> <dt> <dt> <em> <font> <h1> <h2> <h3> <h4> <h5> <h6> <hr> <i> <img> <ins> <kbd> <li> <li> <map> <marquee> <ol> <p> <pre> <q> <s> <samp> <small> <span> <strike> <strong> <sub> <sup> <table> <tbody> <td> <tfoot> <th> <thead> <tr> <tt> <u> <ul> <var> <xmp>
© 2002-2008. Blurty Journal. All rights reserved.